Dayang Areeda

Pelakon wanita Malaysia

Dayang Areeda Datu Abdul Razak (dilahirkan pada 29 Januari 1994) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau mula dikenali dengan watak antagonisnya sebagai Shiqin dalam drama Kekasih Paksa Rela.[1][2][3]

Dayang Areeda
Kelahiran
Dayang Areeda binti Datu Abdul Razak

(1994-01-29) 29 Januari 1994 (umur 30)
Nama lainDayang Areeda
PendidikanDiploma Perniagaan
Pusat pendidikanAkademi Binaan Negara Kuala Berang (ABM)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2014–kini

Kerjaya sunting

Pada tahun 2014, Dayang Areeda yang ketika itu berusia 20 tahun, mendaftarkan diri di Metrowealth Pictures milik penerbit David Teo dan memohon jawatan kerja sebagai pegawai pemasaran. Bermula dengan sesi temuduga, Dayang menerima tawaran sebagai pelakon. Minatnya dalam bidang lakonan mula berputik apabila Dayang terpaksa menangguhkan pelajarannya.[4] Beliau merupakan salah seorang bakat baru yang diperkenalkan oleh Metrowealth bersama-sama Julia Farhana Marin, Tengku Fiella dan Aizat Hassan.

Bakatnya dalam bidang lakonan mula bersinar apabila Dayang memegang watak pembantu sebagai Shiqin dalam drama Kekasih Paksa Rela lakonan Remy Ishak dan Intan Najuwa. Beliau juga berlakon bersama Kamal Adli dan Tiz Zaqyah dalam filem Kolestrol vs Cinta arahan Eyra Rahman.

Kehidupan peribadi sunting

Dayang Areeda dilahirkan dan dibesarkan di Kudat, Sabah. Beliau merupakan lulusan dalam bidang perniagaan di Akademi Binaan Negara Kuala Berang (ABM).

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2016 Volkswagen Kuning Isteri Filem pertama
2017 Kolestrol vs Cinta Jannah
2020 Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda Nenek Kebayan
2023 Penanggal Mak Kiah Limah Tepen
Bangkitkan Aku Kembali Haida

Drama sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2016 Sha & Shah Astro Ria
Si Kolot Suamiku Saiba
2017 Semusim Rindu Hanna Astro Prima
Pembancuh Kopi Mr. Vampire Irina Unifi TV
Kekasih Paksa Rela Shiqin TV3
2018 Cik Sempurna Munirah
Oh, My Prince! Adele Salam HD
Isteri Dalam Sangkar Ros Hypp Sensasi
Opsss... Terpikat Cik Sombong Ira Harisya
2019 Semua Salahku Yanti TV3
Cinta Belum Tamat Tempoh Arisa Astro Ria
2020 Di Hujung Ranting Fatin TV2
2021 Masih Ada Rindu Nasya TV3
Derita Untuk Bahagia Intan Astro Prima
Penghulu Interim Ayuu Jasmin Awesome TV
Dear Cinta Melah TV3
Mr. Bibik Arisyah
Gila-Gila Cinta Diya
2022 7 Hari Mencintaiku 3 Maimunah
2023 Andai Itu Takdirnya Sharifah Emilin Astro Ria
Cik PA Tuan Ash Elina TV3

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2016 Abang Sadoku Kekwat Unifi TV
Sha, Shah & Syawal Astro Ria
Playboy Kantoi Unifi TV
Sepatu Tinggi Medina Erna
2017 Anda Telah Diprank!
GF Aku Amnesia
Cekelat Semanis Honey Astro Citra
Bakal Suami Akan Datang Zura Unifi TV
2018 Manipulasi NTV7
Tiket Cinta TV3
2019 Terhenti Sebuah Rindu Rufida Unifi TV
2020 B.O.B (Bukan Orang Buta) Fifiy Awesome TV
3 Dukun Santet Syasya Astro Citra
2021 Gadis Muka Surat Aina Sofea TV2
2022 Hajat Buat Lagu Nafisa
Blues Hari Isnin Arina TV1
2023 Hello Suri Anita TV3
Cik Diva Balik Kampung Zuzu

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2023 Ubi Superstar Live Cikgu Aishah Astro Warna Episod: "Takdir & Waktu"

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Baru Wanita Popular Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Ramlah Zainal (16 Januari 2018). Dayang Areeda tak kisah dibenci Harian Metro. Diperoleh pada 19 Ogos 2018.
  2. ^ Ardini Sophia Sina (22 Februari 2018). Makin seronok jadi jahat Harian Metro. Dicapai pada 12 September 2018.
  3. ^ Ardini Sophia Sina (22 Julai 2019). Areeda belum terdesak Harian Metro. Dicapai pada 16 Ogos 2019.
  4. ^ Farhan Ikram (26 Julai 2018). "Minta kerja pejabat, tapi tiba-tiba jadi artis" - Dayang Areeda mStar Online. Dicapai pada 19 Ogos 2018.

Pautan luar sunting