Awang Essa

bekas penjaga gol Malaysia
(Dilencongkan dari Awang Esa)

Awang bin Essa, juga dikenali dengan gelaran Abe Mat Bola (26 Februari 1947[1][2] – 25 Februari 2019), ialah seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan.[3][4][5] Beliau berperanan sebagai penjaga gol pasukan Malaysia pada tahun 1969.[6] Beliau juga pernah menjadi jurulatih penjaga gol pasukan Kelantan pada tahun 1993.

Awang Essa
Maklumat peribadi
Nama penuh Awang bin Essa
Tarikh lahir (1947-02-26)26 Februari 1947
Tempat lahir Tanah Melayu British (kini Malaysia)
Tarikh kematian 25 Februari 2019(2019-02-25) (umur 71)
Tempat kematian Hospital Universiti Sains Malaysia
Posisi permainan Penjaga gol
Pasukan diurus
Tahun Pasukan
1969 Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia

Pada September 2018,[7] beliau mula menghidapi sakit tulang belakang serta barah tahap empat sehingga terlantar di katil.[8][9] Beliau berulang-alik dimasukkan ke dalam Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian sejak September sehingga kali terakhir dimasukkan ke dalam hospital pada 19 Januari 2019.

Beliau meninggal dunia dalam tidur[1] di HUSM pada 25 Februari pukul 4 pagi, sehari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-72.[2] Beliau meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak.[10] Solat jenazah beliau didirikan selepas solat Zuhur hari yang sama di Masjid Telipot.[1][11][12] Jenazah beliau kemudiannya disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Banggol.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Nor Amalina Alias (25 Februari 2019). "Abe Mat Bola meninggal dunia". MyMetro. Foto oleh Nik Abdullah Nik Omar. Dicapai pada 25 Februari 2019.
  2. ^ a b c Azlida Alimin; Zaimatul Juwita (25 Februari 2019). "Awang Essa tak sempat sambut hari lahir". Sinar Harian. Dicapai pada 25 Februari 2019.
  3. ^ Bernama (27 Disember 2018). "PAS tiada masalah Waythamoorthy diganti pemimpin India lain". Malaysiakini. Dicapai pada 25 Februari 2018. ...bekas penjaga gol kebangsaan, Awang Essa...
  4. ^ Mazram Idzam Ridzal Mahmud (12 Disember 2016). "Bekas pemain saran kerajaan negeri bantu". karangkraf.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-26. Dicapai pada 25 Februari 2019.
  5. ^ Zaain Zin (27 Disember 2018). "Yakeb perlu diaktifkan semula". Utusan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2019 – melalui Utusan Online.
  6. ^ Bernama (28 Disember 2018). "Tiada masalah Waythamoorthy diganti pemimpin India lain: PAS". Utusan Borneo Online. Dicapai pada 25 Februari 2019.
  7. ^ Mohd Zulkifli Zainuddin (30 Disember 2018). "YAKEB masih aktif salur bantuan kepada bekas atlet". BH Online. Gambar oleh Nik Abdulah Nik Omar. Dicapai pada 25 Februari 2019.
  8. ^ Zuraimee Zainal (31 Disember 2018). "Yakeb perlu RM3 juta setahun". Sukan Sinar. Dicapai pada 25 Februari 2019.
  9. ^ Bernama (1 Januari 2019). "Yakeb needs RM3 mln a year" [YAKEB memerlukan RM3 juta setiap tahun]. The Borneo Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2019 – melalui PressReader.com.
  10. ^ Zaimatuljuwita Abdul Manaf (25 Februari 2019). "Lagenda bola sepak Kelantan meninggal dunia". Sinar Online. Dicapai pada 25 Februari 2019.
  11. ^ BERNAMA (25 Februari 2019). "Bekas penjaga gol kebangsaan, Awang Esa meninggal dunia". BH Online. Dicapai pada 25 Februari 2019.
  12. ^ Yatimin Abdullah (25 Februari 2019). "Bekas penjaga gol negara, Awang Isa meninggal dunia". Kosmo Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-25. Dicapai pada 25 Februari 2019.