Buka menu utama

William J. Schroeder (1932 - 7 Ogos 1986) berasal dari Jasper, Indiana, Amerika Syarikat. Beliau merupakan pesakit pertama yang menerima jantung buatan pada usia 52 tahun. Pada 25 November 1984, Schroeder merupakan manusia kedua yang menerima jantung buatan dari Jarvik 7. Jantung buatan tersebut dipasang dengan lancarnya di Humana Heart Institute International, Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat oleh pakar kardiologi, Dr. William C. DeVries.[1]

Meninggal duniaSunting

18 hari kemudian, beliau menderita kerana diserang angin ahmar. Beliau disahkan meninggal dunia pada 7 Ogos 1986 akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Jantung buatan tersebut (Jarvik 7) mampu berfungsi selama satu tahun dan 255 hari (620 hari). Ini merupakan suatu tempoh yang agak lama seseorang manusia berkemampuan untuk hidup dengan jantung buatan dalam satu masa. Logo berbentuk dua simpulan jantung diabadikan pada batu nisan beliau.

RujukanSunting

Pautan luarSunting