Abdul Rahman Junaidi


Abdul Rahman Junaidi merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi kawasan pilihan raya N.4 Pantai Damai.

  • Beliau dilahirkan pada 26 Januari 1961 di Kampung Seberang Hilir, Kuching. Menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Padungan, Kuching. Selepas menamatkan persekolahan darjah 6, beliau dipilih oleh Yayasan Sarawak untuk menuntut di Sekolah Menengah Sains Pahang yang kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.
  • Setelah menamatkan sesi persekolahan, beliau menyambungkan pelajaran ke menara gading, di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Oleh kerana beliau cemerlang dalam pelajaran, lebih-lebih lagi di dalam subjek biologi, beliau memilih untuk mendalami bidang perubatan.
  • Dr Abdul Rahman Junaidi mula menceburi bidang politik pada tahun 1994 dengan menyertai PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak). Selepas sebulan kemudian, beliau ditawarkan menjadi Ketua Pemuda cawangan Kampung Surabaya. Beberapa tahun kemudian, beliau bertanding dan memenangi jawatan Ketua Bahagian PBB.
  • Pada tahun 2001, Dr Abdul Rahman Junaidi diberi kepercayaan untuk bertanding pilihanraya kawasan N.4 Pantai Damai dan memenangi kerusi tersebut.

Abdul Rahman Junaidi
Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Sarawak
(Hal Ehwal Islam dan DBKU)
Dalam jawatan
19 Januari 2017 – 3 Januari 2022
Ketua MenteriAbang Johari Tun Openg
Menteri Muda Utiliti
(Bekalan Air) (Sarawak)
Memegang jawatan
4 Januari 2022
MenteriJulaihi Narawi
Ketua MenteriAbang Johari Tun Openg
Butiran peribadi
Lahir (1961-01-26) 26 Januari 1961 (umur 63)
Kampung Seberang Hilir, Kuching, Koloni Sarawak, Empayar British
KewarganegaraanMalaysia
Parti politikBN-PBB (1994-2018)
GPS-PBB (2018-kini)
PasanganDatin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin
KediamanMatang Jaya, Kuching, Sarawak
Alma materUniversiti Malaya
PekerjaanAhli politik
ProfesionDoktor perubatan
  • Alamat: 206, Lorong 6, Taman Matang Jaya, Petra Jaya, 93050 Bandar Kuching.
  • Sebagai wakil rakyat, beliau sedia menerima sebarang aduan dan rayuran daripada penduduk kawasan pilihan rayanya dan kawasan-kawasan lain di talian tertera;-
Telefon Pejabat: 082 - 233206/413124
Tel Rumah: 082 - 646604
No. Faks: 082 - 236206

Pautan luar sunting