Zaid ibn Harithah (sekitar. 581-629 M) merupakan seorang sahabat Nabi yang namanya disebut dalam al-Qur'an (Surah Al-Ahzab). Mempunyai seorang anak yang terkenal iaitu Usamah ibn Zaid hasil perkongsian hidup beliau dengan Barakah.

Kehidupannya sunting

Pada peringkat remajanya, Zaid merupakan hamba kepada Muhammad. Kemudian, baginda membebaskan beliau dan hidup sebagai orang yang merdeka.

Ketika dewasa, beliau berkahwin dengan seorang wanita yang bernama Zainab binti Jahsy. Setelah hidup selama beberapa tahun, dia menceraikannya. Terdapat beberapa fitnah yang dinyatakan oleh musuh Islam bahawa Muhammad yang meminta Zaid menceraikan Zainab. Peristiwa yang sebenar adalah Zainab ingin bercerai kerana tidak suka dengan Zaid kerana menganggap mereka tidak sekufu.

Tujuan Muhammad berkahwin dengan Zainab selepas itu sebenarnya ingin memberi petunjuk kepada umat Islam bahawa anak angkat tidak sama hukumnya dengan anak kandung, malahan bekas isteri anak angkat boleh dikahwini oleh ayah angkat. Ini berbeza dengan fahaman Arab jahiliyah pada masa itu yang menganggap hukum anak angkat sama dengan anak kandung dari segi hubungan darah dan kekeluargaan.

Jasa dan perjuangannya sunting

Beliau dilantik oleh Nabi sebagai ketua panglima perang untuk berjuang menentang tentera Rom Byzantine dalam peperangan yang dikenali sebagai Perang Mu'tah. Bersama-sama beliau adalah Ja'afar ibn Abi Thalib sebagai panglima perang kedua dan seorang sahabat dari golongan Ansar iaitu Abdullah ibn Rawahah.

Zaid telah ditugaskan oleh Muhammad untuk membunuh seorang wanita tua bernama Ummu Qirfa. Kaki wanita itu terikat kepada dua unta, dan unta digerakkan sehinggalah tubuhnya dibuang.[1][2] Kepalanya yang terputus kemudian diarak di seluruh jalan-jalan di Madinah.[3]

Semasa pertempuran, Zaid terbunuh dengan dua rakannya.

Rujukan sunting

  1. ^ The History of Al-Tabari: the Victory of Islam. trans. Michael Fishbein. SUNYP. 1997. m/s. 95–97.CS1 maint: others (link)
  2. ^ The Muslim Empire and the Land of Gold, p.287, Rodney J. Phillips, Strategic book publishing
  3. ^ Al-Jamal, Khalkl Abd al-Karim Manshurat. Al-Nass Al-Muasas wa Mujtamauhu. m/s. 174.