William Butler Yeats

William Butler Yeats (/ˈjts/; 13 Jun 1865 – 28 Januari 1939) adalah seorang penyair Ireland yang merupakan salah satu tokok sastera yang paling penting pada abad ke-20. Beliau membantu mengasaskan Teater Abbey, dan pada tahun-tahun kemudiannya beliau turut berkhidmat sebagai seorang senator dalam Parlimen Negara Bebas Ireland selama dua penggal. Yeats merupakan antara penggerak di sebalik Kebangkitan Sastera Ireland bersama-sama dengan Augusta Lady Gregory, Edward Martyn dan orang lain yang seangkatan dengannya.

Gambar William Butler Yeats bertarikh tahun 1903 oleh Alice Boughton

Ringkasan hidupSunting

Dia dilahirkan di Sandymount, Ireland dan dididik di sana dan di London. Beliau menghabiskan zaman kanak-kanaknya cuti di Daerah Sligo serta mempelajari puisi dari usia muda yang turut membawa minatnya terhadap cerita legenda Ireland dan gaib. Topik-topik ini terzahir pada fasa pertama karyanya yang menjangkau sehingga kira-kira ke abad ke-20. Jilid terawal sajaknya telah diterbitkan pada tahun 1889 di mana puisi-puisinya yang bersifat lirik dan perlahan-lahan menggambarkan pengambilan inspirasi daripada penyajak sebelumnya seperti Edmund Spenser, Percy Shelley Bysshe, dan penyair Persaudaraan Pra-Raphaelite. Dari tahun 1900, puisinya mula berkembang menjadi lebih seakan nyata dan realistik.

Beliau dianugerahi Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan pada tahun 1923.

Karya terpilihSunting

  • The Wanderings of Oisin and Other Poems (1889)
  • Lake Isle of Innisfree (1890)
  • The Celtic Twilight (1893)[1]
  • The Wind Among the Reeds (1899)
  • The Second Coming (1920)
  • Michael Robartes and the Dancer[1] (dicetak Februari 1921)
  • The Tower (1928)
  • The Winding Stair and Other Poems (1933)[1]
  • The King of the Great Clock Tower (1934)[1]

Bacaan lanjutSunting

RujukanSunting

  1. ^ a b c d Michael Cox, penyunting (2004). The Concise Oxford Chronology of English Literature. Oxford University Press. ISBN 0-19-860634-6.

Pautan luarSunting