Cicak atau cecak merupakan sejenis reptilia dalam genus Hemidactylus[2] keluarga Gekkonidae.[3][4] Terdapat 187 spesies yang diketahui[5] dan ditemukan di semua kawasan tropika dunia menjangkau ke kawasan-kawasan subtropika Afrika dan Eropah, spesies baru ditemukan setiap beberapa tahun.

Cicak
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Hemidactylus

Oken, 1817[1]
Spesies jenis
Gecko tuberculosus
Raddi, 1823
Sinonim

Dalam urutan abjad:

Reptilia ini mampu memanjat dinding yang tegak dan licin seperti cermin. Kajian yang dilakukan oleh pakar sains mendapati bahawa telapak kaki cicak mempunyai rerambut halus yang mewujudkan daya lekatan pada tahap nano. Cicak juga mempunyai keupayaan untuk memutuskan ekornya apabila diancam. Dengan itu, musuhnya akan terperanjat ketika ekornya mengeliat-geliat sementara cicak melarikan diri.

Penamaan sunting

Nama cicak (Jawi: چيچق) dan cecak (Jawi: چچق) diberikan daripada mendengarkan bunyi haiwan tersebut, nama itu asalnya dipakai kepada spesies Hemidactylus frenatus.[6][7] Nama cicak turut dilanjutkan kepada spesies haiwan bersisik yang hampir serupa seperti cicak terbang (Draco volans).[6]

Taksonomi sunting

Nama genus Hemidactylus diberikan Lorenz Oken, seorang ahli alamiah Jerman, pada tahun 1817 kepada spesies yang kini dikenali sebagai Hemidactylus mabouia.[8] Nama spesies tersebut datang daripada kata-kata bahasa Yunani ἡμι hēmi "separuh" and δάκτυλος dáktylos "jari" kerana bahagian bawah jari-jemarinya mempunyai lamela yang terbelah .[9]

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Dahms Tierleben. www.dahmstierleben.de
  2. ^ "cicak". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ Uetz, Peter, penyunting (2021) [1995]. "Higher Taxa in Extant Reptiles". The Reptile Database. Zoological Museum Hamburg. Dicapai pada 10 Disember 2022.
  4. ^ Savage, Melissa (2001). "Hemidactylus". Animal Diversity Web. University of Michigan Museum of Zoology. Dicapai pada 10 Disember 2022.
  5. ^ Uetz, Peter; Hallermann, Jakob, penyunting (2022) [1995]. "Hemidactylus". The Reptile Database. Muzium Zoologi Hamburg. Dicapai pada 11 Disember 2022.
  6. ^ a b Wilkinson, Richard James (1932). "chichak". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 224 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  7. ^ Marcellini, Dale (Februari 1977). "Acoustic and Visual Display Behavior of Gekkonid Lizards". American Zoologist. 17 (1): 251–260. doi:10.1093/icb/17.1.251.
  8. ^ Lizards of the World (2004). "Hemidactylus". Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Ogos 2008. Dicapai pada 4 April 2009.
  9. ^ Uetz, Peter, penyunting (2023) [1995]. "Hemidactylus mabouia (Moreau de Jonnès, 1818)". The Reptile Database. Museum Zoologi Hamburg. Dicapai pada 8 Mac 2024.

Pautan luar sunting