Yayasan Nurjiwa
Yayasan Nurjiwa ialah sebuah pertubuhan yang tidak berasaskan keuntungan di Malaysia yang ditubuhkan pada 21 Ogos 2006[1] oleh penyanyi Nombor 1 Malaysia, Biduanita Negara Dato' Sri Siti Nurhaliza dan suaminya, Dato' Sri Khalid Mohamad Jiwa dengan matlamat untuk membantu insan-insan yang memerlukan dan kurang bernasib baik[2].
Yayasan Nurjiwa | |
---|---|
![]() | |
Maklumat am | |
Jenis | pertubuhan bukan untung |
No. pendaftaran | 0745009-T |
Ibu pejabat | Kuala Lumpur, Malaysia |
Penubuhan | |
Pengasas | YBhg. Dato' Sri Khalid Muhammad Jiwa dan Dato' Sri Siti Nurhaliza Tarudin |
Diasaskan | 21 Ogos 2006 |
Identiti | |
Kawasan berkhidmat | Malaysia, Palestine |
Fokus | Membina masyarakat yang inklusif dan kukuh dengan akses kepada sokongan asas, pendidikan dan sumber yang mampan untuk kesejahteraan bersama. |
Matlamat | Memperkasa komuniti yang terpinggir melalui inisiatif kebajikan, pendidikan, kerohanian, kesihatan dan kelestarian infrastruktur. |
Sukarelawan | 30 |
Pekerja | 30 |
Pemilik | Siti Nurhaliza Tarudin Khalid Mohamad Jiwa |
Laman sesawang | www.nurjiwafoundation.org |
sunting ![]() |
Sejarah
suntingYayasan Nurjiwa ditubuhkan pada 21 Ogos 2006 bersamaan 27 Rejab 1427H. Yayasan Nurjiwa merupakan sebuah organisasi amal kebajikan yang berfungsi sebagai platform untuk membantu golongan yang memerlukan melalui pelbagai program, termasuk sokongan kebajikan, tindakbalas bencana, pemberdayaan pendidikan, pembangunan ekonomi dan infrastruktur komuniti.
Yayasan Nurjiwa juga memiliki sebuah sekolah kanak-kanak di Gaza, Palestin, yang dikenali sebagai Afwa Al-Afiyah sejak tahun 2021. Yayasan ini menggunakan pelbagai medium untuk menambah dana, seperti penganjuran konsert amal, sambil memberi peluang kepada orang ramai untuk menyumbang kepada pelaksanaan program Yayasan melalui pelbagai saluran. Matlamat kami adalah untuk memperluaskan lagi usaha membantu dan menyantuni lebih ramai insan yang memerlukan.
Aktiviti
suntingAntara aktiviti yang dijalankan oleh Yayasan Nurjiwa ialah menghulurkan sumbangan berupa barangan keperluan sejadah, telekung, kain pelikat dan Al-Quran kepada mangsa banjir bernilai RM310,000 di Terengganu.[3][4] Pada 2014, yayasan ini turut menganjurkan konsert amal Dato' Siti Nurhaliza Live In KLCC: Where The Heart Is yang diadakan pada 7 dan 8 Februari[5][6] serta pameran seni SITI: An Iconic Exhibition of Dato’ Siti Nurhaliza yang diadakan selama sebulan.[7]
Yayasan Nurjiwa dengan kerjasama dengan syarikat penyedia makanan telah menganjurkan program pengedaran makanan bermasak kepada anak yatim, asnaf, dan mahasiswa/pelajar daripada golongan B40 yang kurang berkemampuan.[8]
Program ini dijalankan setiap minggu, iaitu pada setiap hari Jumaat, dan makanan bermasak ini dihantar ke Kompleks PASUM, Universiti Malaya, Universiti Kuala Lumpur, serta ke rumah anak yatim yang berbeza setiap minggu. Anggaran jumlah penerima sumbangan makanan bermasak ini adalah antara 150 hingga 200 orang pada satu-satu masa.
Yayasan Nurjiwa telah menjalankan misi menghantar sumbangan kotak makanan sepanjang tahun kepada keluarga miskin, asnaf dan ibu tunggal khusus sepanjang bulan Ramadan. Kotak makanan yang diinfaqkan ini terdiri daripada makanan asas serta keperluan dapur seperti beras, tepung, gula, biskut dan pelbagai lagi barangan yang cukup untuk kegunaan selama satu bulan.
Yayasan Nurjiwa melalui Sekolah Afwa al Afiyah dan sukarelawan kami di Palestin terus mengambil inisiatif dan tanpa henti membantu menyediakan makanan yang dimasak untuk diedar setiap hari, bekalan makan kering dan air bersih serta keperluan perubatan dan bantuan tunai untuk para mangsa yang terselamat. Sumbangan dan bantuan berterusan amat diperlukan untuk menyokong seluruh keluarga yang terjejas bagi menghadapi pencerobohan dan peperangan dengan tentera Israel yang belum tahu bila ia akan berkesudahan. Yayasan Nurjiwa terus komited menjalankan misi kemanusiaan bagi membantu mangsa konflik di Gaza melalui program Pembedahan Kecemasan di Zon Perang. Program ini bertujuan untuk memberikan rawatan segera kepada kanak-kanak, keluarga, dan komuniti setempat yang tercedera akibat pergolakan di Palestin.
Yayasan Nurjiwa memainkan peranan penting dalam membantu mangsa banjir yang terjejas teruk. Bantuan ini melibatkan penyediaan dan pengagihan keperluan asas, termasuk pek makanan dan barangan keperluan harian, kepada mangsa-mangsa yang memerlukan.
Yayasan Nurjiwa turut memberi fokus kepada pembangunan infrastruktur komuniti dengan melaksanakan usaha membina dan membaik pulih masjid serta surau yang dikenalpasti memerlukan penambahbaikan. Usaha ini bertujuan untuk menyediakan fasiliti yang lebih selesa, lengkap, dan mesra pengguna kepada umat Islam setempat. Selain itu, ia juga bertujuan menyokong peranan masjid dan surau sebagai pusat komuniti yang serba guna dan penting.
Rujukan
sunting- ^ "Siti Bina Sekolah Di Gaza, Bakal Adakan Konsert Kumpul Dana". Getaran. 2022-07-22. Dicapai pada 2023-08-04.
- ^ "DCHL lancar program kumpul dana bersama Yayasan Nurjiwa". SimplySiti. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mac 2008. Dicapai pada 4 Ogos 2023.
- ^ http://www.astroawani.com/berita-hiburan/yayasan-nurjiwa-serah-sumbangan-rm310-000-kepada-mangsa-banjir-52230
- ^ http://berita.mediacorp.sg/mobilem/entertainment/yayasan-siti-nurhaliza/1818952.html
- ^ "Dato' Siti Nurhaliza Live in KLCC- Where the Heart Is". Galaksi Media. 2014-01-10. Dicapai pada 2017-02-10.
- ^ ""WHERE THE HEART IS" Kerja Amal DATO' SITI NURHALIZA". Galaksi Media. 2014-02-09. Dicapai pada 2017-02-10.
- ^ Siti As Icon: Art Exhibition Contributes To Charity Muhammad Zaini Mohd Zin (21 March 2014). BERNAMA. Accessed on 19 April 2014.
- ^ "Home Page". Nurjiwa Foundation (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-02-25.