Yaacob Ibrahim
(Singapura, 3 Oktober 1955–) Beliau meraih ijazah dalam Kejuruteraan Sivil (Kepujian) dari Universiti Nasional Singapura. Setelah itu memulakan kerjayanya sebagai jurutera struktural dengan firma konsultansi, Bylander Meinhardt Partnership. Pada tahun 1984, beliau mendapat biasiswa untuk melakukan kursus Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Stanford (Amerika Syarikat). Beliau menamatkan pengajiannya pada tahun 1989 dan berkhidmat di Universiti Cornell sebagai Post-Doctoral Fellow.
Pada tahun 1990 Dr Yaacob kembali ke Singapura dan menganggotai Departmen Kejureteraan Sivil di Universiti Nasional Singapura sebagai Saintis Penyelidikan (Research Scientist).
Dr Yaacob amat aktif dalam kerja kemasyarakatan di Singapura dan di luar negara.
Lihat juga
sunting