Apokalips X

Filem cereka sains aksi fantasi Malaysia 2014 arahan Mamat Khalid

Apokalips X merupakan sebuah filem cereka sains aksi fantasi Malaysia 2014 arahan Mamat Khalid terbitan bersama Tayangan Unggul, Astro Shaw dan Naga VXS, ditayangkan pada 3 April 2014. Filem ini dibintangi oleh Farid Kamil, Jehan Miskin, Peter Davis, Zoie Tam, Vassan, Adam AF, Iqram Dinzly, Pekin Ibrahim, Miera Leyana, Dazrin Kamarudin, XY Zakaria, Zappa Khalid, Amen Khalid, Azwan Kaswi, Dayana Roza dan Pyan Habib serta penampilan istimewa Sarimah Ibrahim. Filem ini merupakan filem pertama bergenre manga di Malaysia dan kedua (selepas Kapoww!!) yang mengambil pendekatan seni grafik buku komik.[2]

Apokalips X
Poster keluaran tayangan
PengarahMamat Khalid
PenulisMamat Khalid
Lakon layarMamat Khalid
Dihasilkan olehGayatri Su-Lin Pillai (eksekutif)
Dibintangi
SinematografiRaja Mukhriz
Disunting oleh
Muzik olehReza Ramsey
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
  • 3 April 2014 (2014-04-03) (Malaysia)
Masa tayangan
104 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1,500,000
Pecah panggungRM 253,446[1]

Sinopsis sunting

Apokalips X mengisahkan peradaban manusia yang hidup selepas Perang Nuklear meletus pada tahun 2047. Saki-baki manusia yang terselamat daripada perang itu hidup dalam keadaan kacau-bilau, hilang arah tujuan dan menjadi ganas. Lalu, muncul beberapa puak yang berbalah dan berbunuhan antara satu sama lain demi kelangsungan hidup dan gelaran ketua. Manusia ketika ini terbahagi kepada lima puak iaitu Merah Putih diketuai X (Farid Kamil), Taring Led yang dipimpin Sri Gala (Peter Davis), Flora diketuai oleh Kulat (Zoee Tan), Teratai diketuai Melur (Vasanth) dan Jengking diketuai oleh Y (Jehan Miskin) daripada 30 buah puak pada asalnya.

Puak-puak tersebut berusaha menegakkan keamanan melalui perjanjian damai yang diasaskan oleh Pendita walaupun wujudnya rasa dendam dan benci antara mereka. X yang digeruni pada zaman kegemilangannya dahulu bertekad untuk tidak berperang lagi sampai bila-bila. Tetapi perjanjian damai yang telah memberhentikan pertempuran maut satu ketika dahulu menjadi semakin terancam apabila Aman Chai (Adam), pengikut utama X jatuh cinta kepada anak kesayangan Sri Gala iaitu QiQi (Miera Leyana). Pergelutan yang tercetus akibat daripada hubungan cinta tersebut dan juga hasutan Kala menyebabkan QiQi tercedera parah. Sri Gala yang meradang dengan kejadian itu bertekad mahu keluar daripada perjanjian damai yang telah termeterai bertahun lamanya.

Apabila ketegangan antara X dan Sri Gala semakin memuncak, Kala yang gila kuasa pula mengambil kesempatan dengan merancang tindakannya untuk menjatuhkan kedua-dua geng tersebut. Kala berjaya menambahkan bilangan pengikutnya di samping bersiap sedia untuk membuat serangan.

Pelakon sunting

 
Farid Kamil memegang watak sebagai X dalam filem ini.
  • Farid Kamil sebagai X
  • Jehan Miskin sebagai Kala / Y
  • Adam AF sebagai Aman Chai
  • Miera Leyana sebagai QiQi
  • Dazrin Kamarudin sebagai Chin Long
  • Iqram Dinzly sebagai Razor
  • Pekin Ibrahim sebagai Lipan
  • Vasantha Kumaran sebagai Melur
  • Zoee Tan sebagai Kulat
  • Peter Davis sebagai Sri Gala
  • Dayana Roza sebagai Kunyit
  • Pyan Habib sebagai Pendita (penampilan khas)
  • Sarimah Ibrahim sebagai Zara (penampilan khas)
  • Zaffa Khalid sebagai Sawan
  • Adam Khalid sebagai Balung
  • Amen Khalid sebagai Amen
  • Azwan Anuar sebagai Pipit
  • Aris Yanin sebagai Alam
  • Haswany Osmar sebagai Kangkong
  • Amira Izzati sebagai Kobis
  • Hassanah Mohamad sebagai Baby
  • Lee Weng Seng sebagai Monster
  • Idriss Ahmad sebagai Kerengga
  • Faris Farid sebagai Sengat
  • XY Zakaria sebagai XY
  • Henzi Andalas sebagai Ah Seng

Penerbitan sunting

Fail:MamatKhalid01.jpg
Mamat Khalid bertindak sebagai pengarah, pengarang dan penulis lakon layar bagi filem ini.

Filem ini dihasilkan oleh Mamat Khalid untuk menghasilkan sesuatu yang berlainan daripada filem-filem biasa Melayu Malaysia[3] serta menerapkan hampir 70 peratus unsur teknologi imej janaan berkomputer (CGI) oleh Chain FX dan beberapa imejan visual yang direka khas oleh Glue Studios. Filem ini mengambil masa empat tahun[4] untuk disiapkan secara menyeluruh dan hasilnya ditontonkan pada majlis tayangan media di Cathay Cineleisure, Damansara. Mamat yakin filem ini akan mendapat tempat, terutama di stesen televisyen untuk jangka masa panjang.[5]

“Mengenai jalan cerita, ia [i]alah idea daripada anak yang suka melihat novel grafik Jepun yang juga dipanggil Manga dan dari situ, saya mula mengkaji sehingga terhasilnya Apokalips X,” katanya.

Untuk mempertingkatkan kesan realistik pada setiap lakonan yang dipaparkan, Mamat memberikan tempoh selama dua minggu kepada barisan pelakonnya mempelajari seni pertarungan. Lebih 27 babak telah dipotong oleh LPF dan antara babaknya ialah yang menjurus kepada paparan mengenai dadah, gengster dan beberapa elemen lain yang tidak dirasakan perlu oleh pihak LPF. Mamat juga mengakui filem ini mendapat inspirasi daripada minat anaknya terhadap filem Crows Zero.

Miera Leyana pernah dikejarkan ketika produksi ke Unit Rawatan Rapi (ICU) gara-gara dihempap lebih 10 orang pelakon tambahan. Beliau berkata: "Ketika penggambaran satu babak di dalam bilik kosong, keadaan hiruk-pikuk yang tidak terkawal telah menyebabkan saya terjatuh.Tidak cukup dengan itu saya dihempap pula lebih 10 orang pelakon tambahan yang kebanyakannya lelaki. Akibat dihempap, saya pengsan dan akhirnya terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Subang Jaya. Doktor mengesahkan tisu kaki saya terkoyak dan saya pengsan kerana tidak cukup oksigen."[6]

Tayangan perdana filem ini pula telah dilakukan secara tidak rasmi di Wangsawalk Mall pada 8 April 2014.[7] Sebuah peranti permainan untuk telefon pintar dan tablet telah dilancarkan pada 23 April 2014 dan dikenali sebagai Apokalpis X – Larian Maut.[8]

Ulasan kritis sunting

Ulasan filem ini bercampur di kalangan pengkritik filem. Amirul Haswendy Ashari daripada Harian Metro mengatakan filem ini "...serius berbanding filemnya (Mamat Khalid) sebelum ini. Malah, ia jauh lebih gelap dari segi bahasa filem, kritikan sosial, penciptaan watak dan perkembangan plot." Beliau turut menyatakan satu-satunya kelemahan filem ini ialah ia terlalu banyak berkarya.[9] Mohd Al Qayum Azizi daripada mStar mendefinisikan filem ini sebagai "...mengejutkan...".[10] Portal hiburan Murai.com.my pula memuji kejayaan Mamat Khalid menggunakan jalan cerita untuk mengaburi mata penonton terhadap kelompongan filem.[11] Hassan Abd Muthalib daripada Utusan Malaysia pula mengatakan filem ini sebagai "...tanda-tanda kebangkitan sinema Malaysia yang memberangsangkan yang boleh membanggakan negara di persada dunia."[12] Filem ini mendapat rating 5.0 per 10 dalam portal perfileman IMDb.[13]

Kesinambungan sunting

Walaupun filem ini gagal mendapat sambutan, pengarah, Mamat Khalid tetap merancang untuk menghasilkan filem prekuel Apokalips X. Jalan cerita yang akan dimuatkan nanti dijangkakan lebih menjurus kepada kehendak pe­nonton.[14]

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2015 Festival Filem Malaysia ke-27[15] Penataan Seni Terbaik Rosli Mahmud, Anuar John Paharuddin & Pathullah Luqman Tercalon
Busana Terbaik Roshada Abdul Hamid Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Saya gagal ikut kehendak dan cita rasa penonton – Mamat Khalid – POST METRO
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-12. Dicapai pada 2014-11-12.
  3. ^ Angelin Yeoh (8 April 2014). "Apokalips X: Dawn of a new era". The Star (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-12. Dicapai pada 1 Mei 2014.
  4. ^ "Apokalips X temui penonton selepas empat tahun". Sinar Harian. 5 April 2014. Dicapai pada 1 Mei 2014.
  5. ^ "Sisi serius Mamat Khalid - Berita Harian". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-12. Dicapai pada 2014-11-12.
  6. ^ Akhbar Kosmo: Kosmo Online - Hiburan
  7. ^ "Astro Gempak – Berita Hiburan Malaysia Terkini, Drama & Filem Melayu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-12. Dicapai pada 2014-11-12.
  8. ^ Apokalips X Lancar Peranti Permainan Di Telefon Pintar - OHBULAN!
  9. ^ Kritikan pedas isu politik - Harian Metro[pautan mati kekal]
  10. ^ "Mamat Khalid Bawa Kelainan Dalam 'Apokalips X' - Wayang | mStar". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-12. Dicapai pada 2014-11-12.
  11. ^ "Astro Gempak – Berita Hiburan Malaysia Terkini, Drama & Filem Melayu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-12. Dicapai pada 2014-11-12.
  12. ^ Apokalips X antara fantasi dan realiti
  13. ^ Apokalips X (2014) - IMDb
  14. ^ "Rancang prekuel Apokalips X - Harian Metro". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-12. Dicapai pada 2014-11-12.
  15. ^ "Astro Gempak – Berita Hiburan Malaysia Terkini, Drama & Filem Melayu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-06. Dicapai pada 2015-08-05.

Pautan luar sunting