Tun Dr. Awang bin Hassan (9 November 1910 – 12 September 1998) ialah Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kelima yang berkhidmat dari 1 Mei 1981 hingga 30 April 1989. Beliau sebelum itu merupakan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia ketujuh dari 1973 hingga 1980.


Awang Hassan

SMN; DUPN (PP); SPMJ, SMJ (Johor)
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-5
Dalam jawatan
1 Mei 1981 – 30 April 1989
Ketua MenteriTun Dr. Lim Chong Eu
Didahului olehTun Sardon Jubir
Digantikan olehTun Hamdan Sheikh Tahir
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia
Dalam jawatan
1973–1980
Didahului olehTun Muhammad Fuad Stephens
Digantikan olehTan Sri Datuk Lim Taik Choon
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Muar Selatan, Johor
Dalam jawatan
1963–1974
Didahului olehDato' Suleiman Abdul Rahman
Digantikan olehKonstituensi dibubarkan
Butiran peribadi
Lahir(1910-11-09)9 November 1910
Muar, Johor, Malaya (kini Malaysia)
Meninggal dunia12 September 1998(1998-09-12) (umur 87)
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Tempat persemadianMakam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor
PasanganToh Puan Khadijah Abdul Rahman (k. 1936; m. 1987)
Toh Puan Dr. Zubaidah Abdul Rahman (k. 1989)
Anak-anak7 (termasuk Tan Sri Dato' Dr. Yahya Awang)
HubunganDato' Haji Abdul Rahman Mohamed Yassin (bapa mentua)
Dato' Suleiman Abdul Rahman (abang ipar)
Tun Dr. Ismail Abdul Rahman (adik ipar)
Tan Sri Dato' Dr. Abu Bakar Suleiman (anak saudara)
Mohamed Tawfik Ismail (anak saudara)
Alma materKolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya (kini Universiti Kebangsaan Singapura)

Pendidikan sunting

Tun Dr. Awang mendapat pendidikan rendah di Sekolah Bukit Zahrah, Johor Bahru dan pendidikan menengah di English College Johor Bahru (kini dikenali sebagai Maktab Sultan Abu Bakar).[1] Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura (kini dikenali sebagai Sekolah Perubatan Yong Loo Lin, Universiti Nasional Singapura) dan dianugerahkan Licentiate in Medicine and Surgery (LMS) pada tahun 1934.[2]

Politik sunting

Tun Dr. Awang memulakan penglibatannya dalam politik pada tahun 1946. Beliau bersama-sama abang iparnya, Dato' Suleiman Abdul Rahman dan Tun Dr. Ismail Abdul Rahman memainkan peranan penting dalam mengasaskan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).[3] Beliau menang tanpa bertanding sebagai Ahli Parlimen Muar Selatan berikutan kematian penyandangnya, Dato' Suleiman Abdul Rahman pada 6 November 1963. Tun Dr. Awang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia pada tahun 1973 dan seterusnya sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kelima menggantikan Tun Sardon Jubir pada 1 Mei 1981. Beliau menyandang jawatan tersebut selama dua penggal.

Tun Dr. Awang juga merupakan salah seorang daripada ‘Orang Tujuh’ atau ‘Kumpulan Tujuh’ yang menandatangani surat bantahan kepada Sultan Johor yang menandatangani Perjanjian Malayan Union pada 1946. Enam yang lain ialah Dato' Abdul Rahman Mohamed Yassin (Ketua), Hassan Yunus (Tan Sri), Suleiman Abdul Rahman (Dato’), Kosai Mohd Salleh (Dato’), Cikgu Ahmad Sulaiman dan Safiah Sulaiman.

Kehidupan peribadi sunting

Tun Dr. Awang Hassan berkahwin dengan Toh Puan Khadijah Abdul Rahman, kakak kepada Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Timbalan Perdana Menteri Malaysia kedua pada tahun 1936.[4] Beliau kemudian berkahwin buat kali kedua dengan adik iparnya, Toh Puan Dr. Zubaidah Abdul Rahman pada tahun 1989 selepas kematian Toh Puan Khadijah.[5]

Meninggal dunia sunting

Tun Dr. Awang Hassan meninggal dunia pada 12 September 1998[6] dan telah disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru.[7]

Anugerah sunting

Kehormatan Pulau Pinang sunting

Kehormatan Malaysia sunting

Tempat dinamakan sempena nama beliau sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Maktab Sultan Abu Bakar (English College) : Sejarah dan Biografi 100 Tokoh Melakar Kegemilangan. Kamdi Kamil (ed. 1st). Johor Bahru: Percetakan Bumi Restu Sdn Bhd. 2014. m/s. 52. ISBN 978-983-42249-8-1. OCLC 892514524.CS1 maint: others (link)
  2. ^ Faridah Abdul Rashid (2012). Biography of the early Malay doctors 1900-1957 : Malaya and Singapore (dalam bahasa Inggeris). Bloomington: Xlibris Corporation. m/s. 384. ISBN 978-1-4771-5995-8. OCLC 819718028.
  3. ^ Faridah Abdul Rashid (2012). Biography of the early Malay doctors 1900-1957 : Malaya and Singapore (dalam bahasa Inggeris). Bloomington: Xlibris Corporation. m/s. 385. ISBN 978-1-4771-5995-8. OCLC 819718028.
  4. ^ "MUAR DOCTOR". Malaya Tribune. 10 March 1936. m/s. 2.
  5. ^ Faridah Abdul Rashid (2012). Biography of the early Malay doctors 1900-1957 : Malaya and Singapore (dalam bahasa Inggeris). Bloomington: Xlibris Corporation. m/s. 395. ISBN 978-1-4771-5995-8. OCLC 819718028.
  6. ^ Faridah Abdul Rashid (2012). Biography of the early Malay doctors 1900-1957 : Malaya and Singapore (dalam bahasa Inggeris). Bloomington: Xlibris Corporation. m/s. 396. ISBN 978-1-4771-5995-8. OCLC 819718028.
  7. ^ "Former Yang di-Pertua Negeri of Penang dies". New Straits Times. 13 September 1998. m/s. 9.
  8. ^ "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Disember 2020. Dicapai pada 22 April 2021.
  9. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1982" (PDF).
  10. ^ Pengemudi Bahtera Merdeka Johor. Abu Bakar bin Abdul Hamid, Zam Ismail, 1943-, Kamdi Kamil, 1949- (ed. 1st). Johor Bahru, Johor: Yayasan Warisan Johor. 2012. m/s. 192. ISBN 978-983-2440-46-8. OCLC 870691698.CS1 maint: others (link)
Didahului oleh
Tun Muhammad Fuad Stephens
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia
1973–1980
Diikuti oleh:
Tan Sri Datuk Lim Taik Choon
Didahului oleh
Tun Sardon Jubir
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
1981–1989
Diikuti oleh:
Tun Hamdan Sheikh Tahir