Tracy Chou (lahir 1987)[2][3] ialah jurutera perisian Amerika Syarikat berketurunan Cina. Beliau memiliki pengalaman kerja di Pinterest dan Quora dan pernah juga berkihdmat di Rocket Fuel, Google dan Facebook.[4]

Tracy Chou
Tracy Chou
Chou pada 2019
Kelahiran1987 (umur 36–37)
WarganegaraAmerika Syarikat
Pusat pendidikanUniversiti Stanford[1]
(Ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektrik, 2009)
(Ijazah Sains Komputer, 2010)
PekerjaanJurutera perisian

Beliau terkenal dengan usahanya dalam meningkatkan profil masalah perwakilan wanita yang rendah di syarikat teknologi. Chou menekan syarikat teknologi untuk meningkatkan statistik atau komposisi pekerja wanita di lapangan.[5][6][7] Pada tahun 2016, beliau merupakan pengasas bersama kumpulan pembelaan Project Include bersama 7 wanita lainnya dibidang teknologi.[8]

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Chou ialah anak perempuan ahli perniagaan sains komputer di Silicon Valley, yang berasal dari Taiwan.[7][9] Chou merupakan alumni Sekolah Tinggi St. Francis di Mountain View, California.[9]

Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dalam sains komputer di Universiti Stanford dengan kepakaran dalam kejuruteraan mesin dan kecerdasan buatan.[4] Sepanjang belajar di Stanford, Chou tertarik dengan Google, Facebook, dan Rocket Fuel.[6] Chou melanjutkan pengajian ijazahnya dan mendapat ijazah sarjana dalam Sains Komputer. Chou kemudian menggambarkan pengalamannya ketika beliau mengambil ijazah sains komputer, Chou merasakan bahawa beliau "benar-benar di luar tempat." Beliau menyatakan bahawa pada awal pelajarannya, beliau kurang percaya pada rakan-rakan lelaki, tetapi pada akhirnya Chou mengatasi kebanyakan mereka dalam tugas kuliahnya.[6]

Penampilan umum sunting

Pada April 2018, Chou berucap di Stanford University's Entrepreneurial Thought Leaders Series.[10] Pada Jun 2018, beliau berucap si persidangan Vogue Codes anjuran Vogue Australia di Sydney.[11] Chou juga sebelum ini telah menyampaikan ucaptama di persidangan TechCrunch's Disrupt SF.[12]

Rujukan sunting

  1. ^ "Levo 100 Rising Stars". Levo. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-20. Dicapai pada 2016-07-30.
  2. ^ Tafoya, Angela; Pang, Jeanine Celeste (2013-07-16). "SF's Rising Stars: 30 Under 30". Refinery29. Dicapai pada 2016-07-29.
  3. ^ Lorenz, Taylor (2014-11-21). "Meet the female Pinterest engineer who forced tech companies to release their diversity numbers". Business Insider. Dicapai pada 2016-07-29.
  4. ^ a b Hempel, Jessi (April 21, 2015). "Quantifying Silicon Valley's Diversity Issue". Wired. Dicapai pada August 5, 2015.
  5. ^ Larson, Selena (November 11, 2014). "Pinterest's Tracy Chou: How I Got My Start In Tech—Despite Myself. Now she's empowering others to do the same". ReadWriteWeb. Dicapai pada August 5, 2015.
  6. ^ a b c Levintova, Hannah. "Meet the Engineer Who Forced Silicon Valley's Gender Problem Into the Open. Tracy Chou is not, as one brogrammer put it, "too pretty to code."". Mother Jones. Dicapai pada August 5, 2015.
  7. ^ a b Heller, Nathan (November 21, 2014). "How Pinterest Engineer Tracy Chou is Breaking the Silicon Ceiling". Vogue. Dicapai pada August 5, 2015.
  8. ^ Isaac, Mike (2016-05-03). "Women in Tech Band Together to Track Diversity, After Hours". The New York Times. Dicapai pada 2016-07-29.
  9. ^ a b "Tracy Chou — Software Engineer and Geek Girl". 100 Passionate People. 2010-05-31. Dicapai pada 2016-07-30.
  10. ^ "Tracy Chou: The Entrepreneurial Thought Leaders Series". Stanford University. April 25, 2018. Dicapai pada 24 October 2018.
  11. ^ "Meet the software engineer whose call for gender diversity in tech has created lasting change". Vogue. April 12, 2018. Dicapai pada 24 October 2018.
  12. ^ "Disrupt SF: Past Speakers & Judges". TechCrunch. Dicapai pada 24 October 2018.

Pautan luar sunting