Harian Metro merupakan akhbar harian tabloid petang berbahasa Melayu di Malaysia di bawah naungan The New Straits Press (Malaysia) Berhad.[1]

Harian Metro
Logo Harian Metro (2013-kini).
FormatTabloid
Diasaskan25 Mac 1991; 33 tahun yang lalu (1991-03-25)
Ibu pejabatBalai Berita 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia
PemilikNew Straits Times Press
Laman sesawanghttp://www.hmetro.com.my/

Meskipun unggul sebagai akhbar pilihan pembaca, banyak benda yang Harian Metro sedikit ketinggalan berbanding akhbar saingannya, Kosmo!.

Sejarah penubuhan sunting

 
Logo Harian Metro (2006-2013).

Sebelum kehadiran Harian Metro, terdapat di kalangan penyokong media sudah merasakan perlunya ada sebuah akhbar harian petang berbahasa Melayu di Lembah Klang. Walau bagaimanapun, ia masih tidak menjadi kenyataan sehinggalah New Straits Times Press menyahut cabaran itu. Akhbar petang pertama Malaysia berbentuk tabloid dilancarkan pada 25 Mac 1991 dengan pesanan cetakan awal 30,000 sehari. Sejak itu, Harian Metro diterbitkan enam hari seminggu (Isnin hingga Sabtu) oleh Berita Harian Sdn Bhd. Pada 25 Mac 1992, Harian Metro melancarkan edisi selatannya di Johor Bahru. Edisi selatan itu diterbitkan sebagai tabloid pagi. Pesanan cetakan pertama di kilang New Straits Times Press di Senai ialah 15,000.

Pada Julai 2020, ia telah dilaporkan bahawa Harian Metro bersama beberapa akhbar tempatan lain iaitu Berita Harian, Utusan Malaysia, New Straits Times (NST) dan The Malaysian Reserve bakal memindahkan lokasi operasinya dari Kuala Lumpur ke Shah Alam, Selangor menjelang penghujung 2020 hingga pertengahan 2021. Pemindahan itu sebagai sebuah pelan pemulihan Media Prima Berhad yang berdepan dengan kemelut kewangan.[2]

Metro Ahad sunting

 
Logo Metro Ahad

Sejak itu, Harian Metro memperkembangkan sayapnya ke seluruh negara dengan mewujudkan edisi utara dan timur untuk memenuhi selera tempatan. Harian Metro mencatatkan jualan tertingginya iaitu 390,019 naskhah pada 31 Oktober 2009. Penerbitan Harian Metro menjadi lengkap apabila ia mengeluarkan edisi Ahadnya, iaitu Metro Ahad pada 20 Ogos 1995 dengan keluaran pertama mencatat 100,003 naskhah. Metro Ahad mencatat jualan tertingginya sebanyak 433,480 naskhah pada 8 November 2009.

Matlamat sunting

 
Akhbar Harian Metro

Matlamatnya pada peringkat awal ialah untuk menyampaikan maklumat bagi penduduk Lembah Klang mengenai peristiwa yang berlaku di Kuala Lumpur dan sekitarnya. Namun, berdasarkan sambutan menggalakkan, Kumpulan NSTP kemudiannya meluaskan pengedaran akhbar berkenaan ke seluruh Semenanjung. Selain berita tempatan, Harian Metro juga menyajikan berita terkini di peringkat nasional dan global.

Rujukan sunting

  1. ^ "Sidang Pengarang Harian Metro". 13 September 2014.
  2. ^ Mohamad Athir Ismail (14 Julai 2020). "Utusan, BH, NST, Metro dijangka pindah ke Shah Alam hujung tahun ini". Suara Merdeka. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Julai 2020. Dicapai pada 15 Julai 2020.

Pautan luar sunting