Wabak (kumpulan muzik)


Kumpulan Wabak merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang bergerak secara bebas atau juga dikenali sebagai indie di Malaysia.

Wabak
Berasal dariMalaysia Malaysia
PekerjaanVokal / Pemuzik
Pengkarya berkait
Berkumpulan

Kumpulan Wabak merupakan sebuah kumpulan muzik Heavy Metal yang berasal dari Banting. Ia ditubuhkan pada awal 2008, dan dianggotai oleh Syah(vocal), Fuzzlee(gitaris), Hanif(gitaris) dan Mizi (bass).

Kumpulan Wabak diwujudkan selepas pembubaran kumpulan muzik Power Metal, Supersonic yang ditubuhkan sejak 2005. Anggota asal Supersonic (Syah & Fuzzlee) setelah mencapai kata sepakat untuk menukar genre muzik yang menjadi ‘trade mark’ kepada intipati muzik Supersonic iaitu daripada berkonsepkan power metal kepada heavy metal.

Kemudiannya pada awal 2008, penyertaan Hanif ke dalam kumpulan Supersonic merupakan titik permulaan kepada penubuhan Wabak secara langsung telah mewujudkan suatu suntikan baru ke dalam idea penulisan dan penghasilan muzik Wabak..

Supersonic secara rasmi mengumumkan pembubaran kumpulan pada mac 2008 setelah Mizi menyertai Wabak dan memantapkan lagi barisan anggota dan alunan muzik Wabak. Namun sehingga kini Wabak tidak mempunyai drummer tetap dan masih menggunakan khidmat sesionist didalam sebarang aktiviti rakaman dan persembahan.

Ahli-ahli sunting

  • Fuzzlee - Guitar
  • Hanif - Guitar
  • Mizi - Bass
  • Shah - Vocal

Diskografi sunting

Album sunting

  • Blindness Heart (promo - June 2008)

Lagu-lagu sunting

  • Hell City (versi Wabak)


Pautan luar sunting