Tuntutan 21 Perkara MA63

21 PERKARA DI TUNTUT DALAM MA63

Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah sebuah kontrak yang di tandatangani oleh 5 komponen Kerajaan yang menubuhkan Malaysia. Sabah adalah 1 daripada kerajaan-kerajaan yang terlibat. Di Dalam dokumen MA63 telah menggariskan peruntukan undang-undang untuk pembahagian tanggungjawab antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

           21 Perkara yang di sebutkan di bawah hanyalah sebahagian daripada isu-isu harus dilaksanakan menurut hak dan tanggungjawab yang telah pun di khususkan untuk Kerajaan Sabah pada Hari Malaysia. Selepas 61 tahun, sebahagian besar daripada keistimewaan dan hak Negeri Sabah telah terhakis dan di nafikan walaupun ianya termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara penyebabnya adalah kesan undang-undang darurat di seluruh negara sejak 1969.

           Kesan daripada darurat itu, telah terdapat ruang untuk pemakaian sebahagian daripada undang-undang yang tidak boleh terpakai ke atas Negeri Sabah ( yang tertakluk dengan perlindungan perlembagaan) dan undang-undang tersebut telah di kuatkuasakan penggunaannya di Negeri Sabah. Ini termasuklah Akta Pelantar Benua 1966 dan Akta Kemajuan Petroleum 1974 - yang telah mengehadkan julat wilayah dan kekuasaan Negeri Sabah.

           21 Perkara ini telah di kemukakan untuk perhatian Kerajaan Persekutuan Malaysia dan telah di rundingkan dengan berpandukan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Sabah. Harus di ingat bahawa hak dan tanggungjawab melitupi sumber pendapatan khas buat Sabah dan juga yang harus di kongsi kan bersama dengan Kerajaan Persekutuan. Inisiatif seperti ini tidak pernah di lakukan oleh mana mana Kerajaan Sabah sebelum ini sehinggalah Warisan memegang tampuk Kerajaan Sabah yang di ketuai oleh Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal yang juga Ketua Menteri di waktu itu.

           17 daripada 21 isu isu tersebut telah berjaya di persetujui bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah melalui perundingan dalam Jawatankuasa Khas Kabinet Untuk Menyemak Perlaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 ( JKKKMA63) yang di ketuai oleh mendiang Datuk VK Liew.

           Pada 10 Ogos 2020, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (HESS, Dato; Hajah Hanifah Hajar telah memaklumkan kepada Parlimen bahawa JKKKMA63 di bubarkan tetapi mengesahkan perlaksanaan 17 perkara yang telah di persetujui itu akan di pantau oleh Majlis Khas MA63. Menteri, baki 4 isu lagi akan di teruskan melalui perundingan di dalam Majlis Khas MA63.

           MA63 dan isu isu berkaitan dengannya masih belum lagi selesai. Oleh itu, adalah amat penting bagi seluruh rakyat, untuk mengambil berat soal “Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang Undang” di dalam negara kita sendiri. Tanpa kepercayaan untuk bersandar kepada undang-undang, kesannya akan di rasai oleh anak anak kita terpaksa menghadapi kehidupan yang sangat sukar di masa hadapan.

           Amat berbeza, 20 perkara yang sering di salah anggap sebagai MA63 dengan 21 Perkara yang di tuntut oleh penuntut hak MA63.

           Tuntutan 21 Perkara adalah perkara perkara yang di tuntut dan derived ( di perolehi ) serta di ekstrak daripada dokumen rasmi Perjanjian MA63 itu sendiri.

           Malahan Tuntutan 21 Perkara ini juga termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, maknanya sepatutnya ia di laksanakan tanpa perlu ada perbincangan lagi.

17 PERKARA DI PERSETUJUI UNTUK DI LAKSANAKAN SECARA PRINSIP

1.                DUTI EKSPORT BALAK DAN HASIL HUTAN

Duti eksport balak dan hasil hutan Sabah selama ini di kutip oleh Kerajaan Persekutuan.

Menurut Perkara 2, Bahagian V, Jadual 10, Perlembagaan Persekutuan - duti eksport balak dan hasil hutan merupakan sumber pendapatan tambahan khusus untuk Sabah dan Sarawak.

Di bawah Warisan, ianya di uruskan sepenuhnya oleh Jabatan Perhutanan Sabah.

Ini bermakna hasil duti berpuluh billion Ringgit yang pernah di bayar kepada Persekutuan selama berpuluh tahun, akan dapat di rasai oleh anak Sabah masa akan hadapan.

* Persetujuan MA63, 30-42% akan di kembalikan semula kepada Sabah.


2.                URUS TADBIR KESIHATAN SABAH

Tadbir urus isu isu kesihatan Sabah selama ini termasuk di bawah seliaan secara bersama. Di bawah Warisan, Sabah kini mempunyai kuasa autonomi atas urus tadbir.

Menurut Perkara 9, Senarai III dan Perkara 18, Senarai IIIA, Jadual 9, Perlembagaan Persekutuan - dan Artikel 95B - jika untuk suatu tempoh sahaja, tidak bermakna ianya menyentuh kuat kuasa seterusnya undang undang Negeri kecuali yang di peruntukan oleh undang undang Persekutuan.

Urus tadbir kakitangan kesihatan, keperluan taburan kekerapan fasiliti dll.


3.                KAWAL SELIA GAS DAN ELEKTRIK SABAH

Hak kawal selia gas dan elektrik terletak di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan penguasaan TNB ke atas SESB, di berikan penyeliaan penuh dan urus tadbir kerajaan Kerajaan Negeri.

Menurut Perkara 11© Senarai I, Jadual 9, Perlembagaan Persekutuan - gas dan elektrik adalah di bawah senarai Persekutuan namun, Persekutuan boleh menyerahkan kuasa melalui bidang kuasa legislative.


4.                KUASA BAKI PERUNDANGAN MENGENAI ALAM SEKITAR DAN PELANCONGAN

Isu isu berkaitan dengan alam sekitar dan pelancongan merupakan kuasa baki perundangan yang tiada di perincikan dalam MA63.

Artikel 77, Perlembagaan Persekutuan, Persekutuan mengatakan kuasa saki baki yang tidak terdapat di dalam Jadual 9, merupakan kuasa Kerajaan Negeri untuk membuat undang undangnya. Kuasa baki perundangan itu telah di berikan kepada Kerajaan Negeri.

Kuasa ini di langgar apabila Persekutuan memasukkan Pelancongan ke dalam Senarai 1 tanpa persetujuan Kerajaan Negeri.

Perkara 25A, Senarai I, Jadual 9.


5.                ISU PERTANIAN DAN PERHUTANAN

Sebagai contoh, sawit dan produk sawit, balak dan produk produk hutan yang di hasilkan di Sabah namun hasil cukai dan sebagainya tidak di kutip dan di manfaatkan di Sabah.

Isu pertanian dan perhutanan adalah termasuk dalam senarai negeri - Perkara3, Senarai II, Jadual 9, Perlembagaan Persekutuan.

Atas usaha Parti Warisan, undang undang, kawal selia harga, cukai dan lain lain isu berkenaan dengan pertanian dan perhutanan di serahkan sepenuhnya kepada Negeri Sabah.

Hasil hasil huluan sehingga hiliran sektor pertanian dan perhutanan di Sabah dapat dipungut dan di manfaatkan oleh Negeri Sabah.


6.                SEMAKAN PEMBERIAN KHAS

Pemberian khas menurut Perlembagaan Persekutuan , tidak mencapai 40% semenjak sekian lama.

Pemberian Khas merupakan sumber pendapatan Negeri Sabah menurut pada Artikel 112C Perlembagaan Persekutuan dan formula untuk pemberian khas kepada Kerajaan Sabah di gariskan pada Perkara 2, Bahagian V, Jadual 10, Perlembagaan Persekutuan.

Perancangan dan pengurusan perbelanjaan dana pemberian khas boleh mengikut keperluan Kerajaan Negeri untuk pembangunan, urus tadbir dan kesejahteraan rakyat Sabah mengikut keperluan khusus setempat di Sabah.


7.                ISU KERJARAYA SABAH SARAWAK

Persekutuan dan Kerajaan Sabah dan Sarawak menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pemantapan Kolaborasi Perlaksanaan Projek Persekutuan bagi membincangkan mekanisma perlaksanaan projek projek yang di biayai menggunakan peruntukan Persekutuan.

Kerja raya terletak di dalam Senarai Persekutuan - Perkara 11, Senarai I, Jadual 9 dan di gariskan di dalam Inter-Govermental Committee (MA63) seharusnya berada di bawah urus selia Jabatan Kerja raya Negeri di mana Persekutuan akan membuat pembayaran semula kos kos berkaitan kepada Kerajaan Negeri.

Atas usaha Parti Warisan, kini kerja baik pulih jalan raya Persekutuan adalah di rancang dan di laksana sepenuhnya sendiri oleh negeri negeri yang terlibat.


8.                TANAH DI BERI HAK MILIK KEPADA PERSEKUTUAN DI NEGERI

Tanah yang di berikan kepada Persekutuan yang tidak di gunakan seperti sekolah, klinik dan sebagainya, hendaklah di kembalikan kepada Sabah dan bukannya Landbank untuk Persekutuan.

Tanah adalah bidang kuasa Negeri

Ini telah di tuntut oleh Parti Warisan.


9.                PENANGKAPAN IKAN DAN PERIKANAN

Lesen bot dan permit penangkapan ikan laut dalam dan pesisir yang sebelum ini di kawal penuh oleh Persekutuan dan Warisan berjaya mendapatkan untuk Kerajaan Negeri mengawal penuh urus tadbir.

Perikanan dan penangkapan ikan terletak di dalam senarai persekutuan dan senarai bersama menurut Perlembagaan Persekutuan.

Atas tuntutan Parti Warisan, urusan lesen bot dan permit penangkapan ikan kini di urus tadbir oleh Kerajaan Sabah dan memudahkan para Nelayan.


10.           PERTAMBAHAN JAWATAN (ART.112 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN)

Di sebabkan oleh Warisan, Kerajaan Sabah boleh memohon untuk menambah kakitangan berkaitan di dalam perkhidmatan strategik yang berkaitan.


11.           TENAGA BURUH SABAH & SARAWAK

Terdapat isu isu tenaga buruh di Sabah yang unik dan tersendiri. Penurunan kuasa membolehkan Ordinan Buruh Negeri terpakai.

Tenaga Buruh merupakan bidang kuasa dan tanggungjawab Persekutuan menurut Perkara 15, Senarai I, Jadual 9, Perlembagaan Persekutuan.

Kini isu isu setempat mengenai buruh di Sabah boleh di selesaikan pada peringkat negeri.


12.           OBLIGASI KEWANGAN PERSEKUTUAN

Obligasi Kewangan dalam Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan iaitu Senarai III dan Senarai IIIA, Jadual 10 telah di perincikan dan di perjelaskan demi memenuhi kehendak di persetujui dalam MA63.


13.           PENTADBIRAN PULAU SIPADAN & LIGITAN DI SABAH

Penyerahan urus tadbir kedua dua pulau kepada Sabah sepenuhnya, khususnya berkaitan pelancongan - pelesenan dan pengeluaran permit.


14.           PENURUNAN KUASA KEPADA MAHKAMAH SABAH & SARAWAK

Ini bermakna hanya Mahkamah Negeri mempunyai kuasa penuh ke atas Perundangan Negeri


15.           BIDANG KUASA HAKIM BESAR SABAH & SARAWAK

Parti Warisan telah mengembalikan Autonomi pentadbiran dan urusan Mahkamah Sabah dan Sarawak.


16.           PERLANTIKAN PESURUHJAYA KEHAKIMAN

Artikel 138 Perlembagaan Persekutuan, merupakan pindaan yang di buat ke atas Perlembagaan Persekutuan oleh MA63 untuk memastikan aplikasi undang undang di gunapakai dengan mengikut kehendak Perlembagaan dengan penyertaan wakil wakil kehakiman dari setiap wilayah.


17.           DUTI SETEM YANG DI KENAKAN KE ATAS INSTRUMEN PEMINDAHAN, CAJ, MENYEWAKAN TANAH DI BAWAH ORDINAN TANAH SABAH & SARAWAK

Akta Duti Setem 1949 adalah akta Persekutuan yang digunapakai sebelum ini. Atas usaha Parti Warisan, kini duti setem akan di kenakan mengikut Ordinan Tanah Sabah 1930.


4 PERKARA YANG BELUM DI LAKSANAKAN

18.           HAK NEGERI KE ATAS PELANTAR BENUA

Menegaskan bahawa Pelantar Benua Sabah merupakan sebahagian tanah HAKMILIK Sabah


19.           AKTA WILAYAH LAUT 2012 (AKTA 750)

Selepas Pengisytiharan Darurat 1969 di mansuhkan pada 2011, Akta Wilayah Laut 2012 adalah tidak terpakai di Sabah sebelum mencapai persetujuan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.


20.           MINERAL MINYAK DAN MEDAN MINYAK

Semua mineral minyak yang terdapat di dalam lingkungan wilayah Sabah adalah di khaskan kepada Kerajaan Sabah dan bersama dengan keistimewaan itu juga, tanah di sekeliling medan minyak itu bagi tujuan menjalankan aktiviti aktiviti berkenaan mineral minyak.


21.           ROYALTI MINYAK DAN PEMBAYARAN TUNAI PETROLEUM

Menerima sekurang kurangnya 10% royalti minyak petroleum kerana ia adalah sumber hasil tambahan yang di serah hak kan kepada Sabah dan Sarawak di dalam Perlembagaan Persekutuan. Pembayaran berbentuk tunai oleh Petronas kepada Sabah bukanlah bentuk pembayaran yang di peruntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.