Tsunku (つんく), Nama penuh Mitsuo Terada (寺田 光男, Terada Mitsuo, born 29 Oktober 1969 di Higashiosaka, Osaka Prefecture, Japan), adalah seorang penerbit, penulis lagu, dan penyanyi vokal.

Tsunku
Maklumat latar belakang
Juga dikenali
sebagai
つんく♂ Sunting nilai ini di Wikidata
Kelahiran29 Oktober 1968 Sunting nilai ini di Wikidata
Higashiosaka Sunting nilai ini di Wikidata
WarganegaraJepun Sunting nilai ini di Wikidata
GenreJapanese pop
PekerjaanPemain gitar, penyanyi-penggubah lagu, penerbit rakaman, pelakon dan tarento (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Tahun aktif1988 Sunting nilai ini di Wikidata
Diskografi
Senarai karya terkenal Karya terkenal
Syarikat rakamanPiccolo Town (en) Terjemah
Hachama (en) Terjemah
Zetima Sunting nilai ini di Wikidata
Anggota bagiSharam Q Sunting nilai ini di Wikidata
Kegiatan berkaitanSharan Q, Hello! Project
Pautan berkaitan
Tapak sesawangtsunku.net Sunting nilai ini di Wikidata
Pautan lainIMDB: nm1700017 Facebook: tsunkuboy Twitter: tsunkuboy Instagram: tsunku_boy Apple Music: 278229445 Last fm: つんく♂ Musicbrainz: d997d399-355e-4c49-9c7b-75a93d76bc0e Discogs: 314876 Allmusic: mn0002321498 Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Dia sangat dikenali kerana dua peranan utama iaitu sebagai penyanyi kumpulan Sharan Q dan sebagai penerbit dan penulis lagu utama untuk kumpulan idola Morning Musume, Aya Matsuura, dan artis-artis lain di bawah Hello! Project. Dia juga menerbitkan muzik untuk artis Jepun lain seperti Ayumi Hamasaki ketika dia mula-mula keluar.

Biodata Ringkas

sunting
  • Nama: Matsuo Terada (寺田 光男)
  • Tarikh Lahir: 29-10-1968
  • Tempat Lahir: Osaka, Jepun
  • Tinggi: 170cm
  • Jenis Darah: B
  • Kumpulan Muzik: Sharan Q

Sejarah

sunting

Pada bulan Jun 2006, Tsunku telah mengahwini Kanako Idemitsu, seorang bekas model berusia 25 tahun dari Fukuoka.

Pada Oktober 1 2006, Tsunku mengumumkan penubuhan sebuah syarikat baru yang dipanggil TNX yang terdiri daripada penyanyi seperti Ami Tokito dan ramai lagi termasuk Tatsuya Naka, seorang ahli silap mata yang pernah muncul dalam Hello! Morning.

Pada 15 Oktober 2007, Tsunku telah menubuhkan satu lagi syarikat yang dipanggil NICE GIRL プロジェクト! (NICE GIRL Project!) yang terdiri dari kumpulan TNX iaitu THE Possible (THE ポッシボー) & Canaria Club (キャナァーリ倶楽部).


Pengubahan dan Penulisan Lirik

sunting

Tsunku berperanan besar dalam pengubahan dan penulisan lirik dalam Hello! Project terutamanya untuk Morning Musume dimana kesemua album single mereka telah menduduki carta Top 5 Oricon (tidak termasuk Morning Coffee dan Mikan).

Kesemua hasil kerjanya berorientasikan muzik pop dengan mempunyai melodi yang rancak dan lirik yang romantis yang disasarkan untuk golongan muda.

Antara hasil kerja:

  • Kesemua lagu (pengubahan lagu dan lirik) dalam album dan album single Morning Musume kecuali beberapa buah lagu.
  • Kesemua lagu (pengubahan lagu dan lirik) dalam album dan album single Melon Kinenbi (kecuali bahagian A single keempat dan kedua belas; bahagian B single kelima dan keenam).
  • Kesemua lagu (pengubahan lagu dan lirik) dalam album dan album single v-u-den (kecuali bahagian A single pertama dan ketiga).

Diskografi

sunting
# Tajuk Tarikh dikeluarkan
1 A Hard Day's Night 2000-12-06
2 Take 1 2004-02-18
3 Type2 (タイプ2) 2005-07-13
4 V3~Seishun Cover~ (V3~青春カバー~) 2006-06-28
5 "Sharan Q ~ Morning Musume" ~Tsunku 15 Years in Entertainment Commemoration Album~
(「シャ乱Q~モーニング娘。」~つんく♂芸能生活15周年記念アルバム~)
2007-09-26
6 "Tsunku Best Work Collection" (「つんく♂ベスト作品集」) 2007-12-05

Album Single

sunting
# Tajuk Tarikh dikeluarkan
1 "Love ~Dakiatte~" (Love~抱き合って~) 1999-04-28
2 "Touch Me" 1999-11-03
3 "Suggoi Ne!" (すっごいね!) 2002-02-27

Single Digital

sunting
# Tajuk Tarikh dikeluarkan
1 Resonant Blue" (リゾナント ブルー) 2 Mei 2008


Pantauan Luar

sunting