Toma Junior Popov (lahir 29 September 1998) ialah pemain badminton Perancis.[1][2] Dia memenangi pingat gangsa pada Kejohanan Belia Eropah 2015 dalam acara perseorangan lelaki.[3] Popov mencipta sejarah sebagai pemain lelaki bukan berasal dari Denmark yang pertama berjaya mendapat pingat emas pada Kejohanan Belia Eropah dalam perseorangan lelaki dan beregu lelaki pada 2017. Dia menyertai Peter Gade, Jim Laugesen, dan Thomas Stuer-Lauridsen sebagai satu-satunya lelaki yang pernah menamatkan treble.[4] Dia menyertai perlawanan di acara kejohanan Sukan Mediterania 2018 dan meraih pingat gangsa dalam perseorangan lelaki.[5]

Toma Junior Popov
Maklumat peribadi
NegaraPerancis
Lahir (1998-09-29) 29 September 1998 (umur 25)
Sofia, Bulgaria
Tempat tinggalFos-sur-Mer, Perancis
Tinggi196 cm (6 ka 5 in)
Berat86 kg (190 lb)
Cakat tanganKanan
Perseorang lelaki dan beregu lelaki
Ranking tertinggi21 (Perseorang lelaki 8 November 2022)
20 (Beregu lelaki bersama Christo Popov (11 Oktober 2022)
Ranking semasa25 (Perseorang lelaki), 42 (Beregu lelaki bersama Christo Popov) (2 Januari 2024)
Rekod pingat
Badminton lelaki
Mewakili  Perancis
Sukan Eropah
Pingat gangsa – tempat ketiga Kraków–Małopolska 2023 Perseorangan lelaki
Pingat gangsa – tempat ketiga Kraków–Małopolska 2023 Beregu lelaki
Kejohanan Badminton Eropah
Pingat gangsa – tempat ketiga Madrid 2022 Perseorangan lelaki
Kejohanan Badminton Beregu Lelaki dan Perempuan Eropah
Pingat perak – tempat kedua Kazan 2016 Beregu lelaki
Pingat perak – tempat kedua Łódź 2024 Beregu lelaki
Pingat gangsa – tempat ketiga Liévin 2020 Beregu campuran
Kejohanan Badminton Beregu Campuran Eropah
Pingat perak – tempat kedua Vantaa 2021 Beregu campuran
Pingat perak – tempat kedua Aire-sur-la-Lys 2023 Beregu campuran
Sukan Mediterania
Pingat gangsa – tempat ketiga Tarragona 2017 Perseorangan lelaki
Kejohanan Badminton Belia Eropah
Pingat emas – tempat pertama Mulhouse 2017 Perseorangan remaja putera
Pingat emas – tempat pertama Mulhouse 2017 Beregu remaja putera
Pingat emas – tempat pertama Mulhouse 2017 Beregu remaja campuran
Pingat gangsa – tempat ketiga Lubin 2015 Perseorangan remaja putera
Pingat gangsa – tempat ketiga Lubin 2015 Beregu remaja campuran
Profil BWF

Kehidupan peribadi sunting

Popov lahir di Sofia dan kedua orang tuanya berasal daripada etnik Slav Bulgar. Dia membesar di keluarga yang mencari kerjaya dengan memukulkan bulu kok. Ayahnya Thomas Popov, ialah bekas pemain kebangsaan Bulgaria dan Perancis. Adik lelakinya, Christo Popov ialah pemain badminton Perancis sama seperti dirinya. Kakak beradik itu pernah membersamai kelab di Fos-sur-Mer.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ "Players: Toma Junior Popov". Badminton World Federation. Dicapai pada 16 September 2016.
  2. ^ "Badminton - Toma Junior Popov" (dalam bahasa Perancis). Info Média Conseil. Dicapai pada 16 September 2016.
  3. ^ "European Junior Championships, Individuals". Badminton Europe. Dicapai pada 16 September 2016.
  4. ^ Phlean, Mark. "Popov does double and creates history". Badminton Europe. Dicapai pada 17 April 2017.
  5. ^ "Athlete Profile: Popov Toma Tomov". Tarragona 2018. Dicapai pada 23 June 2018.
  6. ^ "The Popov dynasty". FZ Forza. Dicapai pada 19 February 2018.