Wikipedia:Kedai Kopi (teknikal)/Arkib/2008

Gaya pengarkiban baruSunting

Topik pertama dalam bahagian teknikal! Topik ini dibuka untuk membincangkan masalah amalan pengarkiban di Wikipedia. Gaya pengarkiban yang diamalkan sekarang tak teratur, jadi ini adalah satu inisiatif untuk membentuk satu sistem pangarkiban baru. Sila ambil perhatian bahawa sistem pengarkiban baru yang dicadangkan hanya akan dilakukan pada laman-laman perbincangan yang penting sahaja (Kedai Kopi, Kedutaan, dll.), setiap pengguna tetap bebas menguruskan sendiri arkib perbualan masing-masing.

Gaya pengarkiban sekarang mempunyai beberapa kelemahan:

  • Memerlukan sukarelawan. Setiap awal bulan baru mesti ada orang yang mengalah.
  • Tak teratur. Contohnya dalam satu arkib ada beberapa subarkib yang lain pula.
  • Tak menentu. Sering kali perbincangan yang belum habis terus dimasukkan ke dalam arkib.
  • Leceh!

...dan mungkin banyak lagi masalah-masalah lain. Untuk mengatasi masalah-masalah ini, berikut ialah kaedah-kaedah baru yang dicadangkan:

  • Pengarkiban akan dijalankan secara automatik dengan bantuan bot. Selepas ini pentadbir tak perlulah menyalin kandungan perbincangan ke arkib secara manual.
  • Pengarkiban tidak dilakukan pada setiap awal bulan baru. Sebaliknya, Sang Bot akan sentiasa memantau keadaaan dan memindahkan mana-mana topik yang sudah ditutup ke dalam arkib.
  • Mana-mana topik TIDAK akan dipindahkan ke dalam arkib selagi belum diisytiharkan ditutup. Kaedah pengisytiharan ini mudah sahaja, pembuka topik (atau penyelia) boleh meletakkan sebuah templat (cth: {{tutup|~~~}}) di bawah topik itu (mana-mana tempat pun boleh, asalkan berada dalam topik itu). Sang Bot akan mengesan templat itu. Kemudian, jika templat itu tidak dibuang dalam masa seminggu, Sang Bot akan memindahkannya ke dalam arkib.
  • Arkib disusun mengikut tarikh tutup perbincangan. Arkib diletakkan dalam sublaman /Arkib dan disusun mengikut hierarki /Arkib/YYYY/MM. Arkib bagi bulan September 2008 misalnya akan diletakkan dalam sublaman /Arkib/2008/9. Subarkib lain tidak akan dibuat walaupun arkib itu terlalu panjang.

Demikianlah sedikit sebanyak 'draf' cadangan gaya pengarkiban baru ini. Jika terdapat soalan, komen, atau usul tambahan, I'm all ears.—Aviator, 09:04, 7 September 2008 (UTC)

Errr... buat jela terus.. kui3 izzudin 09:13, 7 September 2008 (UTC)

Tahniah topik pertama! Candangan yang baik. Tetapi saya ingin cadangkan satu tambahan ciri kepada bot tersebut. Bagi laman yang tidak melebihi saiz 31 kB, tidak perlu buatkan arkib. Ini kerana bagi laman yang kurang popular, contohnya seperti WP:KKK dan WP:PP, ia tidak dibiarkan kosong. Aritmatik (adakah istilah ini istilah yg betul?) saya

Jika Jumpa {{tutup}} Dan SaizLaman => 31 Maka
  Buat Laman {{PAGENAME}}/YYYY/MM
Tamat Jika

Lebih kurang macam ini lah, tapi saya kurang tahu mengenai Phyton (anda gunakan Python bukan?) dan cara bot berfungsi, maka rasanya kurang lengkap. Haha. — kurkur[binc|sumb] 09:24, 7 September 2008 (UTC)

Nanti pengguna boleh membuat tetapan berasingan di setiap laman yang ingin diarkibkan. BTW, istilah yang betul ialah "algoritma".—Aviator, 13:14, 8 September 2008 (UTC)
Kalau bulan 10 (contoh) cuma ada satu topik, perlu ke buat arkib sendiri? Takleh gabungkan dengan arkib bulan 9 atau 11 ke? ...Aurora... (bincang) 10:22, 8 September 2008 (UTC)
Sebab Kedai Kopi sudah pecah, hanya arkib tahunan akan dibuat.—Aviator, 13:14, 8 September 2008 (UTC)
Jika arkib dibuat secara tahunan, selesailah sudah persoalan saya. ...Aurora... (bincang) 15:22, 8 September 2008 (UTC)

OK. Atur cara saya sudah siap, tapi saya tunggu rombakan Kedai Kopi menjadi reda, baru saya menambah kod yang sepatutnya.—Aviator, 14:54, 13 September 2008 (UTC)

Topik ini telah ditutup. ...Aurora... (bincang) 14:08, 9 Oktober 2008 (UTC)

edit new section (ni teknikal ke)Sunting

silalah buang link edit new section (+) kat atas laman kedai kopi utama and letak link tuh kat kedai kopi/lain-lain. izzudin 15:17, 8 September 2008 (UTC)

Boleh juga dianggap seperti begitu. Terima kasih kerana keperihatinan. :D — kurkur[binc|sumb] 16:33, 8 September 2008 (UTC)

Topik ini telah ditutup.Aviator, 21:46, 8 Oktober 2008 (UTC)

Ubah statistik teks laman wiki ms (CUKUP PENTING)Sunting

Penyelia sila ambil perhatian, bolehkah para penyelia ubah laman statistik wikipedia ms ini? Contoh saya adalah seperti berikut:

dari:
Terdapat 26,590 pengguna berdaftar. 12 (atau 0.05) daripadanya mempunyai hak Penyelia.
kepada:
Terdapat 26,590 pengguna berdaftar. 12 (atau 0.05) daripadanya mempunyai hak Penyelia. Terdapat 25 pengguna aktif semasa yang berdaftar.
sumber dari (sila lihat):

Perkara ini perlu dilakukan supaya kita boleh mengetahui berapa banyak pengguna berdaftar yang aktif. Perkara ini membantu kita meningkatkan jumlah pengguna berdaftar serta membantu menambahbaik mutu jumlah tugas yang tertunggak. — Imran Al-Sahih (bincang) 09:23, 12 September 2008 (UTC)

Akan siap dalam masa beberapa hari lagi.—Aviator, 09:42, 12 September 2008 (UTC)
Seeloknya ini tukar di Betawiki bukan di sini. Dengan cara ini, tambahan terbaru itu boleh juga digunakan di projek2 lain seperti WIktionary dan Wikibooks. Tak apa, biar Aviator buat. ...Aurora... (bincang) 10:58, 12 September 2008 (UTC)
Dah lama saya ubah, tapi mungkin pihak atasan belum commit atau perisian wiki ini belum ditingkatkan. Biasanya hal ini akan diselesaikan dalam tempoh beberapa hari. Bersabarlah dahulu.—Aviator, 11:14, 12 September 2008 (UTC)
Perisian wiki ini baru sahaja ditingkatkan. Ketua pembangun tak berpuas hati dengan kod yang diubah secara mendadak, sebab itu ditangguhkan sampai tiga minggu. Nampaknya mereka telah mengubah rupa laman Khas:Statistik.—Aviator, 01:32, 23 September 2008 (UTC)

Topik ini telah ditutup.Aviator, 21:46, 8 Oktober 2008 (UTC)

Dua gajet baruSunting

Saya telah manambah beberapa skrip tambahan:

  1. wikEd—penyunting maju dengan ciri-ciri tambahan dan penonjolan sintaks (penghargaan kepada Cacycle)
  2. Pengguna dari Malaysia boleh memaparkan cap waktu di laman perbincangan dalam zon waktu tempatan UTC+8

Anda boleh memilih ciri-ciri ini melalui borang Keutamaan, bahagian Gajet. Skrip pertama hanya boleh digunakan dalam Firefox, manakala skrip kedua belum diuji dalam pelayar selain Firefox. Sekiranya anda mengalami masalah, sila nyatakan di sini atau hubungi saya.—Aviator, 16:59, 13 September 2008 (UTC)

Kenapa saya lihat cap waktu lalai diubah dari UTC kepada MST? Kalau sendiri nak tengok MST oklah, jangan tukar orang lain punya juga. Lihat contoh. ...Aurora... (bincang) 15:20, 16 September 2008 (UTC)
Maaf. Itu kesilapan dari saya. Saya dah baiki. Sekarang UTC sudah tidak ditukar kepada MST ketika menyunting.—Aviator, 16:25, 16 September 2008 (UTC)

Topik ini telah ditutup.Aviator, 21:46, 8 Oktober 2008 (UTC)

email confirmationSunting

sbab saya pegi tuka email tadi, saya pun dapat la email confirmation yg berbunyik:

Seseorang, barangkali anda, daripada alamat IP ##.##.###.##, telah mendaftarkan akaun "######" dengan alamat e-mel ini di Wikipedia.

Untuk mengesahkan bahawa akaun ini milik anda dan mengaktifkan ciri e-mel di Wikipedia, sila buka pautan ini dalam pelayar anda:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Special:ConfirmEmail/################################

Jika ini *bukan* anda, ikuti pautan ini untuk membatalkan pengesahan alamat e-mel:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Special:Invalidateemail/################################

Kod pengesahan ini akan luput pada 12:16, 22 September 2008.

erm... kesalahan patut tuka jadik cenggini:

Seseorang, barangkali anda, dari alamat IP ##.##.###.##, telah mendaftarkan akaun "######" dengan alamat e-mel ini di Wikipedia.

Untuk mengesahkan bahawa akaun ini milik anda dan untuk mengaktifkan kemudahan e-mel di Wikipedia, sila buka pautan ini dalam pelayar web anda:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Special:ConfirmEmail/################################

Jika anda tidak mendaftar di Wikipedia (atau anda mendaftar menggunakan alamat e-mel lain), ikuti pautan ini untuk membatalkan pengesahan alamat e-mel:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Special:Invalidateemail/################################

Kod pengesahan ini akan luput pada ##:##, ## ######### ####.

...lg satu.. ni teknikal ke? izzudin 20:39, 15 September 2008 (MST)

Sama kes ngan statistik di atas, minta Aviator buat. ...Aurora... (bincang) 22:07, 15 September 2008 (MST)
Beres.—Aviator, 23:42, 15 September 2008 (MST)

Aikk.. takde beza pun? izzudin 15:47, 15 September 2008 (UTC)

Kau tukar e-mel pulak ke? Tunggu beberapa hari dulu baru dimasukkan dalam Wikipedia. Kelewatan ini di luar kuasa saya.—Aviator, 16:15, 15 September 2008 (UTC)
Cuba bersihkan cache, mana tahu berjaya... kurkur 18:51, 15 September 2008 (UTC)
Email yang dihantar pun gune cache2 bagai ke? magic plak dapat email memula tules lain then clear cache email yg sama tules lain... aikk... bolehkah sebegitu? izzudin 12:41, 16 September 2008 (UTC)
Maaf, saya salah tafsir, saya ingatkan ianya di laman Wikipedia. Rupanya e-mail peribadi. Masalah sudah selesai? Jika suda selesai, tutup saja perbincangan ini. kurkur 13:06, 16 September 2008 (UTC)
Mereka telah mengemaskinikan perisian wiki ini setelah kelewatan tiga minggu. Cuba periksa sekali lagi.—Aviator, 01:28, 23 September 2008 (UTC)

Topik ini telah ditutup.Aviator, 21:46, 8 Oktober 2008 (UTC)

Ehem.... ehem... pautan Wikispesies versi ms sudah wujud:Sunting

Tolong baiki lagi sikit pautan wikispesies ms itu. Di templat wikipediasister itu wikispesies ditulis perkataan "Inggeris". Tolong buang perkataan "Inggeris" itu. Terima kasih. — Imran Al-Sahih (pesanan) 11:13, 16 September 2008 (UTC)

  Beres. Pautan imej juga telah diperbetulkan. kurkur 11:32, 16 September 2008 (UTC)
Terima kasih banyak2 Mr Kurkur. — Imran Al-Sahih (pesanan) 12:08, 16 September 2008 (UTC)

Topik ini telah ditutup.Aviator, 21:46, 8 Oktober 2008 (UTC)

Terbalikkan pilihanSunting

Kotak tanda ini terdapat pada laman perubahan terkini. Apakah kegunaannya. Di Wiki MS, saya tidak dapat saksikan kesannya, di Wiki EN saya lihat tajuk2 bertukar. Tetapi tidak pasti apa yang diterbalikkan. kurkur 21:00, 23 September 2008 (UTC)

Maksudnya, pilihan itu dikecualikan. Kalau anda pilih ruang nama Perbincangan, laman khas itu akan memaparkan perubahan pada ruang nama Perbincangan sahaja. Tapi kalau anda pilih Perbincangan dan tanda "Terbalikkan pilihan", laman itu akan memaparkan semua perubahan *kecuali* pada ruang nama Perbincangan.—Aviator, 22:16, 23 September 2008 (UTC)
Terima kasih, saya tidak perasan pun kotak tanda tersebut selama ini. Baru kah? kurkur 01:59, 24 September 2008 (UTC)
Sudah lama lah.—Aviator, 02:24, 24 September 2008 (UTC)
Dulu saya gunakan istilah "kecualikan pilihan" kerana saya rasa ia lebih jelas, tapi dah ditukar oleh seseorang. ...Aurora... (bincang) 15:51, 24 September 2008 (UTC)
Sayalah yang tukar. Hehehehe.—Aviator, 15:58, 24 September 2008 (UTC)
Patutlah nampak baru. Haha. kurkur 20:36, 24 September 2008 (UTC)
Mungkin lebih elok tukar semula. Lebih jelas. ...Aurora... (bincang) 10:40, 25 September 2008 (UTC)
OK lah.—Aviator, 11:29, 25 September 2008 (UTC)

Topik ini telah ditutup.Aviator, 21:46, 8 Oktober 2008 (UTC)

Ralat di Khas:Log masukSunting

Saya baru daftar dan keluar teks ini

Sebuah kod pengesahan telah dikirm kepada alamat e-mel anda. Kod ini tidak diperlukan untuk log masuk, akan tetapi anda perlu menyediakannya untuk mengaktifkan ciri-ciri e-mel yang terdapat dalam wiki ini.

Sesiapa harap dapat betulkan. Bobot (bincang) 12:19, 27 Oktober 2008 (UTC)

Anda boleh menyunting seperti biasa. Namun begitu, untuk menggunakan ciri e-mel di Wikipedia ini, anda perlu ikuti arahan yang diberikan. Sila semak inbox e-mel anda jika terdapat sebarang e-mel daripada sistem Wikipedia, dan klik pada pautan yang disediakan dalam e-mel itu.—Aviator, 18:36, 27 Oktober 2008 (UTC)
Bobot maksudkan ada ralat pada ejaan dikirim yang di situ dieja sebagai dikirm. Huhu... Bobot (bincang) 18:38, 27 Oktober 2008 (UTC)
  Beres. Terima kasih kerana keprihatinan anda.—Aviator, 18:45, 27 Oktober 2008 (UTC)

Topik ini telah ditutup.Aviator, 18:45, 27 Oktober 2008 (UTC)

Peralatan editSunting

Selepas berlawan dengan pelbagai pijat jahat dan dgn pengetahuan skripJawa yg lemah, saya telah berjaya menukarkan peralateditan dibawah lamansunting. Ianya kod jsnya diambil dpd Wiki Id kerana saya malas mahu buatnya sendiri. Jadi terimalah. Kalau tidak suka dengan apa yg saya buat, jgn undurkannya, kita buat undian dulu. Sebab, saya rasa saya sudah umumkan secara tidak rasmi yg saya mahu ianya ditukarkan. Tapi tiada maklum balas, kecuali dpd Aviator. Seterusnya, saya bercadang mahu letakkan menu plihan-runtuh untuk memilih templat pemetikan. kurkur 20:49, 23 September 2008 (UTC)

Ada masalah, benda2 yg sepatutnya berada di bawah kotak penyuntingan kini berada di tepi. Tapi ini tidak berlaku di wiki-id. ...Aurora... (bincang) 15:50, 24 September 2008 (UTC)
Saya guna Firefox nampak OK saja. Kotak alatan di bawah sudah menjadi padat dan pelbagai jenis aksara boleh dicapai dengan menu turun di sebelah kirinya. Kurniasan patut uji kod tersebut dalam pelbagai pelayar web. Rasanya, Aurora guna Opera.—Aviator, 16:06, 24 September 2008 (UTC)
Saya rasa semua penyemak imbak menyokong kod ini. Cuma saudara Auroro mungkin belum bersihkan cache lagi. Cuba bersihkan cache dulu, kalu masih ada masalah baru saya akan cuba cari penyelesaian. kurkur 20:34, 24 September 2008 (UTC)
Bukan sebab cache, memang ada masalah. Saya akan undurkan jika anda tidak dapat membaikinya dalam masa terdekat. ...Aurora... (bincang) 10:40, 25 September 2008 (UTC)
Telah saya undurkan. ...Aurora... (bincang) 14:26, 6 Oktober 2008 (UTC)

Topik ini telah ditutup....Aurora... (bincang) 15:16, 24 November 2008 (UTC)

Bantuan InfoboxSunting

Mohon bantuan bagi mencipta Infobox bagi pelakon dan penyanyi. Buat masa ini "Infobox actor" kurang memuaskan. Yosri (bincang) 10:10, 12 November 2008 (UTC)

Bukankah sudah ada {{Infobox musical artist}} untuk penyanyi? Sila jelaskan kenapa {{infobox actor}} kurang memuaskan. Parameter padanya boleh ditambah sekiranya ada kekurangan. Tidak perlu infobox baru melainkan ia benar2 berlainan dengan infobox terdahulu. Kalau infobox penyanyi dan pelakon Malaysia, atau penyanyi dan pelakon Asia, boleh diterima. Saya boleh bantu, tetapi parameter yang anda kehendaki perlu saya ketahui. Sekian. kurkur 10:19, 12 November 2008 (UTC)
Maksud saya "Infobox actor" sukar digunakan bagi penyanyi. Nanti saya lihat Infobox musical artist, tidak tahu sudah ada. Yosri (bincang) 11:02, 12 November 2008 (UTC)

Topik ini telah ditutup. ...Aurora... (bincang) 15:16, 24 November 2008 (UTC)

Rupa baru panduarah kedai kopiSunting

Saya telah mengubah panduarah kedai kopi kepada saiz yang lebih kecil dan kedudukannya dipindahkan kebawah. Sebabnya: Panduarah yang lama mengganggu sitenotice. Saya ingin ulasan daripada pengguna sekiranya kedudukannya tidak menyenangkan. kurkur 13:20, 12 November 2008 (UTC)

Saya rasa ia baik. Letakkan juga di bahagian Kedai Kopi lain. ^_^ 13:27, 12 November 2008 (UTC)
Ia ditransklusi ke semua laman kedai kopi, cuma ia mengambil sedikit masa untuk muncil di setiap satunya. P/s:Rupanya ditiru dpd facebook. :D kurkur 13:35, 12 November 2008 (UTC)
Perkataan 'kedai kopi' di situ patut ditulis 'Kedai Kopi'. Kata nama khas. ^_^ 13:41, 12 November 2008 (UTC)

Topik ini telah ditutup. ...Aurora... (bincang) 15:16, 24 November 2008 (UTC)