Ahmed Wali Karzai ( Pashto : احمد ولي کرزی, Ahmad Wali Karzay, 1961 - 12 Julai 2011) merupakan ahli politik di Afghanistan dan adik kepada Presiden Afghanistan Hamid Karzai dan anak kepada Abdul Ahad Karzai . Beliau dari keturunan Pashtun Popalzai ,dilantik ke pengerusi Majlis Wilayah Kandahar pada 2005.Ahmed Wali Karzai pernah tinggal di Chicago dan Illinois, Amerika Syarikat dan bekerja di sebuah restoran milik keluarganya.

Ahmed Wali Karzai
احمد ولی کرزی
Ahmed Wali Karzai bercakap kepada media selepas shura di Kandahar pada Jun 2010.
Kelahiran1961
Karz, Afghanistan[1]
Meninggal dunia12 Julai 2011 (aged 50)
Kandahar, Afghanistan
WarganegaraAfghan
PekerjaanAhli politik dan ketua puak Popalzais di selatan Afghanistan
Terkenal keranaPolitik
Anak-anak2 lelaki 3 perempuan

Beliau kembali ke Afghanistan berikutan penyingkiran kerajaan Taliban pada akhir tahun 2001.

Ditembak rakan sendiri sunting

Beliau telah ditembak dengan pistol oleh tetamu yang dikenalinya. Suspek Sardar Mohammad, adalah rakan lama dari kampung Karzai dan dia ditembak mati oleh pengawal keselamatan selepas pembunuhan. Tetamu itu tidak diperiksa kerana mempunyai hubungan baik. Beliau tidak ditembak oleh pengawal peribadi.

Ketika ini Presiden Afghanistan Hamid Karzai bertemu dengan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy yang mengadakan lawatan mengejut ke Afghanistan dan mengumumkan pengunduran 1,000 tenteranya hujung tahun 2012.

Dokumen Amerika yang dibocorkan laman web pembocor rahsia WikiLeaks akhir tahun 2010 menuduh beliau sebagai pengusaha dadah / candu , mengamalkan rasuah dan mempunyai firma keselamatan sendiri. Namun pegawai rasmi Barat berdiam diri terhadap rekod buruk adik tiri presiden itu.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan bbc tidak disediakan
  2. ^ "Adik Hamid Karzai dibunuh". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-13. Dicapai pada 2011-07-15.