Akashiyaki (Jepun: 明石焼き) adalah nama makanan asal Akashi di Wilayah Hyogo, Jepun yang diperbuat daripada adunan telur, tepung gandum, dashi dan berisi potongan sotong yang dicelup ke dalam kuah dashi sebelum dimakan.

Akashiyaki
Menu restoran di bandar Akashi yang menjual akashiyaki (tamagoyaki) sebagai set menu

Sekali imbas, Akashiyaki kelihatan seperti takoyaki, berbentuk bebola lembut dengan diameter sekitar 3-5 cm yang lazimnya tidak betul-betul bulat kerana bahagian bawah ditekan ke dalam akibat beratnya. Di Akashi, penduduk setempat sudah mengenali makanan ini sejak zaman Edo menyebutnya sebagai tamagoyaki yang kononnya merupakan saudara takoyaki.

Akashiyaki dianggap sebagai makanan unik bandar Akashi. Memakan akashiyaki (yang dijual dengan nama tamagoyaki) merupakan salah satu tujuan utama pelancong berkunjung ke bandar Akashi.

Ciri khas sunting

Perbezaan dengan takoyaki sunting

Akashiyaki bertekstur lebih lembut dari takoyaki kerana mengandung banyak telur dan digoreng dengan loyang berupa bulatan-bulatan cekung. Adunan juga mengandungi bahan rahsia berupa tepung gandum yang disebut jinko (Jepun: 沈粉). Sewaktu digoreng, Akashiyaki sentiasa dibalikkan agar bulat dengan menggunakan penyepit dapur (saibashi) dan tidak memerlukan alat khusus seperti takoyaki. Akashiyaki hanya berisi sotong, tidak seperti takoyaki di Osaka yang berisi sotong tapi masih ditambah pelbagai macam isi. Akashiyaki dihidangkan pada sepotong kayu bersama semangkuk kecil kuah dashi. Tidak seperti takoyaki, akashiyaki tidak diletakkan sos dan dimakan setelah dicelup ke dalam kuah.

Piring dan loyang akashiyaki sunting

Loyang untuk menggoreng dibuat dari perunggu berbentuk petak panjang dengan bulatan-bulatan cekung sesuai dengan jumlah akashiyaki yang akan dijual dalam satu set (biasanya 8-10 biji). Piring khusus untuk menghidangkan akashiyaki berupa piring rata petak panjang dari kayu yang sama luasnya dengan permukaan loyang yang dipakai. Piring mempunyai bahagian depan yang lebih tinggi dari bahagian belakang agar mudah kering setelah dicuci.

Tekstur akashiyaki yang lembut menyebabkan akashiyaki sukar diambil dari loyang penggorengan ke atas piring tanpa merosakkan bentuknya. Untuk menanggalkannya, loyang ditutup dengan piring khusus akashiyaki dan dibalikkan sehingga selari dengan rapi di atas piring. Cara mengeluarkan akashiyaki dari loyang merupakan salah satu tarikan yang tersendiri.

Pautan luar sunting