Azman Mohammad Noor

Azman Mohammad Noor ( - 4 September 2009) merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Pinang di atas tiket Barisan Nasional (BN). Pada hari Jumaat, 4 September 2009, beliau meninggal dunia di Hospital Pakar Seremban, Seremban akibat jangkitan dalam darah.

Azman Mohammad Noor
Ahli Dewan Undangan Negeri,
Negeri Sembilan
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 4 September 2009
Didahului olehMohd Faizal Ramli
Digantikan olehMohd Isa Abdul Samad
Kawasan pilihan rayaBagan Pinang
Majoriti2333
Butiran peribadi
Meninggal dunia4 September 2009
Hospital Pakar Seremban, Seremban
KerakyatanMalaysia
PasanganNormah Zainal Abidin
Anak-anak5
PekerjaanAhli politik

Peribadi sunting

Beliau berkahwin dengan Normah Zainal Abidin, 49, dan mempunyai lima orang anak iaitu Mohd Khusairi, 23, Hairol Asfani, 22, Norsyazila, 19, Norsyafikah, 16, dan Norsyafitra, 13.

Politik sunting

Azman Mohammad Noor merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang di Port Dickson. Beliau memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 mengalahkan calon PAS Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi. Azman mendapat 6,430 undi manakala Ramli mendapat 4,097 undi.

Meninggal dunia sunting

Pada 4 September 2009, Azman meninggal dunia di Hospital Pakar Seremban, Seremban, Negeri Sembilan jam 2.30 petang Jumaat. Beliau mengidap jangkitan dalam darah.Mulanya beliau dimasukkan ke hospital pada pukul 3.30 pagi akibat demam dan tidak boleh berjalan.Azman pernah menjalani pembedahan pintasan koronari pada Mei 2009.

Jenazah allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan kariah Bagan Pinang malam Jumaat. Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad bin Haji Hassan dan bekas Menteri Besar yang juga Ketua Umno Bahagian Telok Kemang Tan Sri Mohd Isa bin Hj. Abdul Samad turut hadir di majlis pengkebumian.

Ekoran kekosongan kerusi itu, satu pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh 60 hari untuk memilih wakil rakyat baru. BN menguasai 21 daripada 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan. Pada pilihan raya umum 2008 , DAP menang 10 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (4) dan PAS (1).[1]

Rujukan sunting