Farderin Kadir merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain sebagai penyerang dan tengah. Dia merupakan pemain bola sepak kebangsaan Malaysia.

Farderin Kadir
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohd Farderin bin Kadir
Posisi permainan Penyerang, Tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Melaka United
Nombor 25
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2005–2007 Malacca 19 (6)
2007–2008 Kuala Muda Naza 21 (10)
2008–2009Perlis (pinjaman) 18 (9)
2010 Selangor 13 (2)
2011–2012 Felda United 20 (5)
2013 Terengganu 21 (4)
2014 Sime Darby 4 (0)
2015–2017 PKNS 16 (5)
2017Negeri Sembilan (pinjaman) 11 (2)
2018– Melaka United 4 (0)
Pasukan kebangsaan
2007-
2008-
Malaysia Malaysia B-23
Malaysia Malaysia
1 (0)
0 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 30 Ogos, 2008
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 15 Oktober, 2008

Kerjaya sunting

Farderin memulakan karier profesional bersama Melaka. Dia bermain selama dua musim bersama Melaka sebelum berhijrah ke Kuala Muda Naza. Pada tahun 2006, Farderin dipanggil untuk beraksi bersama pasukan bawah 20 tahun Malaysia untuk Kejohanan Belia Asia. Selepas berakhirnya kejohanan tersebut, Farderin dipanggil untuk mewakili pasukan bawah 23 tahun Malaysia. Dia beraksi pada kelayakan Sukan Olimpik 2008 menentang Hong Kong.

Pada musim 2007/08, Farderin berhijrah ke Kuala Muda NAZA dan membantu kelab tersebut memenangi Liga Perdana Malaysia setelah menumpaskan PLUS FC 3-2 dimana dia menjaringkan satu gol. Farderin kemudian dinobatkan selaku pemain terbaik perlawanan.

Selepas itu, Farderin dipinjam ke Perlis untuk saingan Piala Malaysia 2008.[1] Farderin menjadi penjaring terbanyak Perlis apabila menyumbat 7 gol dalam 12 perlawanan.

Pada kejohanan Pesta Bola Merdeka 2008, Farderin tidak diberikan sebarang peluang untuk beraksi meskipun berada dalam skuad Pesta Bola Merdeka.

Pencapaian sunting

Rujukan sunting

Pautan Luar sunting

Pasukan Kuala Muda NAZA Diarkibkan 2007-12-28 di Wayback Machine