Buka menu utama

Wikipedia:Tutorial pencarian imej

Anda sudah buat rencana yang bagus. Sekarang nak cari imej (gambar) pula. Macam mana ni? Tutorial pencarian gambar merupakan panduan langkah demi langkah untuk mencari imej yang boleh dilesenkan sebagai domain awam atau di bawah Lesen Dokumentasi Bebas GNU untuk Wikipedia. Apabila mencari imej, yang paling penting

Berfikir secara kreatif apabila mencari!

Untuk tujuan tunjuk cara, tutorial ini mencari imej untuk rencana tengkolok. Rencana ini sudah ada gambar, dan contoh ini hanya digunakan untuk tunjuk cara. Segala teks dalam kotak biru ada kaitan dengan contoh ini.


Isi kandungan

Reality CheckSunting

Fikirkan jenis gambar mana yang anda mahukan. Gambar itu wujudkah? Bolehkah kita mencari gambar sebegitu untuk Wikipedia? Carilah dengan enjin Carian Imej Google. Jika gambarnya tidak terdapat di situ, jadi peluang mendapat gambar itu makin tipis. Jadi, kita haruslah kreatif dan ubah-ubah istilah cariannya. Bagi kebanyakan enjin carian, anda boleh menggabungkan berbilang kata kunci carian dengan membubuh OR, AND atau NOT, dan gunakan * sebagai pengisi aksara lain.

Tengkolok dikenali dengan nama-nama lain, seperti Tengkolok OR *tanjak OR destar: Carian Google untuk tengkolok dan benda-benda lain yang berkaitan dengannya

Perlukah saya tahu status hak cipta dan pelesenan gambar itu?Sunting

Ya!

Bergantung pada gambar yang dikehendaki, hak ciptanya mungkin sudah luput kerana usia imej itu. Bagi Amerika Syarikat, hak cipta imej yang diterbitkan sebelum tahun 1923 sudah luput, begitu juga dengan kebanyakan lukisan dan foto lama. Gambar-gambar sedemikian selamat digunakan untuk Wikipedia walaupun terdapat makluman hak cipta pada laman. Juga terdapat cara lain untuk memintas hak cipta, misalnya dengan menuntut kegunaan wajar, tetapi ini boleh menimbulkan pertikaian undang-undang dan harus dihindari jika boleh. Lihat juga: Hak cipta. Gambar foto bersejarah sentiasa berwarna hitam putih (grayscale), jadi anda boleh mempercepat carian anda dengan menggunakan carian imej selanjutnya dengan memilih warna-warni hitam dan putih.

Carian Tengkolok OR *tanjak OR destar memulangkan banyak gambar. Jika carian dihadkan kepada hitam putih, anda mungkin mencari gambar Sultan Melayu dari abad ke-19. Gambar-gambar sedemikian sudah pasti tiada hak cipta yang sah sekarang kerana diambil sebelum tahun 1923.

Cipta gambar sendiriSunting

Jika anda boleh mencapai benda atau perkara yang dikehendaki, serta sebuah kamera, anda boleh mengambil gambarnya sendiri. Selaku pemegang hak cipta, anda boleh mengeluarkannya di bawah mana-mana lesen yang anda inginkan, misalnya Lesen Dokumentasi Bebas GNU. Untuk imej-imej abstrak, anda boleh mencipta gambar-gambarnya sendiri dalam komputer dengan menggunakan perisian grafik, misalnya imej Image:HowToTieBowtie VersionA.png, atau Image:Mad scientist caricature.png.

Untuk mengambil gambar tengkolok, anda memerlukan:

  1. Kamera
  2. Tengkolok (tak kira siapa punya)
  3. Luangkan sehingga 10 minit untuk mengambil gambarnya

Periksa WikipediaSunting

Wikipedia juga kaya sebagai sumber gambar foto.

  1. Periksa Wikimedia Commons, di mana imej disusun mengikut kategori.
  2. Periksa rencana berkenaan di Wikipedia.
  3. Periksa Pautan ke laman ini untuk mencari rencana-rencana yang mempunyai gambar.
  4. Periksa pautan bahasa luar untuk rencana-rencana berkenaan yang mungkin sudah ada gambarnya.
  1. Antara rencana-rencana yang berkenaan dengan tengkolok, misalnya Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja Melayu pada zaman silam mahupun sekarang.
  2. Periksa Pautan ke laman ini untuk Tengkolok.
  3. Cuba cari pautan bahasa luar berkenaan tengkolok seperti en:Tengkolok.
  4. Carian Wikipedia untuk Tengkolok: Tengkolok
  • Jika anda dapat mencari gambar di sini, anda tidak perlu memuat naiknya. Bagaimanapun, jika ia tidak bebas, anda masih harus menambahkan tunjuk sebab kegunaan wajar pada fail pemerian imej untuk menyatakan tujuan anda menggunakan gambar itu.

Periksa sumber gambar dalam domain awamSunting

Wikipedia:Sumber imej bebas menyenaraikan sebilangan besar sumber imej domain awam. Sekali lagi diingatkan supaya bersikap kreatif, dengan mengubah-ubah kata kunci carian anda berdasarkan rencana-rencana yang anda cari ketika memeriksa Wikipedia. Jangan lupa menyemak status hak ciptanya; anda sepatutnya mendapati bahawa gambar tersebut berada dalam domain awam ataupun di bawah Lesen Awam Am GNU. Jika tiada kenyataan jelas pun tidak bermakna gambar itu bebas dari hak cipta.

Minta izinSunting

Jika anda tidak dapat mencari gambar dalam domain awam, mungkin anda terpaksa meminta kebenaran atau izin dari pemegang hakcipta. Pilih satu gambar dari carian anda yang pemegang hak ciptanya sudi mengizinkan anda untuk menggunakan gambarnya sebagai bahan domain awam ataupun di bawah Lesen Dokumentasi Bebas GNU. Sesetengah pemegang hakcipta yang membuat duit dengan mengenakan yuran pengeluaran semula gambar mereka tidak mungkin sekali memberi bahan-bahan mereka secara percuma begitu sahaja. Misalnya, agensi berita menyimpan pangkalan data gambar yang kaya, tetapi hanya sudi memberikan hak kepada anda jika anda membayar yuran yang mahal. (Jika anda sudi menghabiskan duit itu, lebih baik dermakan kepada Wikipedia sahaja). Anda mungkin tidak akan berjaya meminta gambar percuma dari agensi berita.

Individu yang memiliki gambar dalam tapak web atau album foto Internet sendiri lebih berkemungkinan memberi kebenaran selagi diminta secara beradab. Carikan alamat e-mel (atau laman borang pertanyaan) yang berkenaan dengan gambar itu atau alamat e-mel pentadbir web (webmaster) jika ada. Anda juga harus menyemak kali terakhir tapak web itu dikemas kini. Untuk itu, mula-mula anda pergi ke tapak web berkenaan, kemudian salin kod "javascript:alert(document.lastModified)" (tanpa tanda petikan) ke dalam ruangan alamat lalu tekan kekunci "enter". Jika waktu yang muncul hanya berbeza beberapa saat dengan sekarang, mungkin itulah waktu yang dihantar oleh pelayan (server). Jika tidak, itu sememangnya waktu kemas kini terakhir.

Tapak web yang tidak dikemas kini terlalu lama mungkin sudah terbengkalai, dan pemegang hak ciptanya tidak mungkin dapat dihubungi melalui alamat e-mel yang disediakan. Setelah anda menghadkan carian anda kepada sebilangan kecil gambar yang pemegang hak ciptanya hadir dan berkemungkinan besar mengeluarkan gambar itu di bawah lesen yang berpatutan, anda boleh menulis e-mel (atau pesanan dalam borang pertanyaan) kepada mereka untuk meminta kebenaran menggunakan gambar mereka secara beradab. Untuk contoh permohonan izin, lihat Wikipedia:Contoh permohonan izin. Permintaan anda harus mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Perkenalkan Wikipedia
  2. Nyatakan gambar mana yang ingin anda gunakan (beserta pautan)
  3. Nyatakan di mana anda ingin gunakan gambar itu (beserta pautan)
  4. Minta izin untuk mengeluarkan gambar itu ke dalam domain awam atau di bawah Lesen Dokumentasi Bebas GNU
  5. Berjanji untuk memberi penghargaan kepada pemegang hak cipta/ jurugambar pada laman imej
  6. Berjanji untuk menambahkan pautan kepada tapak web pemegang hak cipta pada laman imej
  7. Ucapkan terima kasih kepada pemegang hak cipta kerana sudi meluangkan masa

Jika anda mendapat izin, tambahkan penghargaannya ke dalam laman imej seperti yang telah dijanjikan, misalnya di Imej:FremontTroll.jpg. Jangan lupa untuk berterima kasih kepada jurugambar dan berikan kepadanya pautan (links) ke laman imej dan rencana yang menggunakan gambar itu!

Pencarian Tengkolok OR *tanjak OR destar mendatangkan banyak gambar menarik. Antara penyumbang yang mungkin dirasakan sudi menyumbangkan gambar ialah Resam Melayu, yang baru dikemaskini setakat 2011, boleh dihubungi dengan borang dalam Hubungi Kami, dan berkemungkinan besar sudi menghulurkan bahan gambar kepada Wikipedia (kerana pihaknya sendiri mengakui meminta bahan input dari para pembacanya).

Tanya ahli lain di WikipediaSunting

Anda boleh menyenaraikan permohonan anda dalam Wikipedia:Permohonan gambar untuk melihat sama ada ahli-ahli Wikipedia yang lain mempunyai capaian kepada gambar yang anda kehendaki itu. Ingatlah bahawa ini mungkin memakan masa kerana ada permintaan yang sudah terbiar dalam laman itu sejak dahulu lagi. Sila ikuti garis panduan berikut:

  • Tengok sama ada anda boleh mencari gambarnya terdahulu
  • Jangan buat permintaan menyeluruh, cth. "perlukan gambar untuk semua orang dalam Senarai tokoh".
  • Mintalah gambar untuk rencana yang sedia ada sahaja; jika tiada rencananya, sila cipta rencana baru sebelum meminta.
  • Jika tak dapat cari barulah buat permintaan. Pilihlah subkategori yang sesuai atau buatlah kategori/subkategori baru dalam senarai menurut abjad itu.
  • Buat pautan kepada rencana untuk ditambah gambar, dan terangkan jenis gambar yang bagaimana yang anda perlukan. Jangan lupa tandatangani permintaan anda (dengan membubuh ~~~~).
  • Hanya tambahkan satu permintaan gambar per bulet.

Untuk tengkolok, kita boleh membubuhkan baris berikut ke dalam Wikipedia:Permohonan gambar dalam bahagian Pakaian atau Topi:

  • Tengkolok memerlukan gambar tengkolok/destar/tanjak yang menarik - [[Pengguna:Sipolan2020]] 04:11, 14 Jan 2011 (MST)

Gambar sudah dapat! Lepas ni?Sunting

Anda harus memberikan nama yang elok, pastikan formatnya betul dan saiznya sebesar-sebesarnya, muat naiknya, bubuh tag imej yang berpatutan termasuk sumber dan huraian, dan tambahkannya ke dalam rencana yang dikehendaki. Jika boleh, muat naiknya ke Wikimedia Commons, supaya gambar itu boleh dipakai oleh projek-projek Wikimedia yang lain. (Lihat Commons:First steps untuk butiran lanjut)

  1. Memilih gambar tengkolok dari Resam Melayu lalu memuat turunnya.
  2. Menukar format imej dari GIF ke JPEG
  3. Menamai semula imej itu sebagai "Imej:Tengkolok.jpg"
  4. Memuat naiknya Imej:Tengkolok.jpg
    1. Gambar percuma juga boleh dimuat naik ke Commons, supaya ia didapati untuk semua projek Wikipedia yang lain. Rujuk Commons:Langkah pertama untuk butiran lanjut
  5. Tambahkan imej kepada rencana Tengkolok

~Done~

Lihat jugaSunting