Beg sampah

beg pakai buang yang digunakan untuk mengisi sampah

Beg sampah, beg plastik sampah atau karung sampah adalah beg plastik pakai buang digunakan untuk mengisi sisa sampah pepejal ataupun sampah domestik. Beg ini berguna untuk melapisi bahagian dalam tong sampah untuk mengelakkan bahagian dalam bekas tidak dilapisi dengan bahan buangan. Kebanyakan beg hari ini terbuat dari bahan plastik, dan biasanya berwarna hitam.

Gulungan beg plastik sampah

Kegunaan sunting

 
Beg sampah berisi bahan buangan.

Beg plastik adalah cara yang paling mudah dan bersih untuk menangani sampah dan paling banyak digunakan. Beg sampah plastik sangat ringan dan sangat berguna untuk sampah yang kering atau basah, seperti biasa dengan sisa makanan, dan juga berguna untuk membungkus sampah untuk mengurangkan bau.[1] Beg plastik juga digunakan untuk melapisi sampah di tong sampah dan berfungsi sebagai menjaga kebersihan tong sampah. Setelah beg sampah di dalam tong sampah telah penuh, beg itu dapat ditarik keluar dari tepi, ditutup, dan diikat dengan kemas.

Beg sampah juga boleh dijadikan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk mengelakkan virus berjangkit semasa pandemik COVID-19 di Malaysia disebabkan oleh kekurangan bekalan peralatan perlindungan diri,[2] dan untuk melindungi diri semasa berbelanja,[3] dan merawat pesakit COVID-19.[4]

Sejarah sunting

Dicipta pada tahun 1950, penemuan ini dapat dikaitkan dengan orang Kanada iaitu Harry Wasylyk, Larry Hansen dan Frank Plomp.[5] Dalam rancangan khas di CBC Television, beg sampah hijau menduduki tempat ke-36 antara 50 penemuan Kanada teratas.[6] Beg plastik hitam, tetapi juga beg putih dan jernih, diperkenalkan pada tahun 1950 sebagai beg plastik di Amerika Syarikat.

Jenis sunting

Beg sampah terbiodegradasi sunting

Beg sampah terbiodegradasi mempunyai kekuatan yang sama dengan beg sampah yang biasa dan harganya sangat murah. Objek ini akan mengecil kemudian terbiodegradasi jika di persekitaran terbuka seperti di tanah, dan objek ini boleh dikitar semula.

Dengan menggunakan beg sampah terbiodegradasi dapat mengelakkan pencemaran kepada alam sekitar.[1] Beg sampah terbiodegradasikan juga kini terdapat dengan pelbagai aroma seperti serai, kopi, lavender, epal dan strawberi.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Mazizul Dani (3 Disember 2016). "Plastik sampah serai wangi [METROTV]". hmetro.com. Harian Metro. Dicapai pada 6 Januari 2021.
  2. ^ Hasniza Hussain (25 Mac 2020). "Plastik sampah ganti PPE". sinarharian.com. Sinar Harian. Dicapai pada 6 Januari 2021.
  3. ^ "COVID-19: Jurutera jadikan beg plastik sampah sebagai PPE ketika beli barang - Berita Harian". bharian.com. Berita Harian. 26 Mac 2020. Dicapai pada 6 Januari 2021.
  4. ^ "Petugas barisan depan guna 'plastik sampah' buat sendiri sut pelindung". malaysiakini.com. Malaysia Kini. 23 Mac 2020. Dicapai pada 6 Januari 2021.
  5. ^ "ARCHIVED - Garbage Bag - Incredible Inventions - Cool Canada - Library and Archives Canada" (dalam bahasa Inggeris). Collectionscanada.gc.ca. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Oktober 2010. Dicapai pada 17 Ogos 2013.
  6. ^ [1] Diarkibkan 10 Mac 2007 di Wayback Machine

Buku sunting