Varian Mu SARS-CoV-2

Varian Mu, juga keturunan B.1.621 serta VUI-21JUL-1, ialah salah satu varian-varian SARS-CoV-2, virus penyebab COVID-19. Varian ini mula-mula dikesan di Colombia pada Januari 2021 dan dikelaskan sebagai varian diberi perhatian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 30 Ogos 2021.[1] Menurut WHO, mutasi-mutasi yang ada pada varian itu membayangkan ketahanan menentang vaksin-vaksin terkini dan menekankan agar kajian lanjut dilakukan.[2][3] Wabak-wabak varian Mu telah dilaporkan di Amerika Selatan dan Eropah.[4] Keturunan B.1.621 juga memiliki cabang yang berlabel B.1.621.1, dan telah dikesan di lebih 20 negara dunia.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ "Tracking SARS-CoV-2 variants". who.int (dalam bahasa Inggeris). World Health Organization. Diarkibkan daripada yang asal pada June 18, 2021. Dicapai pada September 1, 2021.
  2. ^ "WHO monitoring new coronavirus variant named 'Mu'". france24.com (dalam bahasa Inggeris). September 1, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada September 1, 2021. Dicapai pada September 1, 2021.
  3. ^ O'Neill, Luke. "Mu: everything you need to know about the new coronavirus variant of interest". The Conversation (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-09-03.
  4. ^ "Why Has WHO Designated 'Mu' A Variant Of Concern? Find Out All About It". ndtv.com (dalam bahasa Inggeris). September 1, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada September 1, 2021. Dicapai pada September 1, 2021.
  5. ^ "Lineage B.1.621.1". cov-lineages.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada August 31, 2021. Dicapai pada September 1, 2021.

Pautan luar sunting