Wikipedia:Pengecualian sekatan IP

Biasanya, sekatan jangka panjang alamat-alamat atau julat-julat IP tidak menjejaskan penyunting yang sudah melog masuk. Namun, kadangkala ada keperluan untuk menyekat akses penyuntingan terhadap pengguna awanama dan pengguna yang sudah log masuk menggunakan sekatan automatik dan/atau sekatan keras, untuk mengelakkan gangguan.

Penyelia dan bot sentiasa dikecualikan daripada sekatan tersebut (kecuali sekatan Tor[1]). Penyunting lain boleh meminta pengecualian sekatan alamat IP untuk setiap individu pengguna jika mereka boleh menunjukkan sebab yang baik.

Pengecualian sekatan alamat IP membenarkan penyunting itu menyunting tanpa gangguan sebarang gangguan daripada alamat IP yang kekal disekat bukan berpunca dari kesalahan mereka sendiri. Ia juga boleh digunakan untuk membenarkan pengeditan melalui proksi awanama apabila keperluan ditunjukkan, serta pengguna dipercayai untuk tidak menyalahgunakan hak pengguna ini.

Penyunting yang diberikan pengecualian sekatan alamat IP harus sedar bahawa pelanggaran dasar ini, termasuk penyuntingan tanpa kebenaran melalui proksi, atau kebimbangan signifikan terhadap penyalahgunaan akaun atau kelakuan lain, boleh menyebabkan pengecualian sekatan alamat IP dialih keluar.

Kebenaran biasanya diberikan selang 12 bulan untuk pengguna berpengalaman, yang digalakkan untuk memintanya semula jika mereka mempunyai keperluan berterusan selepas tamat tempoh. Pengguna yang kurang pengalaman tetapi memenuhi kelayakan di bawah dasar ini mungkin diberikan pengecualian blok IP untuk tempoh yang lebih singkat.

Apabila permohonan dipertimbangkan, sila dokumentasikan keputusan dan pengalaman anda di sini supaya kami boleh belajar daripada pengalaman anda.

Pada masa ini terdapat 54 pengguna yang mempunyai penanda PSIP.

  1. ^ Penyuntingan dari nodus keluar Tor memerlukan hak torunblocked, yang hanya wujud pada kumpulan pengecualian sekatan IP. Hak ini tidak termasuk dalam hak-hak pada kumpulan penyelia atau bot. Semua pengguna, termasuk juga yang mempunyai pengecualian sekatan IP, akan kekal terganggu dengan mana-mana sekatan kuki yang dikenakan ke atas mereka, kerana pengecualian sekatan IP tidak mengganggu pilihan sekatan ini.