Fauwaz Fadzil

pakar rujuk syariah Islam di Malaysia

Ustaz Ahmad Fauwaz bin Fadzil ialah seorang sarjana Islam di Malaysia. Beliau terlibat dalam banyak jawatankuasa syariah institusi kewangan dan badan bukan kerajaan di Malaysia. Beliau juga menulis beberapa buah buku dan rencana dan mengendalikan latihan berkaitan bidang kepakaran beliau, iaitu fiqah perundangan Islam[1].

Ustaz

Fauwaz Fadzil
Timbalan Yang Dipertua Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa cawangan Malaysia
Memegang jawatan
2019
PemimpinWan Subki Wan Salleh
Butiran peribadi
LahirAhmad Fauwaz bin Ali @ Fadzil
1981
Alor Setar, Kedah
BapaFadzil Mohd Noor
HubunganMuhammad Faiz Fadzil (abang)

Kehidupan peribadi sunting

Fauwaz ialah anak kepada tokoh negarawan Malaysia, Dato' Fadzil Mohd Noor dan Datin Khatijah Ibrahim. Beliau memegang ijazah sarjana muda Syariah dari Universiti Al-Azhar dan sarjana syariah dari Universiti Malaya.

Selain itu, beliau memperoleh sijil penasihat dan juruaudit syariah dari Pertubuhan Perakaunan dan Pengauditan bagi Institusi Kewangan Islam (AAOIFI), serta memperoleh Sijil Kemahiran Fatwa dari Dar al-Ifta Mesir pada 2008.

Penasihat syariah sunting

Beliau telah dilantik sebagai anggota jawatankuasa syariah Alliance Islamic Bank Berhad pada 1 April 2018. Beliau turut berkhidmat sebagai Perunding Syariah di syarikat penerbitan, Telaga Biru Sdn Bhd, dan menjadi anggota jawatankuasa syariah bagi FWD Takaful Berhad[2].

Fauwaz juga mengendalikan latihan kepada pegawai syariah dari pelbagai institusi kewangan Islam termasuklah dari badan penguat kuasa agama negeri-negeri. Beliau juga sering memberikan syarahan mengenai syariah dan perundangan Islam di radio dan televisyen tempatan.

Anugerah dan pengiktirafan sunting

Anugerah kepada karya sunting

  • Buku Fiqah Terbaik Anugerah Buku Negara 2016, menerusi karya beliau, Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan dan Permasalahan Wanita Semasa terbitan Telaga Biru Sdn Bhd[3].

Rujukan sunting

  1. ^ "Ustaz Ahmad Fauwaz bin Ali @ Fadzil". IslamicMarkets. Dicapai pada 16 September 2022.
  2. ^ "Shariah Committee". Alliance Islamic Bank Berhad. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 September 2022. Dicapai pada 16 September 2022.
  3. ^ "Anugerah Buku Negara 2016". MAPIM UMK. 28 Disember 2016. Dicapai pada 16 September 2022.