Nabilah "Bil" Musa (lahir 4 Oktober 1993) ialah seorang penyanyi dan penulis lagu Malaysia. Merupakan artis di bawah Yuna Room Records milik Yuna, beliau terkenal dengan mempersembahkan karya muziknya dalam bahasa Melayu dan Inggeris.[1] Pada tahun 2017, beliau melancarkan album pertamanya, Young Adults.[2][3]

Bil Musa
Nama lahirNabilah binti Musa
Kelahiran (1993-10-04) 4 Oktober 1993 (umur 30)
Kuala Lumpur, Malaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu
InstrumenVokal
Tahun aktif2014–kini
Syarikat rakaman
Yuna Room Records
Pengkarya berkait
Alex Ungku

Kerjaya muzik sunting

Bil Musa mula menunjukkan minat terhadap muzik seawal usia 7 tahun dan mengarang lagu sendiri pada usia 16 tahun, namun tidak pernah terfikir untuk menjadi penyanyi.[4][5] Bakatnya dikesan oleh pengurus Yuna sewaktu menyanyi di sebuah majlis kenduri kahwin, kemudian menandatangani kontrak rakaman bersama syarikat rakaman milik Yuna, Yuna Room Records.[6] Beliau melancarkan EP senamanya pada September 2015, yang mempertaruhkan lagu "The Beach" sebagai single utama. Pada 21 Disember 2017, Bil melancarkan album sulungnya, Young Adults yang mengandungi 8 lagu, antara lagu yang dikeluarkan sebagai single ialah "Sejarah" dan "Adakah Ini".[7][8]

Diskografi sunting

EP sunting

Senarai EP, dengan butiran terpilih
Tajuk Butiran album
Bil Musa

Album studio sunting

Senarai album studio, dengan butiran terpilih
Tajuk Butiran album
Young Adults

Single sunting

Tajuk Tahun
"The Beach" 2015
"Adakah Ini" 2017
"No More Excuses" 2018
"Pikachu Aku Pilih Kamu" 2019
"Let Me In" (duet bersama Alex Ungku) 2020

Rujukan sunting

  1. ^ Rathika Sheila (30 September 2015). "Bil Musa is More Than Just Her Label's Namesake" [Bil Musa bukan sekadar label senamanya] (dalam bahasa Inggeris). JUICE Online. Dicapai pada 7 April 2017.
  2. ^ Georgie Joseph (22 Oktober 2018). "Bil Musa ada pakej lengkap". Harian Metro. Dicapai pada 18 April 2019.
  3. ^ Jolin Lee (27 Jun 2018). "Bil Musa on Malaysia's indie music scene: "We are barely surviving"" [Bil Musa mengenai muzik indie Malaysia: "Kita hampir tidak dapat bertahan"] (dalam bahasa Inggeris). Lifestyle Asia. Dicapai pada 19 April 2019.
  4. ^ Annie May (9 Oktober 2018). "#AskForTheBill: Meet Bil Musa, the music talent recruited by Yuna's label" [#AskForTheBill: Kenali Bil Musa, bakat muzik yang dilamar oleh label Yuna] (dalam bahasa Inggeris). HYPE. Dicapai pada 19 April 2019.
  5. ^ Budiey (19 September 2015). "Koleksi gambar penyanyi Bil Musa yang ohsem". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 19 April 2019.
  6. ^ Vimal Palasekaran (9 November 2018). "Getting to know: Bil Musa" [Kenali lebih: Bil Musa] (dalam bahasa Inggeris). UPPRE. Dicapai pada 19 April 2019.
  7. ^ Katrina Khairul Azman (7 Julai 2018). "Meet the 25-year-old who got signed to Yuna's label after singing at wedding" [Kenali gadis 25 tahun yang menandatangani kontrak dengan label Yuna selepas menyanyi di majlis kahwin] (dalam bahasa Inggeris). Says.com. Dicapai pada 18 April 2019.
  8. ^ "Album 'Young Adults' keluar hari ini, kenali lebih dekat siapakah Bil Musa". Remaja. 21 Disember 2017. Dicapai pada 19 April 2019.

Pautan luar sunting