Chaleeda Gilbert (lahir 21 Februari 2001), lebih dikenali sebagai Chaleeda (Bahasa Thai: ชาลีดา), ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Thailand. Beliau mula dikenali sebagai salah seorang peserta rancangan TV realiti nyanyian Astro Ria, Big Stage musim kedua pada 2019.[1][2][3]

Chaleeda Gilbert
Kelahiran (2001-02-21) 21 Februari 2001 (umur 23)
Bangkok, Thailand
Genre
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif2017–kini
Syarikat rakaman
Rocketfuel Entertainment
Pengkarya berkait
SonaOne

Kerjaya sunting

Beliau memulakan kerjaya muziknya pada usia 11 tahun dan pernah menjadi salah seorang ahli kumpulan gadis Thailand, Tweenie 90'[4] dan mula memuat naik lagu saduran di YouTube, antaranya ialah lagu "Love Yourself" nyanyian asal Justin Bieber, yang meraih lebih daripada 1.2 juta tontonan dalam tempoh lima hari.[5]

Pada tahun 2017, beliau menandatangani kontrak bersama Rocketfuel Entertainment, sebagai salah seorang artis baru mereka,[5] menjadikan Gilbert sebagai artis serantau yang pertama yang mengikat kontrak dengan Rocketfuel.[6]

Beliau kemudian melancarkan single pertamanya di bawah label itu, "Ready For Love" menampilkan penyanyi rap Thai, Twopee dan meraih 1.5 juta tontonan di YouTube sejak dilancarkan.[5]

Gilbert memulakan kerjaya lakonan pada 2017 menerusi filem seram Thai The Promise.[7] Beliau mengadakan konsert mini pertamanya, Chaleeda Showcase yang diadakan di The Bee, Publika pada 14 Disember.[8]

Pada April 2018, beliau melancarkan "Pretty Boy" sebagai single ketiganya, yang ditulis bersama oleh Kuizz dan Bil Musa. Video muziknya telah memperoleh 1,196,495 tontonan di YouTube.[7]

Big Stage (musim 2) sunting

Chaleeda menyertai Big Stage musim kedua yang bersiaran di Astro Ria.[9] Gilbert, bersama-sama dengan Syada Amzah telah tersingkir pada minggu 5 dan 8 peserta yang mara pada minggu keenam.[10]

Persembahan
Minggu Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Lagu Sendiri & Cover "Pretty Boy" Dirinya sendiri SELAMAT
Minggu 2 Hype Beat "Havana" Camila Cabello & Young Thug SELAMAT
Minggu 3 Glocal Hits "Buat Selamanya" Alif SELAMAT
Minggu 4 Duominasi "Rewrite the Stars" (bersama Luqman Faiz) James Arthur & Anne-Marie SELAMAT
Minggu 5 Cannot Brain "Girlfriend" Avril Lavigne TERSINGKIR

Kehidupan peribadi sunting

Chaleeda berketurunan Thailand dan British.[11] Selain bahasa kebangsaanya, Thai, beliau juga fasih berbahasa Melayu dan Inggeris.[12] Beliau membahagikan masanya antara Bangkok dan Kuala Lumpur.[13]

Chaleeda menjadikan Drake, Rihanna, August Alsina dan Melanie Martinez sebagai idolanya.[11]

Diskografi sunting

Single
Tajuk Tahun
"Ready For Love" (ft. Twopee) 2017
"Mind Over Matter" (ft. SonaOne)
"Pretty Boy" 2018
"Growing Up Sucks" 2019
"Rasa Begitu"
"ปล่อย (Ploi)" ("Let Over")
"Cigarettes" 2021

Filemografi sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2017 The Promise Taew Filem sulung lakonan
2019 The Stranded Arisa Siri Netflix
Big Stage (Musim 2) Dirinya sendiri Rancangan TV realiti Malaysia

Konsert sunting

  • Chaleeda Showcase (2017)[8]

Rujukan sunting

  1. ^ Ramlah Zainal (16 November 2019). "Pembuka jalan Chaleeda". Harian Metro. Dicapai pada 26 November 2019.
  2. ^ HM Digital (9 Mei 2018). "Penyampaian cemerlang Chaleeda". Harian Metro. Dicapai pada 26 November 2018.
  3. ^ "Chaleeda Gilbert lakar nama di Malaysia". XTRA. 22 Disember 2017. Dicapai pada 29 November 2018.
  4. ^ "Memperkenalkan Chaleeda Gilbert dari Thailand!". Suria FM. 18 Disember 2017. Dicapai pada 18 Disember 2017.
  5. ^ a b c Bibi Nurshuhada Ramli (28 September 2017). "Thai star signs with Malaysian label". New Straits Times. Dicapai pada 26 November 2017.
  6. ^ "Chaleeda Gilbert, artis antarabangsa pertama Rocketfuel Entertainment". Utusan Borneo. 1 Mac 2018. Dicapai pada 26 November 2018.
  7. ^ a b Tahir Alhamzah (1 Jun 2018). "#Showbiz: Chaleeda Gilbert is focused on music". New Straits Times. Dicapai pada 26 November 2018.
  8. ^ a b "Chaleeda's first ever showcase in Malaysia". Hitz. Dicapai pada 26 November 2018.
  9. ^ "Big Stage buka gelanggang untuk peserta serantau, termasuk BBNU Korea Selatan". Astro Awani. 7 Ogos 2019. Dicapai pada 26 November 2019.
  10. ^ "Big Stage 2019: "Tak sangka seramai itu orang tidak suka saya" - Chaleeda tertekan". Astro Awani. 17 September 2019. Dicapai pada 26 November 2019.
  11. ^ a b Zaidi Mohamad (22 Disember 2017). "Chaleeda Gilbert optimis lakar nama di Malaysia". Berita Harian. Dicapai pada 26 November 2018.
  12. ^ Georgie Joseph (7 Disember 2018). "Chaleeda tak perlu layanan istimewa". Harian Metro. Dicapai pada 7 Disember 2018.
  13. ^ "Chaleeda Gilbert anggap Malaysia rumah kedua, seronok bersama Rocketfuel". Astro Awani. 5 Januari 2018. Dicapai pada 27 November 2018.

Pautan luar sunting