Gangsterock Kasi Sengat

Filem aksi komedi muzikal 2015 arahan Soffi Jikan

Gangsterock Kasi Sengat merupakan sebuah filem aksi komedi muzikal Malaysia 2015 arahan sulung pelakon Soffi Jikan yang turut berkhidmat sebagai penerbit eksekutif dan penulis skrip. Filem ini ditayangkan pada 17 Julai 2015.[1]

Gangsterock Kasi Sengat
PengarahSoffi Jikan
PenulisSoffi Jikan
Lakon layarSoffi Jikan
Dihasilkan oleh
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
YKS Filmmakers
Tarikh tayangan
  • 17 Julai 2015 (2015-07-17) (Malaysia)
Masa tayangan
93 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis sunting

Shake (Soffi Jikan), seorang pemuzik rock yang ingin menyatukan semua Rockers di Kuala Lumpur untuk mengatasi cabaran daripada gangster yang menggunakan cetak rompak dan kekerasan untuk menghapuskan tentangan daripada rockers. Shake mencuba nasib menjadi bintang Rock di KL. Dia bertemu dengan Bromo (Saiful Apek) yang mahu membantunya. Namun Gangster di KL yang menguasai ekonomi menggunakan cetak rompak dan kekerasan untuk menghapuskan saki baki penentangan di kalangan Rockers. Hanya dengan semangat Rockers sejati, bersatu menentang kezaliman, menjadi jalan keluar. Mampukah Rockers bersatu?

Pelakon sunting

Penampilan khas sunting

Penerbitan sunting

Gangsterock Kasi Sengat diarahkan oleh Soffi Jikan di dalam kerjaya sulungnya sebagai pengarah. Beliau turut berkhidmat sebagai penerbit eksekutif bersama Serina Redzuawan dan penulis lakon layar. Yusof Kelana bertindak sebagai penerbit.

Keluaran dan sambutan sunting

Gangsterock Kasi Sengat dikeluarkan pada 17 Julai 2015, bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Rujukan sunting

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-20. Dicapai pada 2018-05-19.

Pautan luar sunting