Wikipedia:KW/Kedai kopi/2


Kembara



  
    سلامت داتڠ ککداي کوڤي ويکيڤيديا بهاس ملايو


   Selamat datang ke Kedai Kopi
Wikipedia Bahasa Melayu


Kebenaran dan Wikipedia sunting

Hai, saya pengguna baru di sini dan cuba untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Wikipedia. Saya tertanya-tanya, bagaimana anda tahu bahawa kandungan di Wikipedia adalah *benar*? --10:41, Jumaat, Mei 3, 2024 (UTC)

Hai , rakan pengembara, selamat datang ke Kedai Kopi. :-)
Saya sangat gembira kerana anda menanyakan soalan tersebut. Ia adalah suatu perkara yang mendalam dan penting untuk diketahui. Jawapan mudah kepada soalan anda ialah kita tahu bahawa maklumat di Wikipedia adalah "benar" apabila maklumat itu disokong oleh sumber yang boleh dipercayai! Jika NPOV (pandangan berkecuali) adalah asas Wikipedia, sumber yang baik adalah tonggak kepadanya.
Kami mencari sumber dengan reputasi untuk menyemak fakta dan ketepatan ... sumber seperti buku, artikel akhbar, majalah, jurnal akademik, dan laman web pakar. Sumber rujukan ini biasanya lebih baik daripada buku yang diterbitkan sendiri, blog, laman web buatan sendiri, dan tulisan peribadi lain atau penyelidikan asal.
Walaupun Wikipedia adalah projek yang ditulis secara sukarela, disusun oleh sebahagian besar daripada golongan bukan pakar, ia *masih* berdasarkan sumber yang berkualiti tinggi.
Ini adalah sebahagian daripada dasar teras kami yang dipanggil Pengesahan. Secara praktiknya, bukan setiap ayat tunggal mempunyai sumber, tetapi yang penting ialah ia bersumber. Saya sangat gembira anda bertanya! Jangan ragu untuk kembali bila-bila masa untuk mendapatkan bantuan. --TheHelpFullWand (bincang) 10:41, Jumaat Mei 3, 2024 (UTC)