Wikipedia Bahasa Melayu
Wikipedia Bahasa Melayu (Jawi: ويکيڤيديا بهاس ملايو , kali disingkatkan sebagai mswiki) ialah versi bahasa Melayu ensiklopedia dalam talian, Wikipedia. Asas penciptaan, pembangunan dan pentadbiran sehari-harian Wikipedia Bahasa Melayu adalah menuruti ketetapan perlembagaan dalam Wikipedia:Dasar dan garis panduan.
![]() | |
Jenis laman web | Projek ensiklopedia internet |
---|---|
Terdapat dalam bahasa | Bahasa Melayu |
Ibu pejabat | Miami, Florida |
Pemilik | Yayasan Wikimedia |
URL | ms |
Komersial | Tiada |
Pendaftaran | Pilihan |
SejarahSunting
Sejarah penciptaan Wikipedia Bahasa Melayu bermula daripada permohonan oleh Imran William Smith[1] dan sistem diaktifkan pada 26 Oktober 2002[2] oleh pentadbir Wikipedia, Brion VIBBER.[3]
Pada 20 Februari 2003, pengguna Sharuzzaman telah muncul dan menjadi pengguna tempatan di Malaysia pertama yang berdaftar di Wikipedia ini.[4]
Laman pertama yang wujud (selain laman utama) ialah laman Main Page to yang dicipta pada 28 Januari 2003. Kemudian, muncul pula laman Bahasa Melayu pada 30 Mei 2003,[5] laman Air muncul pada 5 Julai 2003[6] dan laman Wikipedia pada 3 Jun 2003.[7] Semua laman di atas merupakan perintis kepada kemunculan laman-laman rencana baru yang lain. Sehingga Mac 2023 Wikipedia versi bahasa Melayu ini telah mencapai 364,047 rencana.
Daftar laman rencana terawal (bukan laman pentadbiran) mula dicipta bermula pada 16 September 2003, boleh dilihat di pautan laman silam.
Statistik laman bahasa Melayu boleh dilihat di sini.
Perubahan laman utamaSunting
Laman Utama Wikipedia Bahasa Melayu yang asal semasa baru dibuka hanya mengandungi tiga baris teks polos. Laman tersebut hanya direka bentuk supaya menggunakan unsur-unsur HTML dan penggayaan menggunakan CSS pada 14 Oktober 2003 oleh Yosri.[8]
Semenjak itu, telah beberapa kali laman utama ditukar reka bentuk melalui perbincangan.[9] Pada Julai 2010 pula, kulit lalai Wikipedia ditukar daripada Monobook kepada Vector.
Pada 30 Jun 2020, paparan laman utama telah diperbaharui dengan unsur corak songket hasil cadangan EmpAhmadK.[10]
GaleriSunting
Lihat jugaSunting
Pautan luarSunting
RujukanSunting
- ^ Open content encyclopedia ... Wikipedia ... in Malay Permohonan Wikipedia Bahasa Melayu oleh Imran William Smith
- ^ Laman Utama ketika ia diaktifkan
- ^ Sumbangan Brion VIBBER
- ^ Wikipedia bahasa Melayu (20 Februari 2003). "Laman Utama". Dicapai pada 21 November 2015.
- ^ Suntingan terawal rencana Bahasa Melayu oleh pengguna tak berdaftar.
- ^ Suntingan terawal rencana Air, oleh Piolifax
- ^ Suntingan terawal rencana Wikipedia oleh pengguna tak berdaftar.
- ^ Semakan ketika Laman Utama mula menggunakan HTML dan CSS.
- ^ Laman perbincangan Laman Utama, "Perubahan dan cadangan perubahan". 14 Januari 2011. Dicapai pada 2011-10-20.
- ^ Laman Kedai Kopi Wikipedia Bahasa Melayu, "Ubah rupa Laman Utama". 28 Jun 2020. Dicapai pada 2020-07-05.