Dame Whina Cooper ([fi-na ku-pĕr], nama lahirnya Hōhepine Te Wake,[1] 9 Disember 1895 – 26 Mac 1994) ialah seorang aktivis dari New Zealand yang memperjuangkan hak-hak yang setara dalam kalangan kaum wanita masyarakat Māori.

Dari tahun 1951 sehingga tahun 1957, beliau mengetuai Liga Kebajikan Wanita Māori[2] yang banyak meningkatkan taraf hidup wanita Māori dari segi kesihatan, perumahan, pendidikan, dan kebajikan untuk wanita masyarakat tersebut.[3]

Beliau turut terlibat mengadakan suatu hikoi (perarakan panjang) dari hujung utara Pulau Utara ke bangunan Parlimen di Wellington pada 1975 sebagai tanda tunjuk perasaan terhadap tindakan perampasan semberono hak milik tanah orang Māori.[4]

Pengaruh yang wujud hasil perjuangannya mendapat perhatian daripada kerajaan New Zealand, malah beliau diberikan gelaran Te Whaea o te Motu ("Ibu kepada Negara") ke atas beliau.

Rujukan

sunting
  1. ^ King, Michael (1983). Whina, a biography of Whina Cooper. Hodder and Staughton. m/s. 36. ISBN 0-340-338733.
  2. ^ Ministry for Culture and Heritage (6 Mei 2010). "Dame Whina Cooper". Dicapai pada 17 April 2011.
  3. ^ Grau, Marion (2011). Rethinking Mission in the Postcolony: Salvation, Society and Subversion. A&C Black. m/s. 58–59. ISBN 9780567280886.
  4. ^ King, Michael (2000). "'Cooper, Whina', Dictionary of New Zealand Biography".

Bacaan lanjut

sunting
  • King, Michael (2003). Cooper, Whina 1895 - 1994 (biography of Dame Whina Cooper)

Pautan luar

sunting