Daniel Fong Weng Chuan (Cina: 冯玮佺; lahir 8 Disember 1995) ialah seorang pelakon, penyanyi dan peragawan lelaki Malaysia.[1][2][3] Beliau telah berlakon dalam beberapa drama TV termasuk Do You Love Me, Captain?, IMperfect dan Legenda Puteri Qaseh, tetapi lebih dikenali menerusi drama Bintang lakonan bersama Ruhainies.[4][5][6]

Daniel Fong
冯玮佺
Kelahiran
Daniel Fong Weng Chuan

(1995-12-08) 8 Disember 1995 (umur 28)
PendidikanIjazah Ekonomi
Pusat pendidikanUniversiti Monash, Australia
PekerjaanPelakon, penyanyi, peragawan
Tahun aktif2017–kini

Kerjaya sunting

Selepas tamat belajar di Universiti Monash, Australia selama dua tahun,[7][8] Daniel Fong pulang ke Malaysia dan bekerja sebagai ejen insurans dalam tempoh singkat. Tetapi, beliau meninggalkan kerjayanya itu untuk menceburi bidang lakonan selepas bakatnya menunjukkan perkembangan positif, sekaligus menjadikan kerjaya lakonan sebagai kerjaya sepenuh masa.[1][9]

Di awal penglibatannya dalam industri seni, Fong banyak terlibat dalam pelbagai iklan TV, kemudian membintangi drama Cina dengan lebih 10 drama Cina telah dibintanginya.[9] Selepas itu, beliau mencuba nasib dengan menghadiri sesi uji bakat drama web May I Love You dan terpilih untuk menjayakan watak utama kedua.[1]

Beliau pernah terbabit dalam pertandingan Super Idol 4 mewakili Malaysia yang berlangsung di China pada September 2018.[3] Kemudian, beliau turut berkecimpung dalam bidang muzik dengan merakamkan single solo pertamanya, "Sing Me Home" pada November 2018. Muzik videonya menampilkan Ruhainies sebagai model.[1][10]

Kehidupan peribadi sunting

Fong dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur dan merupakan anak tunggal dalam keluarganya serta berdarah kacukan Cina dan Mongolia.[9] Beliau ialah pemegang ijazah jurusan Ekonomi di Universiti Monash.[1][3]

Beliau juga memiliki hobi meluncur salji.[3]

Filemografi sunting

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2018 Nafas Mr. Chan ntv7
2021 Madam E-Wallet Kim TV3
2022 Derhaka Cinta Jebat Amar/Eric TV1
Do You Love Me, Captain? Adam TV3
IMperfect Saga Astro Ria
2023 Legenda Puteri Qaseh Laksamana Andika Astro Ceria
Bintang Thirak/Taufiq TV3
Hijrah Jannah Danial Astro Ria
Beautiful Love Revenge Noah Faeq
The Queen's Ploy Alan Astro AEC

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2018 Wish List Raya Richard ntv7
2021 Bella: Bila Cinta Bersatu Alex TV9
2023 Mualaf Ekspres Sean TV2

Diskografi sunting

Tajuk Tahun
"Sing Me Home" 2018
"Tiada" 2022

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e Sudirman Mohd Tahir (30 Disember 2018). "Daniel Fong". Harian Metro. Dicapai pada 5 Mei 2022.
  2. ^ Muhammad Haikal Ramli (3 Februari 2023). "Daniel Fong idamkan watak antagonis". Kosmo!. Dicapai pada 5 Mei 2023.
  3. ^ a b c d Ronn Tan (3 Mei 2023). "#Exposed: 10 things you didn't know about Daniel Fong" (dalam bahasa Inggeris). Lifestyle Asia. Dicapai pada 5 Mei 2023.
  4. ^ Farol Hadi (29 Disember 2022). "Mahu nama lebih dikenali, Daniel Fong sedia bawa apa sahaja watak dalam drama Melayu... "Harap penonton dapat nilai bakat saya"". mStar Online. Dicapai pada 5 Mei 2023.
  5. ^ Budiey (15 April 2023). "Ruhainies & Daniel Fong Dapat Bergandingan Dalam Drama BINTANG". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 5 Mei 2023.
  6. ^ Najiy Jefri (16 Januari 2023). "Seni tak kenal bangsa". Harian Metro. Dicapai pada 5 Mei 2023.
  7. ^ Najiy Jefri (30 September 2020). "Gigih bukti kemampuan". Harian Metro. Dicapai pada 5 Mei 2022.
  8. ^ Haryati Karim (28 Disember 2022). "Lima tahun Daniel Fong tunggu jadi hero". Kosmo!. Dicapai pada 5 Mei 2023.
  9. ^ a b c Hasif Idris (22 Januari 2023). "Daniel Fong teruja dapat jadi hero". Utusan Malaysia. Dicapai pada 5 Mei 2023.
  10. ^ Budiey (3 Januari 2019). "Daniel Fong Lancar Single SING ME HOME". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 5 Mei 2019.

Pautan luar sunting