Ulu Bendul merupakan sebuah petempatan di daerah Kuala Pilah , Negeri Sembilan,Malaysia.

Di sini terletaknya 'Hutan Lipur Ulu Bendul' di pinggir jalan sebelum sampai ke Kuala Pilah. Air terjunnya mengalir dari puncak Gunung Angsi. Pengunjung juga boleh melawat Taman Ular Sawa yang mempamerkan lebih 25 ekor ular sawa pelbagai spesies.

Pada 2011, dua pengunjung mati lemas kerana berlakunya 'kepala air' sewaktu hujan lebat turun di bahagian hulu sungai. Apabila cuaca mendung atau hujan, orang ramai perlu mengelak daripada berada dalam sungai kerana fenomena berkenaan mungkin berlaku pada bila-bila masa. [1]

Pekan Berhampiran sunting

  1. Terachi
  2. Paroi

Rujukan sunting