Perkhidmatan Kemasukan Universiti dan Kolej (UCAS; AFA: /ˈjuːkæs/) merupakan pertubuhan di UK dan peranannya ialah mengurus proses permohonan untuk universiti British.

Logo UCAS

UCAS berpusat dekat Bukit Marle di Cheltenham di persimpangan B4075 dan A435 berdekatan Litar Perlumbaan Cheltenham dan tempat pertukaran kenderaan.[1] UCAS ditubuhkan pada tahun 1992 selepas penggabungan Majlis Pusat Kemasukan Universiti dan Sistem Kemasukan Pusat Politeknik dan nama UCAS ialah singkatan terdahulu UCCA dan PCAS. Oleh sebab sebahagian besar universiti dan kolej pengajian tinggi di UK menggunakan perkhidmatan UCAS, semua pelajar yang berhasrat melanjutkan pelajaran ke tahap prasiswazah di UK mesti memohon melalui UCAS. Latihan Guru UCAS ialah perkhidmatan permohonan untuk pelajar pascasiswazah yang ingin menjadi guru. UCAS melaksanakan Perkembangan UCAS, iaitu perkhidmatan yang membenarkan pelajar GCSE mencari dan memohon kerja selepas umur 16 tahun dan kursus latihan pendidikan. Media UCAS merupakan sebuah syarikat yang mengumpul wang dengan menawarkan pertubuhan komersial dan institusi pendidikan suatu cara untuk berhubung dengan pelajar yang berminat.

Rujukan sunting

  1. ^ "SO9524 : UCAS, New Barn Lane". Geograph.org.uk. Dicapai pada 16 September 2010.