Windy Cantika Aisah

Windy Cantika Aisah (lahir 11 Jun 2002) ialah atlet angkat berat dari Indonesia. Beliau adalah pemenang pingat gangsa dalam kategori 49 kg di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Windy Cantika Aisah
Maklumat peribadi
Lahir (2002-06-11) 11 Jun 2002 (umur 21)
Bandung, Jawa Barat, Indonesia
Alma materSekolah Tinggi Ilmu Ekonomi Tridharma Bandung
Sukan
NegaraIndonesia
SukanAngkat berat
Kelas berat–49 kg
Rekod pingat
Angkat berat Wanita
Mewakili  Indonesia
Olimpik
Pingat gangsa – tempat ketiga 2020 Tokyo –49 kg
Sukan Asia Tenggara
Pingat emas – tempat pertama 2019 Filipina –49 kg
Kejohanan Remaja Dunia
Pingat emas – tempat pertama 2021 Tashkent –49 kg
Pingat emas – tempat pertama 2022 Heraklion –49 kg
Pingat perak – tempat kedua 2019 Suva –49 kg
Kejohanan Remaja Asia
Pingat emas – tempat pertama 2020 Tashkent –49 kg
Pingat perak – tempat kedua 2019 Pyongyang –49 kg

Dalam acara Kejohanan Remaja Dunia, beliau telah memenangi pingat emas sebanyak dua kali iaitu pada 2021 dan 2022, dalam kategori 49 kg. Beliau juga merupakan pemegang Rekod Dunia Remaja kategori 49 kg Wanita.[1]

Kerjaya sunting

Windy membuat penampilan di Sukan Asia Tenggara pada 2019 di Filipina, dengan beraksi dalam acara 49 kg wanita. Beliau memenangi pingat emas selepas mengangkat 190 kg secara keseluruhan.

Pada 2021, beliau memenangi pingat gangsa untuk acara snatch pada Kejohanan Asia 2020 dan beliau memenangi pingat emas dalam acara Kejohanan Remaja Dunia 2021 yang diadakan di Tashkent, Uzbekistan.[2] Windy layak mewakili Indonesia pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun. Beliau meraih pingat pertama untuk Indonesia pada Sukan Olimpik 2020 selepas memenangi pingat gangsa dalam acara 49 kg wanita dengan jumlah angkatan 194 kg.

Anugerah and Pencalonan sunting

Anugerah Tahun Kategori Keputusan Ruj.
Line Today Choice 2021 Atlet Indonesia Terfavorit Tercalon [3]

Rujukan sunting

  1. ^ "List of youth world records in Olympic weightlifting". Wikipedia (dalam bahasa Inggeris). 2022-06-17.
  2. ^ "2021 Junior World Weightlifting Championships Results Book" (PDF). International Weightlifting Federation. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 31 July 2021. Dicapai pada 3 September 2022.
  3. ^ TODAY, LINE. "Daftar Lengkap Nominasi LINE TODAY CHOICE 2021, Vote Figur hingga Brand Favoritmu! | LINE TODAY". LINE TODAY (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-12-21.