Vissel Kobe (ヴィッセル神戸) ialah sebuah kelab bola sepak profesional terkenal dalam Liga Bola Sepak Profesional Jepun (J1). Kelab ini berpangkalan di Kobe, Wilayah Hyōgo, Jepun.

Vissel Kobe
Vissel Kobe logo.svg
PengerusiPengerusi
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan

Perbelanjaan kakitangan pasukan bukan sahaja menduduki tempat pertama dalam Liga J, tetapi juga jauh melebihi purata untuk kelab J1.[1]

Pada 2014, kelab ini telah dilaburkan sepenuhnya ke dalam pelaburan pengurusan aset peribadi Hiroshi Mikitani, dan syarikat operasi yang sama dengan nama Rakuten Vissel Kobe Co., Ltd.Pengambil alihan kelab ini pun ke dalam pelaburan terpaksa dilakukan, kerana kelab mengalami kesulitan fiskal pada 2013, dan sukar membayar yuran pemain. Sejak diasas oleh pengurus pelabur, Vissel Kobe sudah dapat menghapuskan hutangnya-hutangnya melalui Pelaburan Mikitani.[2]

Kelab ini sempat menjadi sorot mata dunia pada 2018 ketika mereka mendatangankan Andrés Iniesta dari Barcelona FC secara percuma dengan kontrak selama 3 tahun. Saat berada di kelab, Iniesta juga berperan sebagai pempengaruh buat Liga J1 secara keseluruhan. Berkat kehadiran pemenang Piala Dunia 2010 itu, jumlah penonton liga Jepun naik mendadak. Namun begitu, selepas kepergiannya ke Emirates Club pada Julai 2023, kelab ini mengalami penurunan bilangan penonton terutama dari luar, dan seluruh liga J1 juga merasakan kesannya secara keseluruhan.

Rujukan sunting

  1. ^ "TOP > NEWS > Jリーグ > 記事詳細 2022年度のJクラブトップチーム人件費が判明!! 最多は48億円超の神戸、王者横浜FMが8.7億増で2位に急浮上". Dicapai pada 2023-07-15.
  2. ^ "楽天・三木谷会長「巨額投資」の野望、ヴィッセル神戸の年俸総額は60億超!". Dicapai pada 2023-07-15.