Tucson ialah sebuah bandar di Arizona, Amerika Syarikat, dan di sinilah terletaknya University of Arizona.[1] Berdasarkan Biro Bancian Amerika Syarikat pada tahun 2010, Tucson mempunyai keluasan 587.2 km2. Tucson beriklim musim panas yang panas dan musim sejuk yang sederhana, dan biasanya lebih sejuk and lembap daripada Phoenix disebabkan oleh parasnya yang lebih tinggi.

Tucson, Arizona
Bandar Tucson
NegaraAmerika Syarikat
NegeriArizona
Keluasan
 • Jumlah236.51 batu persegi (612.55 km2)
Aras
2,388 ft (728 m)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah520,116
 • Kepadatan2,246.9/batu persegi (867.55/km2)
Zon waktuUTC-7 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC-7 (tiada DST)
Laman sesawanghttp://www.tucsonaz.gov/

Mengikut bancian pada tahun 2010, terdapat 520116 penduduk yang terdiri daripada 229762 isi rumah and 112455 keluarga yang tinggal di bandar ini. Sebahagian besar pembangunan ekonomi Tucson bersandar pada pembangunan University of Arizona yang kini merupakan perusahaan kedua terbesar di bandar ini. Antara pameran dan acara kebudayaan tahunan ialah pertunjukan mineral dan batu permata Tucson, perayaan buku Tucson, perayaan tradisi Tucson, pameran Jalan Avenue 4 dan sebagainya. Kumpulan sukan University of Arizona Wildcats, terutamanya kumpulan bola keranjang lelaki dan sofbol wanita ditunjukkan minat yang mendalam daripada penduduk setempat.

Daerah Pima menampilkan sokongan John Kerry dengan kadar 53% dalam pilihan raya AS 2004 dan Barack Obama dengan kadar 54% dalam pilihan raya AS 2008. Antara institusi pengajian tinggi di sini ialah University of Arizona, Pima Community College, Tucson College, Brookline College dan lain-lain. Sumber bekalan elektrik utama Tucson ialah stesen kuasa arang batu dan gas asli yang diurus Tucson Electric Power yang terletak dalam rangkuman had bandar di sempadan barat daya Davis-Monthan Air-force bersebelahan Interstate-10.

Rujukan sunting