Azaria Tagaya Norio Tagaya (lahir 27 Januari 1984) ialah seorang penyampai berita, pengacara televisyen dan wartawan Malaysia. Beliau terkenal sebagai penyampai berita di TV3.[1][2][3]

Azaria Tagaya
Kelahiran
Azaria Tagaya binti Norio Tagaya

(1984-01-27) 27 Januari 1984 (umur 40)
PendidikanJurusan Komunikasi Massa
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPenyampai berita, pengacara, wartawan
Tahun aktif2007–kini
Majikan
PasanganReza Syafiq Zainal Rashid (k. 2021)

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan pada 27 Januari 1984 di Kuala Lumpur dan berketurunan Melayu, Jepun (sebelah bapa) dan Pakistan (sebelah ibu). Beliau merupakan anak bongsu daripada 2 beradik dan mempunyai seorang abang. Azaria ialah anak kepada Mohd Nor Tagaya yang merupakan bekas penyunting filem di Sabah Film Productions milik Deddy M. Borhan.[2]

Azaria memperoleh pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor, kemudian melanjutkan pelajaran dalam jurusan Komunikasi Massa di Universiti Teknologi MARA (UiTM).[2][4]

Kerjaya penyiaran sunting

Sebelum menyertai TV3, Azaria memulakan kerjaya awalnya sebagai kakitangan bebas di syarikat penerbitan dan pernah berkhidmat dengan beberapa stesen TV lain. Antaranya beliau pernah menjadi pelatih amali dan penolong penerbit di Astro Awani. Sewaktu bersama Astro Awani, beliau turut menulis sendiri skrip dan menunjukkan minat dan bakat terpendam yang dimiliki sebagai penyampai berita. Beliau seterusnya menjadi pengacara rancangan Hello On 2 di TV2, kemudian muncul sebagai pengacara di EC Inspirasi di HyppTV (kini Unifi TV) selama beberapa tahun.[2][1]

Beliau juga pernah bersama sebuah produksi alih suara kartun animasi kanak-kanak beberapa tahun lalu[3] dengan menyumbangkan suaranya untuk sebuah siri animasi Perancis yang dialih suara ke Bahasa Melayu dan Inggeris untuk siaran di Astro Ceria. Azaria menyertai TV3 pada 2014 selepas mengambil bahagian dalam sesi uji bakat terbuka pembaca berita yang diadakan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM semasa mengambil skrol ijazah.[2]

Beliau pada mulanya tidak terfikir untuk menjadi penyampai berita TV3, kerana semasa menjadi pelatih amali, Azaria melakukan pelbagai tugasan yang meliputi rancangan pelbagai genre termasuk hiburan dan kembara.[2]

Kehidupan peribadi sunting

Azaria berkahwin dengan Reza Syafiq Zainal Rashid pada 15 September 2021.[5][6] Bagaimanapun, Azaria dan suaminya tidak mengadakan majlis resepsi.[7]

Di waktu lapang, beliau menghabiskan banyak masanya di rumah.[8]

Filemografi sunting

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2011–2013 Hello On 2 Pengacara TV2
2016–2018 Nasi Lemak Kopi O TV9
2018–2019 Ringgit Sense Plus TV3
2018–kini Buletin Utama Penyampai berita
Nightline
2020–kini Money Matters Pengacara

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Azaria luaskan pengalaman". Sinar Harian. 21 November 2016. Dicapai pada 6 Jun 2018 – melalui Perak Today.
  2. ^ a b c d e f Ridzuan Abdul Rahman (16 Jun 2021). "Peminat tunggu depan TV". Harian Metro. Dicapai pada 6 Jun 2022.
  3. ^ a b Nurul Fadila Awaludin (5 Jun 2022). "Nampak elegan di depan TV, tapi jeans dan Converse tetap jadi pilihan Azaria Tagaya!". Sinar Plus. Sinar Harian. Dicapai pada 6 Jun 2022.
  4. ^ Qarami Hashim (6 Jun 2021). "Azaria Tagaya kagum ramai remaja tunjuk bakat baca berita di TikTok... personaliti TV3 berdarah kacukan Melayu, Jepun ini tak lokek kongsi tip!". mStar Online. Dicapai pada 6 Jun 2022.
  5. ^ Ridzuan Abdul Rahman (16 September 2021). "Pergi daftar nikah, Azaria Tagaya dan suami terus selamat bernikah". Harian Metro. Dicapai pada 6 Jun 2022.
  6. ^ Ridzuan Abdul Rahman (19 September 2021). "Kalau dah jodoh". Harian Metro. Dicapai pada 6 Jun 2022.
  7. ^ Ridzuan Abdul Rahman (8 Disember 2021). "Azaria Tagaya, suami takkan adakan majlis resepsi". Harian Metro. Dicapai pada 6 Jun 2022.
  8. ^ "'Saya tak fikir lagi soal kahwin, ibu bapa pun tak tanya' - Azaria Tagaya". Harian Metro. 20 Jun 2021. Dicapai pada 6 Jun 2022.

Pautan luar sunting