Wikipedia:Fakta untuk Demokrasi

Selamat datang ke pertandingan menulis Fakta untuk Demokrasi! Fakta untuk Demokrasi (Facts for Democracy) ialah pertandingan menulis rencana tentang demokrasi dan hak asasi manusia di Wikipedia bahasa Melayu bersempena Kepresidenan Sweden di Majlis Kesatuan Eropah pada 2023. Pertandingan ini merupakan kerjasama antara Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia dengan Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia dan Kedutaan Besar Sweden di Kuala Lumpur.

Wikipedia bahasa Melayu merupakan antara laman sesawang yang paling banyak dikunjungi dan dibaca di Malaysia untuk mendapatkan pengetahuan dan maklumat. Walau bagaimanpun, kurangnya rencana tentang demokrasi dan hak asasi manusia dalam Wikipedia ini. Kekurangan maklumat ini akan menyukarkan akses kepada pengetahuan kepada orang ramai untuk demokrasi dan hak asasi manusia. Perlunya ada banyak maklumat tentang kesihatan tersedia yang lengkap di Internet. Disebabkan oleh itu, perlunya ada usaha meningkatkan literasi tentang demokrasi dan hak asasi manusia dalam kalangan masyarakat dengan meningkatkan sumber terbuka dan bebas tentang demokrasi dan hak asasi manusia.

Dengan adanya pertandingan ini, diharapkan dapat meningkatkan maklumat tentang demokrasi dan hak asasi manusia kepada orang ramai dalam bahasa Melayu. Melalui pertandingan ini juga, para peserta juga dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengetahuan bebas untuk semua.

Dengan kerjasama:
Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia
Kedutaan Besar Sweden di Kuala Lumpur

Tarikh penting

  • Tempoh pertandingan
11:00, 17 Jun 2023 – 11:00, 18 Jun 2023
  • Masa penilaian
11:00 - 14:00, 18 Jun 2023
  • Pengumuman pemenang
14:00, 18 Jun 2023

Daftar di sini!

Hantar rencana!

Topik

Semua rencana berkaitan demokrasi dan hak asasi manusia. Semua peserta dikehendaki mencari tajuk yang sesuai yang berkaitan dengan demokrasi dan hak asasi manusia untuk diterjemahkan daripada Wikipedia bahasa Inggeris atau menciptanya dengan sendiri dari awal. Hanya rencana baharu sahaja yang dicipta pada tempoh penyuntingan akan diterima.

Hadiah

Terdapat tiga kategori yang akan mendapat hadiah daripada pihak penganjur iaitu:

  • Rencana terbanyak
  • Rencana terjemahan terbaik
  • Rencana asli terbaik
Syarat penulisan

Rencana mestilah baru dibuat oleh peserta sepanjang tempoh pertandingan.
Rencana mesti memenuhi kriteria kelayakan am.
Rencana mesti mempunyai rujukan yang baik; penyataan kontroversi dalam rencana harus disahkan dengan petikan yang disenaraikan di dalam rencana.
Rencana tidak boleh diterjemahkan 100% menggunakan mesin terjemahan dan harus diterjemahkan dengan betul.
Rencana yang ditulis bukan berbentuk senarai.
Rencana harus berinformatif.
Rencana berkenaan apa-apa topik yang berkaitan dengan topik kesihatan.
Hasil penulisan yang diciplak akan dibatalkan penyertaan.


Berikut rencana-rencana berkaitan demokrasi dan hak asasi manusia yang boleh dirujuk apabila mencipta rencana:

Rencana demokrasi dan hak asasi manusia yang sedia untuk diterjemah


Terjemah rencana menggunakan alat ContentTranslation
Senarai peserta

Isi nama pengguna anda


Pemenang

Kumpulan yang menang salah satu kategori akan diumumkan di sini.

  • Rencana terbanyak:
  • Rencana terjemahan terbaik:
  • Rencana asli terbaik:

Lihat juga sunting

Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan berkenaan pertandingan ini, sila kemukakan di laman perbincangan. Pihak penganjur akan membalas secepat mungkin.