Zaid bin Thabit

(Dilencongkan daripada Zaid ibn Thabit)

Biodata

sunting

Zaid bin Thabit Adh-Dhahhak Al-Ansari An-Najjari atau lebih dikenali sebagai Zaid ibn Thabit r.a. merupakan seorang sahabat Rasulullah s.a.w.. Beliau telah tinggal bersama Rasulullah S.A.W. ketika baginda berada di Madinah. Ketika berusia berusia 11 tahun Zaid ibn Thabit r.a. telah dapat menghafal 11 surah.

Kelebihan

sunting

Kekuatan daya ingatan Zaid ibn Thabit r.a. menjadikan Zaid ibn Thabit r.a. dilantik menjadi penulis wahyu dan surat-surat Rasulullah S.A.W. Diriwayatkan oleh Zaid ibn Thabit r.a. bahawa 'Rasulullah S.A.W. berkata kepadanya "Aku berkirim surat kepada orang, dan aku kuatir, mereka akan menambah atau mengurangi surat-suratku itu, maka pelajarilah bahasa Suryani", kemudian aku mempelajarinya selama 17 hari, dan bahasa Ibrani selama 15 hari.'

Jasa dan Perjuangannya

sunting

Zaid ibn Thabit r.a. mengikuti Rasulullah S.A.W. dalam peperangan Khandaq dan peperangan yang berikutnya. Dalam peperangan Tabuk, Rasulullah S.A.W. telah menyerahkan bendera Bani Najjar yang di bawa oleh Umaroh sebelum itu, kepada Zaid ibn Thabit r.a.. Apabila Umaroh bertanyakan kepada Rasulullah S.A.W. baginda bersabda :"Al Quran harus diutamakan, sedang Zaid lebih banyak menghafal Al Quran daripada engkau."

Zaid ibn Thabit r.a. juga dilantik menjadi setiausaha pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar r.a. dan Khalifah Umar r.a. Ketika pemerintahan Khalifah Usman r.a., Zaid ibn Thabit r.a. dilantik menguruskan Baitul Mal. Khalifah Umar r.a. dan Usman r.a. juga turut melantik Zaid ibn Thabit r.a. memegang jawatan pejabat khalifah ketika beliau menunaikan haji.

Zaid ibn Thabit r.a. juga telah diamanahkan untuk mengumpul dan menuliskan al-Quran pada zaman khalifah Abu Bakar r.a. dan Khalifah Umar r.a. Zaid ibn Thabit r.a. meninggal pada 45H.

Zaid ibn Thabit r.a. meriwayatkan sembilan puluh dua hadith Rasulullah S.A.W. Lima daripadanya disepakati oleh Iman Bukhari dan Muslim. Iman Bukhari juga meriwayatkan empat hadis yang lain bersumberkan dari Zaid ibn Thabit r.a. , sementara Imam Muslim meriwayatkan satu hadis yang lain bersumberkan dari Zaid ibn Thabit r.a.