Fazlina Ahmad Daud

Pelakon wanita Malaysia

Fazlina binti Dato' Ahmad Daud (lahir 5 Jun 1975)[1][2] merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan adik kepada primadona Ogy Ahmad Daud, seorang anak kepada seniman Dato' Ahmad Daud dan primadona filem melayu, Datin Saadiah.

Fazlina Ahmad Daud
Kelahiran
Fazlina binti Ahmad Daud

(1975-06-05) 5 Jun 1975 (umur 48)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1993–kini
PasanganNahar Ludhfi Dato' Johari (k. 1993)
Anak-anak4
IbuDatin Saadiah
BapaDato' Ahmad Daud
SaudaraOgy Ahmad Daud
Fazal Ahmad Daud
Azizah (kakak seibu)
Noraini (kakak seibu)
Rohaya (kakak seibu)

Kehidupan awal sunting

Fazlina dilahirkan pada 5 Jun 1975 di Hulu Kelang, Selangor. Rumah keluarganya terletak di Taman Melawati, Hulu Kelang, Selangor. Fazlina ialah anak bongsu dari 3 beradik.

Fazlina pernah bersekolah di Sekolah Rendah Klang Gate dan dari tahun 1988 hingga 1990, Sekolah Menengah Lembah Keramat dan Sekolah Menengah Taman Melawati.

Kerjaya sunting

Bermula pada tahun 1993 ketika itu, kakaknya Ogy sedang mencari pelakon tambahan, kerana terdesak mencari pelakon, Ogy lalu mengambil Fazlina sebagai watak tambahan dalam telefilem Mat Gabra. Sejak dari itu Fazlina banyak mendapat tawaran berlakon drama. Antara drama lakonannya dulu, Kelab Buku Bukit Cheri, Mencari Az Zahrah, Bukan Yang Pertama, Tetamu tetamu, Sayang Maria dan Kamelia. Selain itu Fazlina pernah terlibat dalam teater Raden Galoh dan Pelayaran Nur Atma. Beliau juga amat terkenal di Acheh menerusi drama "Lari Mira" sebuah drama yang melibatkan beberapa artis Indonesia dan Brunei.[3][4][5]

Kehidupan peribadi sunting

Pada 1 Januari 1993, Fazlina, pada usianya yang agak muda iaitu 18 tahun, telah berkahwin dengan Nahar Ludhfi Dato 'Johari iaitu anak lelaki kepada pengarah muzik RTM, Dato' Johari Salleh.

Mereka mempunyai 4 orang anak iaitu Nur Fatihah (lahir 1995) - kini bergelar seorang ibu, di mana pasangan ini mempunyai beberapa orang cucu lelaki hasil perkahwinan Fatihah, Muhammad Hamzah (lahir 1997) serta sepasang kembar iaitu Muhammad Nazmi dan Muhammad Fahad (lahir 1999).

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2012 Zaiton: Ceritaku Kakak Zaiton Filem pertama
2022 Jerangkung Dalam Almari Hamidah
Seratus Kak Bie Penampilan khas
2023 Penanggal Mak Kiah Mak Teh
Mat Tudung Begins Madam Lola

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2007 Bukan Yang Pertama TV2
2011 Cita & Cinta Maisarah TV9
Ramadhan Terakhir Mazni TV3
2011–2012 Vanila Coklat
2012 Pulau Madam Zara TV9
Mahabbah Khaty TV3
Sirrun Maria TV9
Cinta Itu Milikku Puan Suzie TV3
2013 Mak Lang, Datang Kompang Bergendang Jamilah
Iman Nabila Halimah
Fira Ayuni Datin Shamsiah
Seindah Sabarmu Ayu TV9
Aku Tak Percaya Cinta Shiren TV1
2014 Kifarah TV3 Episod: "Di Angin Lalu"
Alam Maya Ramlah TV9
Mahligai Kaca TV1
Rindu Awak 200% Raziqah TV3
PLAN B Yati
2015 Teman Lelaki Upahan Azlina Pelakon undangan
Asam Pedas Untuk Dia Puan Hajah
Lari Mira Cut Indah
Tuan Anas Mikael Cik Su Astro Ria
Akulah Balqis Tok Ma TV3
2015–2016 Alif Imani Faridah TV9
2016 Bagaikan Kelip-Kelip Zaiton
Kahwin Muda Sharifah Marlina TV3
2016-2018 Mak Cun Normah
2016–2017 Lara Cinta Ameena Kirana
2017 Suamiku Paling Sweet Puan Sanisah
Bahagia Kasihmu Zakiah
Mat Rukun Khatijah TV9
2017–2018 Dia Mak Milah TV3
Syurga Yang Kedua Shidah Astro Prima
2018 Melankolia Puan' Ros TV3
Seribu Rindu Fatimah
Dian Yon Aishah NTV7
2018–2019 Jika Masih Ada Rindu Datin Embun TV3
2019 Dia Menantu Rahsia Puan Sarah
Devoted Leini Viu
Mama Papa Ekspres Nona TV3
Puteri Yang Ditukar Farina Astro Prima
Iktibar Kak Liza TV3 Episod: "Maafkan Ibu Anakku"
2019–2020 Adellea Sofea Dr. Fauziah
2020 Aku, Dia dan Pinky Promise Mak Limah TV Okey
Memoir Karmila Datin Ramlah TV1
Di Hujung Ranting Datin Fatimah TV2
Bila Cupid Jatuh Cinta Salwa TV3
Syurga Untukmu Datin Mulyani Penampilan khas
2021 Fam I Love You Fatimah (Nanny) Astro Ceria
Diva Popular Awesome TV
Hati Yang Dikhianati Datin Sofia Astro Prima
Suara Hati Hajah Kathy
Wifi Sebelah Rumah Kathy Disney+ Hotstar
Perisik Cinta Tak Diundang Puan Rogayah TV3
Jangan Ganggu Jodohku Mak Piah Astro Ria
2022 Sayang Tak Dikenang Amira TV3
Impian Lara Awesome TV
Guard Komando Datin Sharmila TV9
Sekali Lagi Cinta Kembali Zainab TV3
Rindu Kasih Halijah
Kudeta Kak Gee Astro Ria
2023 Nenek Bongkok Tiga Ibu Taufiq Viu
Tentang Hati Dia Fatimah TV3
Tuhan Beri Aku Cinta Datin Kamariah TV1
Mystic Village Solehah Syawal Astro Premier
2024 Rindu Kasih 2 Halijah TV3
Jendela Hati Zahela Viu
Dia Dari Syurga Farizah TV1

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1994 Mat Gabra TV3
2011 Balasan Mak Tiri Doktor Zita Astro Prima
2012 Cinta Halal Najihah TV3
Jidin Puasa Lagi
2013 Anak Sampah
2015 Villa Untuk Ibu TV AlHijrah
2016 Tetamu Ramadan TV3
Penjaga Garisan Itu Suami Aku TV2
2017 Topeng TV1
Mamaku Guru Besar
Mat Rukun Khatijah TV9
2018 Tulus Cinta TV3
Mak Tak Balik Raya TV2
Baju Raya Eksklusif Ramlah Natasya TV3
Maya Mila Siti NTV7
2022 Nafsu Mental Anita Astro Citra
Adik Kakak Hanum (Adik) TV3
Syukur Itu Aku
2023 Morten TV2
Perindu Senja TV3
2024 Daddy Duda Tok Ma

Teater sunting

Tahun Tajuk Watak
2015 Bawang Merah Bawang Putih Mak Labu

Muzik video sunting

Tahun Tajuk Penyanyi
2020 "Gundah" Ernie Zakri

Rujukan sunting

  1. ^ Nurizspace (5 Ogos 2011). "Biodata Fazlina Ahmad Daud a.k.a Mazni Ramadhan Terakhir". Dicapai pada 28 Jun 2016.
  2. ^ Azizi, Mohd Al Qayum (19 September 2013). "Fazlina, Adik Ogy Elak Publisiti Kerana Nama Keluarga". mStar. Dicapai pada 28 Jun 2016.
  3. ^ "Fazlina ada cara mewarisi bakat seni". Utusan Malaysia. 15 Jun 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-16. Dicapai pada 28 Jun 2016.
  4. ^ "Fazlina & Ogy Ahmad Daud Tunggu 20 Tahun Untuk Bersatu". Tonton Extra. 15 Disember 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-15. Dicapai pada 28 Jun 2016.
  5. ^ "Impian Fazlina Tercapai Dapat Bergandingan Dengan Ogy Ahmad Daud". mStar. 6 Disember 2015. Dicapai pada 28 Jun 2016.

Pautan luar sunting