Wilhelm Tell atau nama Inggerisnya William Tell ialah seorang wira rakyat Switzerland terkenal berkaitan sebuah penceritaan yang mencetuskan pemberontakan dalam kalangan warga sekampungnya lalu melahirkan Gabungan Switzerland; lagenda ini dirakamkan dalam sebuah hikayat Swiss lewat abad ke-15.

Mozek William Tell di Muzium Kebangsaan Swiss

Ia berlatarkan zaman pengasasan asal Gabungan Swiss Lama pada awal abad ke-14. Menurut lagendanya, Tell yang merupakan seorang penembak busur silang mahir, telah membunuh Albrecht Gessler, seorang Vogt yang zalim bagi Habsburg Austria yang ditempatkan di Altdorf, Uri.

Bersama-sama Arnold Winkelried, Tell adalah watak tumpuan dalam patriotisme Switzerland kerana ia wujud semasa Pemulihan Gabungan selepas zaan Napoleon.