Zainal Abidin Mohd Lati

Datuk Haji Zainal Abidin bin Mohd Lati atau Penghulu Dato' Zainal Abidin Lati ialah seorang ahli politik dan pembesar tempatan di Negeri Sembilan/Malaysia. Beliau telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan bagi DUN Lenggeng selama dua penggal, dari 1964 hingga 1974. Beliau juga merupakan Penghulu Mukim Labu dan Lenggeng[1][2].Beliau berkahwin dengan Sareah Binti Dato' Klana Petra Maamor, Undang Luak Sungei Ujong (1889-1945) dan mempunyai 4 cahaya mata iaitu Cik Zakiah, Zubir, Zafik & Zawiyah.

Datuk Haji

Zainal Abidin Mohd Lati

K.M.N., A.M.N., D.S.N.S., J.P., B.E.M., P.J.K.
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan
untuk Lenggeng
Dalam jawatan
1964–1974
Didahului olehAbdul Jalil Aminuddin
Digantikan olehSiow Soong Sang
Butiran peribadi
LahirZainal Abidin bin Mohd Lati
1907

Sepanjang khidmatnya sebagai Penghulu, banyak sekolah baru dibuka dalam mukimnya termasuk sekolah Inggeris untuk anak-anak Melayu dan sekolah khas untuk anak-anak orang Asli.Semasa pemerintahan Jepun, Penghulu Zainal menggunakan muslihatnya bagi mengelakkan Jepun menghabiskan beras simpanan penduduk kampung dan juga menggunakan helah bagi memujuk pegawai tentera Jepun daripada mengerahkan tenaga muda lelaki ke sempadan Thailand-Burma. Apabila British menguasai semula Tanah Melayu, Penghulu Zainal bersama pemimpin Melayu lain di bawah pimpinan Dato' Onn Jaafar menggerakkan kesedaran bagi menolak Malayan Union.

Anugerah dan pengiktirafan sunting

  •   Malaysia
    • Ahli Mangku Negara (A.M.N.) - 1968
    • Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) - 1984
    • Dato Setia Negeri Sembilan (D.S.N.S)
    • Jaksa Pendamai (J.P)
    • British Empire Medal (B.E.M)
    • Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K)

Rujukan sunting

  1. ^ "Memoir Penghulu Dato' Zainal Abidin Lati". ILHAM Books (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-29.
  2. ^ "Dato Zainal Abidin Mohamed Lati". geni_family_tree. Dicapai pada 2023-09-29.