Abu Bakar Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tawil (30 November 1952 – 23 Julai 2021) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Tawil dalam filem Prebet Lapok (1979) arahan Aziz Sattar.[1][2]

Tawil
Kelahiran
Abu Bakar bin Ahmad

(1952-11-30)30 November 1952
Meninggal dunia23 Julai 2021(2021-07-23) (umur 68)
Sebab kematianSesak nafas
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Jalan Ipoh
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1972–2013
PasanganAzah Abdul Kahar

Kerjaya sunting

Tawil memulakan kerjaya lakonan dengan menjayakan persembahan pentas dan bangsawan seawal usia 19 tahun. Beliau juga pernah bergiat aktif sebagai pengacara sekitar 1970-an dan 1980-an. Beliau mula dikenali apabila melakonkan watak penting sebagai Tawil dalam filem Prebet Lapok (1979) arahan Aziz Sattar.[1][2] Sejak itu, beliau terus mengambil nama wataknya sebagai nama pentas. Sepanjang kerjayanya dalam bidang lakonan, beliau telah membintangi 500 drama, telefilem, filem, teater dan bangsawan. Tawil membuat penampilan terakhir dalam kerjaya lakonan pada 2013 menerusi telefilem Taubat Seorang Samseng lakonan Soffi Jikan yang mana beliau memegang watak sebagai Bakri, bapa kepada Rokiman lakonan Sofi.[1][2]

Kematian sunting

Beliau meninggal dunia pada 23 Julai 2021 akibat sesak nafas di kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Sri Aman, Kepong, Kuala Lumpur pada jam 2:15 pagi di usia 68 tahun.[3] Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ipoh pada hari yang sama. Beliau meninggalkan isteri, Azah Abdul Kahar, anak-anak serta cucu-cucu.[1][2]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Hanisah Selamat (23 Julai 2021). "Seniman veteran, Tawil meninggal dunia". Kosmo!. Dicapai pada 16 Ogos 2021.
  2. ^ a b c d "Bintang filem Prebet Lapok, Tawil meninggal dunia akigat sesak nafas". mStar Online. 23 Julai 2021. Dicapai pada 16 Ogos 2018.
  3. ^ Sudirman Mohd Tahir (23 Julai 2021). "Tawil meninggal dunia pagi Jumaat". Harian Metro. Dicapai pada 16 Ogos 2021.

Pautan luar sunting