Asha Merican (lahir 27 Ogos 1997 di Kuala Lumpur, Malaysia) ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Kerjayanya bermula sebagai rakan seangkatan Shaza Bae dan Rita Nadira.[1]

Asha Merican
Kelahiran (1997-08-27) 27 Ogos 1997 (umur 26)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2018–kini
PasanganHarris Annuar (k. 2022)
Anak-anak1

Sebelum menceburi bidang lakonan, beliau memulakan kerjaya dengan menyertai Astro On Air Talent selama 6 bulan, dan pernah menjadi model peragaan untuk pelbagai iklan TV termasuk Go Shop.[1][2]

Lakonan pertamanya ialah Rindu Yang Terlarang (2019) untuk siaran di Astro Ria yang dibintangi oleh Fikry Ibrahim dan Zahirah MacWilson, namun penampilan sulungnya kurang menyerlah. Beliau kemudian berlakon dalam telefilem Pemuja Rahsia.[1][2]

Beliau berkahwin dengan pelakon, Harris Annuar pada 11 Jun 2022.[3]

Filemografi sunting

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Rangkaian TV
2019 Rindu Yang Terlarang Rani Astro Ria
2020 Lelaki Lingkungan Cinta Reen TV3
2020–2021 Angkara Cinta Azura Astro Prima
2021 Marry Me Senorita Idora Astro Ria
Tak Sempurna Mencintaimu Cammy TV3
The Hotel Marsha Astro Ria
Cik Ayu Mee Sanggul Icha
The Hotel 2: Jiwa Yang Kau Puja Marsha
2022 Juliet Nani TV1
Ash & Aish Izma Astro Ria
Biarkan Ia Pergi Fara Zaliqa TV3
2023 Rindu Darul Iman Jojo TV Okey

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Rangkaian TV
2020 Pemuja Rahsia TV3

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya Tercalon Keputusan
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 BBNU Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Ridzuan Abdul Rahman (21 Ogos 2021). "'Bukan senang berlakon'". Harian Metro. Dicapai pada 20 November 2021.
  2. ^ a b Ridzuan Abdul Rahman (20 November 2021). "Rezeki kian melimpah". Harian Metro. Dicapai pada 20 November 2021.
  3. ^ Najiy Jefri (12 Jun 2022). "Harris Annuar, Asha Merican kini suami isteri". Harian Metro. Dicapai pada 27 Jun 2022.

Pautan luar sunting