Urban Youth FM - Suara Belia Bandar merupakan stesen radio komuniti internet inisiatif Majlis Belia Wilayah Persekutuan untuk menyediakan platform kepada Belia Bandar untuk menyampaikan pandangan dan pendapat untuk pembangunan belia bandar dan seterusnya seluruh negara. Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) merupakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), Kementerian Belia dan Sukan untuk menyelaras badan gabungannya di seluruh Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan) selain memberi pelbagai ruang dan peluang kepada warga belia di Wilayah Persekutuan untuk menyediakan golongan ini sebagai pewaris kepimpinan negara kelak. Urban Youth FM yang kini bersiaran 24 jam secara atas talian juga boleh didengarkan melalui Android dan juga Apple Apps apabila melihat warga belia bandar lebih dekat dan rapat dengan penggunaan internet secara meluas dan kebanyakkannya mempunyai alat peranti yang canggih yang mampu untuk capaian internet di samping penyebaran maklumat yang berkaitan dapat dihebahkan dengan cepat dan tepat. Urban Youth FM juga berpotensi menjadi medium utama warga belia bandar khususnya untuk mereka meluahkan pandangan selain dapat menyumbangkan idea-idea baharu yang mampu menjadi panduan pihak kerajaan untuk memperhebatkan lagi penglibatan dan hubungan antara warga belia dengan pihak kerajaan.Urban Youth FM - Suara Belia Bandar

Penyampai Radio Urban Youth FM sunting

Segmen Urban Youth FM sunting

* Isnin - Jumaat

* Sabtu - Ahad

Laman Web Urban Youth FM :: Suara Belia Bandar sunting

* http://urbanyouth.fm