Wikibuku (bahasa Inggeris: Wikibooks, sebelum ini dipanggil Projek Buku Teks Bebas Wikimedia (bahasa Inggeris: Wikimedia Free Textbook Project) dan Wikimedia-Buku Teks (bahasa Inggeris: Wikimedia-Textbooks)) ialah sebuah projek Wikimedia berasaskan wiki yang dikelola oleh Yayasan Wikimedia bagi penciptaan buku teks dan teks beranotasi digital kandungan bebas yang boleh disunting oleh sesiapa.[2]

Wikibuku
Logo Wikibuku bahasa Melayu
Tangkap layar
Butiran pada laman utama Wikibuku. Semua projek utama Wikibuku disenarai mengikut bilangan rencana.
Tangkap layar laman utama wikibooks.org
Maklumat umum
URLwikibooks.org
Jeniswiki buku teks
Tersedia dalamNekabahasa (77 aktif)[1]
Ditubuhkan19 Julai 2003 Edit the value on Wikidata
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikYayasan Wikimedia
PenciptaJimmy Wales Edit the value on Wikidata
PengasasKarl Wick (en) Terjemah, Jimmy Wales dan Yayasan Wikimedia Edit the value on Wikidata
Kandungan dan sokongan
KomersialTidak
PendaftaranPilihan
Dilancarkan pada10 Julai 2003; 20 tahun yang lalu (2003-07-10)
Status terkiniAktif
LesenAtribusi-Perkongsian Serupa 3.0 Tidak Mudah Alih Creative Commons Edit the value on Wikidata
Enjin perisianMediaWiki Edit the value on Wikidata
Perangkaan
Kedudukan Alexa2,306 (7 September 2018)
1,880 (28 November 2017)
2,268 (9 September 2017) Edit the value on Wikidata
Lokasi
Negara asalAmerika Syarikat Edit the value on Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pada mulanya, projek ini dicipta sepenuhnya dalam bahasa Inggeris pada Julai 2003; kemudian berkembang untuk memasukkan penambahan bahasa bermula Julai 2004.[3] Setakat Jun 2024, terdapat laman aktif Wikibuku bagi 77 bahasa[1] merangkumi sejumlah 378,108 rencana dan 1,468 orang penyunting aktif semasa

Sejarah

sunting

Domain wikibooks.org didaftarkan pada 19 Julai 2003.[4] Ia dilancarkan untuk menjadi tapak dan membina buku teks bebas bagi bidang-bidang seperti kimia organik dan fizik, sebagai maklum balas kepada permintaan seorang penyumbang Wikipedia Karl Wick.[5][6] Dua subprojek utama, Wikijunior dan Wikiversiti, dicipta di Wikibuku sebelum dasar rasminya kemudian berubah yang akan datang menjadi projek jenis pengeram dimulakan mengikut dasar projek baharu Yayasan Wikimedia.[[:]]

Pada Ogos 2006, Wikiversiti menjadi projek Yayasan Wikimedia yang mandiri.[7]

Sejak 2008, Wikibuku termasuk dalam BASE.[8]

Pada Jun 2016, Compete.com menganggarkan Wikibuku mempunyai 1,478,812 pengunjung tersendiri.[9]

Kandungan buku

sunting
Penvisualan pembangunan bagi projek WIkibuku Jerman Mathe für Nicht-Freaks

Sesetengah buku ialah asli, sesetengah yang lain dimulakan sebagai sebuah teks yang disalin daripada sumber buku teks kandungan bebas yang lain yang ditemui di Internet. Semua kandungan laman tersebut dikeluarkan di bawah Lesen Atribusi Perkongsian Serupa Creative Commons (atau sebuah lesen seumpamanya). Ini bermakna, semaseperti projek kembarnya yang lain, Wikipedia, sumbangan kekal berhakmilik kepada penciptanya, sementara perlesenan ini bagi memastikan ia bebas disebarkan dan digunakan mengikut syarat-syarat tertentuز.

 
Bagaimana Wikibuku Inggeris disusun

Wikibuku berbeza daripada Wikisumber, dengan maksud Wikisumber mengumpul salinan dan terjemahan asli sesebuah karya kandungan bebas yang ada, seperti teks asal pementasan Shakespeare, sementara Wikibuku bertumpu pada karya asli, versi pindaan karya sedia ada, atau olahan atau anotasi karya asli.

Statistik nekabahasa

sunting

Setakat Jun 2024, terdapat laman Wikibuku bagi 121 bahasa dengan 77 laman aktif dan 44 telah ditutup.[10] Laman aktif mempunyai 378,108 rencana dan laman ditutup mempunyai 671 rencana.[11] Terdapat 4,707,331 pengguna berdaftar dengan 1,468 yang aktif.[11]

Sepuluh laman projek bahasa Wikibuku teratas mengikut pengiaraan rencana utama:[11]

No. Bahasa Wiki Baik Jumlah Suntingan Penyelia Pengguna Pengguna aktif Fail
2 Vietnam vi 49,900 90,620 509,758 2 18,353 14 1,009
3 Hungary hu 41,653 100,065 470,395 3 14,958 20 21,358
4 Jerman de 31,529 77,957 1,031,195 8 112,049 76 7,825
5 Perancis fr 20,069 57,561 718,808 7 118,053 48 169
6 Itali it 17,379 38,482 455,068 3 51,207 166 774
7 Jepun ja 14,934 28,465 249,837 4 83,318 53 430
8 Portugis pt 13,637 80,478 493,857 3 69,325 38 1,031
9 Sepanyol es 9,282 39,123 415,599 9 123,756 48 0
10 Belanda nl 9,095 29,455 387,773 8 28,397 21 21

Untuk senarai lengkap bersama jumlah, lihat Sttaistik Wikimedia.[12]

Baca juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Wikimedia's MediaWiki API:Sitematrix. Retrieved Jun 2024 from Data:Wikipedia statistics/meta.tab
  2. ^ Wikimedia's MediaWiki API:Siteinfo. Retrieved Jun 2024 from Data:Wikipedia statistics/data.tab
  3. ^ "Wikibooks Statistics - Article count (official)". Wikimedia. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 April 2019. Dicapai pada 28 January 2018.
  4. ^ "Wikibooks.org Whois Record". DomainTools, LLC. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 January 2022. Dicapai pada 22 January 2013.
  5. ^ "Talk:Science Hypertextbook project". Wikimedia Meta-Wiki. Wikimedia Foundation. June 23, 2003. Dicapai pada October 1, 2022.
  6. ^ Wick, Karl (June 17, 2003). "a spot for WP textbook devel". Wikimedia Foundation. https://lists.wikimedia.org/hyperkitty/list/wikien-l@lists.wikimedia.org/thread/CYNWNQMHZTBDWXLJEGEARN3AAQAP2V4L/. Diperolehi October 1, 2022.
  7. ^ "Wikipedia, now serving K-12 and over". Mental Floss (dalam bahasa Inggeris). 2006-08-04. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-09-28. Dicapai pada 2019-09-28.
  8. ^ "Wikibooks: Viquillibres: Portada". Bielefeld Academic Search Engine. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 November 2022. Dicapai pada 15 January 2018.
  9. ^ "Site Profile for wikibooks.org". compete. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-08. Dicapai pada July 19, 2016.
  10. ^ Wikimedia's MediaWiki API:Sitematrix. Retrieved Jun 2024 from Data:Wikipedia statistics/meta.tab
  11. ^ a b c Wikimedia's MediaWiki API:Siteinfo. Retrieved Jun 2024 from Data:Wikipedia statistics/data.tab
  12. ^ "Wikibooks Statistics". Meta.Wikimedia.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada 11 September 2020.

Pautan luar

sunting