Chia Chin Shin

ahli politik Malaysia

Yang Berhormat Datuk Sri Chia Chin Shin (Cina: 谢晋新; 4 November 1922 – 2005)[1] ialah seorang ahli politik Malaysia.[2] Beliau juga merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri untuk kawasan DUN Miri setelah menang dalam pilihan raya negeri Sarawak 1969.[3] Chia Chin Shin telah menjadi ADUN Miri selama tiga persidangan pilihan raya di Sarawak.


Chia Chin Shin

A.B.S, P.N.B.S.
Anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak
untuk Miri, Sarawak
Dalam jawatan
1969–1983
Digantikan olehGeorge Chan Hong Nam
Majoriti365 (1969)
Butiran peribadi
Lahir4 November 1922
Miri, Kerajaan Sarawak
Meninggal dunia2005(2005-00-00) (umur 82–83)
KewarganegaraanMalaysia
Parti politikParti Perikatan (1969-1974)
Barisan Nasional - Parti Rakyat Bersatu Sarawak (1974-1983)
KediamanMiri, Sarawak

Kerjaya politik sunting

Selepas pembetukan Malaysia yang menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Singapura dan Sarawak, Chia Chin Shin telah terpilih menganggotai Dewan Rakyat bermula Mei 1964, mewakili Sarawak[4].

Chia Chin Shin mula bertanding atas tiket Parti Perikatan pada tahun 1969 di kawasan pilihan raya negeri Miri dengan status menang dan telah menewaskan empat calon yang bertanding di kawasan tersebut iaitu Lau Siu Wai dan Kepol Samat dari parti Bebas, Yang Siew Siang dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan John Leong Chee Yun dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).[5] Pada pilihan raya berikutnya iaitu pada 1974 dan 1979, beliau kekal menang dalam kawasan Miri tetapi berlainan parti iaitu Barisan Nasional (SUPP).[6][7] Chia Chin Shin telah tewas dalam pilihan raya negeri Sarawak 1983 dan kerusi DUN Miri berjaya dirampas oleh Datuk Patinggi George Chan Hong Nam.[8]

Beliau juga menyertai pilihan raya umum Malaysia 1978. Chia Chin Shin bertanding atas tiket parti Barisan Nasional di kawasan Parlimen Lambir (sebelum ini dikenali sebagai Miri-Subis dan kini dikenali sebagai Miri), sungguhpun begitu beliau telah tewas oleh peguam muda, Raymond Szetu Mei Thong dari Sarawak People Organisation (SAPO).[7][9]

Kehidupan peribadi sunting

Beliau dilahirkan pada 4 November 1922 di Miri, Sarawak dan kediamannya juga terletak di tempat kelahirannya.[10][11]

Keputusan pilihan raya sunting

Pilihan raya umum Malaysia 1978: Lambir.
Parlimen Bil. Calon Parti Undian Peratus Status Majoriti
Lambir 1 Chia Chin Shin Barisan Nasional 9,278 47.76 Tewas
2 Raymond Szetu Mei Thong SAPO 10,150 52.24 Menang 872
Jumlah pemilih berdaftar: 30,026
Jumlah undian sah: 19,428
Pilihan raya negeri Sarawak 1969: Miri
DUN Bil. Calon Parti Undian Peratus Status Majoriti
Miri 1 Chia Chin Shin PERIKATAN 2,876 41.4 Menang 365
2 John Leong Chee Yun SNAP 1,256 18.7 Tewas
3 Yang Siew Siang SUPP 2,511 36.1
4 Kepol Samat Bebas 116 2.4
5 Lau Siu Wai Bebas 142 2.0
Jumlah pemilih berdaftar: 9,946
Jumlah undian sah: 6,901
Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia,[5] Almanak Keputusan Pilihan Raya Umum.[12]

Penghormatan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Liew, Li Mui (4 November 2022). “拿督斯里謝晉新路”路牌啟用 銘記已故謝晉新貢獻. 联合日报 WeAreUnited (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 9 Jun 2023.
  2. ^ "Dewan Ra'ayat Kedua Malaysia" [Dewan Rakyat Kedua Malysia] (PDF). Parlimen Malaysia. 6 Jun 1968. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-08-08. Dicapai pada 13 Ogos 2020.
  3. ^ "Barisan chalun2 pilehanraya: Dua belas parti bertanding" [Barisan calon-calon pilihan raya: Dua belas parti bertanding]. Berita Harian. 6 April 1969. m/s. 3. Diperolehi pada 13 Disember 2020.
  4. ^ "Dewan Ra;ayat Official Report" (PDF). Parlimen Malaysia. 18 Mei 1964. Dicapai pada 11 Ogos 2021.
  5. ^ a b "Penyata Pilehanraya Umum Dewan Ra'ayat dan Dewan Undangan Negeri bagi Negeri 12 Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak Tahun 1969" [Penyata Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri bagi Negeri 12 Tanah Melayu (Malaysia), Sabah dan Sarawak Tahun 1969]. Surohanjaya Pilehanraya. Dicapai pada 19 November 2009.
  6. ^ Peter Searle (1983). Politics in Sarawak, 1970-1976: The Iban Perspective [Politik di Sarawak, 1970-1976: Perspektif Orang Iban] (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. m/s. 19. ISBN 9780195825251.
  7. ^ a b "The makings of a political career" [Penciptaan kerjaya politik] (dalam bahasa Inggeris). 2. Kuala Lumpur: New Straits Times. 22 November 2003.
  8. ^ "Kegagalan pembangkang bawa kemajuan perlu dijadikan iktibar - Rosey". Utusan Borneo Online. Utusan Borneo. 7 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-08. Dicapai pada 8 Ogos 2021.
  9. ^ John M. Chin; Yuēhàn Chén (1981). The Sarawak Chinese [Cina Sarawak] (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. m/s. 130. ISBN 9780195804706 – melalui Buku Google.
  10. ^ John Victor Morais (1967). The Who's who in Malaysia [Siapa di Malaysia] (dalam bahasa Inggeris). Solai Press. m/s. 61 – melalui Buku Google.
  11. ^ A.C. Ho (1996). Sarawak Historical Events in 1966 [Peristiwa Bersejarah Sarawak pada 1966] (dalam bahasa Inggeris). 2–3. Ah Chon Ho. m/s. 77. ISBN 9789839172157.
  12. ^ Maznah Awang (2004). Almanak Keputusan Pilihan Raya Umum: Parlimen & Dewan Undangan Negeri 1959–1999. Shah Alam: Anzagain Sdn. Bhd. m/s. 2-425. ISBN 9789830371528. OCLC 60605342.
  13. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Dicapai pada 20 Februari 2019.

Pautan luar sunting

  • "The makings of a political career" [Penciptaan kerjaya politik] (dalam bahasa Inggeris). 2. Kuala Lumpur: New Straits Times. 22 November 2003.
  • "Kerajaan Pusat sedia membantu". Berita Harian. 3 Mac 1965. m/s. 5.